BAB 23

13.1K 647 10
                                    

"macam mana awak tahu tentang dia?"Soal Fiona pelik. Alfro mengangkat bahunya.

"Sepupu kau tak tahu?"dilihat gadis tu mengeleng dan dia berdecit.

"Setahu aku semasa umur dia 19 tahun dia berada di Filipina dan orang sangat takut dengan dia malah jika orang dengar nama nya saja sudah tergetar lutut. Hanya CEO saja bukan mafia"Dihirup airnya yang dia pesan sebentar tadi.

Alice mengangkat panggilan nya apabila melihat nama pemanggil adalah abangnya. Lama dia berdiam diri. Dada berombak kencang. Nafas ditarik dan dihela perlahan.

Tangan mengepal penumbuknya. Dipandang wajah Ziya. Sepupunya pelik melihat raut wajah Alice yang sukar untuk difahami.

Alice menutup panggilan dan bangun mendekati suaminya. Terhenti perbincangan ke empat jejaka tu.

"Alice jangan kacau abang sekarang. Abang busy ni"Dipandang wajah isterinya.

"A..abang"Lutfi berkerut dahi apabila suara isterinya seakan menahan sebak. Dipegang tangan gadis tu.

"Kenapa ni?"Alice mengetap bibirnya.

"B..bonda dengan Ayahda k.. kemalangan dan meninggal"air mata nya mengalir ke pipi. Terkejut Lutfi yang mendengar..dia bangun dari duduknya dan memeluk erat tubuh isterinya.

"Sayang pergi masuk kereta abang. Kereta sayang biar anak buah abang bawakan."Arah Lutfi. Alice melihat telefonnya yang bergetar.

"Kemalangan bonda dan ayahda boss dirancang. Kebetulan kami ikut kereta orang tua boss"

Mata yang awalnya bewarna biru kini berubah menjadi hitam pekat. Lutfi terundur setapak melihat mata tersebut.

"Queen"Ketiga anak buah Lutfi bangun menunduk dan menegakkan badan mereka dengan wajah yang ketat.

"Fiona, Ziya"Dua gadis tu serentak bangun dan melangkah mendekati Alice.

"Cari siapa yang rancang kemalangan bonda dan ayahda aku.. cari sampai dapat. Aku nak dia hidup hidup"Nada suaranya berubah datar.

Tengku Carlo Alfro bangun mendekati Alice dan menunduk sedikit badannya. Senyuman sinis diukir.

"Long time no see Alice"Dia juga dibawah naungan Alice dan dia bahagian sniper. Dia diperlukan jika Alice memanggil nya saja.

"Aku perlukan kau kalini Carl"Jejaka tu tersenyum sinis dan menganguk dengan senang hatinya.

"Alice pergi dulu. Jumpa dekat rumah bonda dan ayahda"Disalam tangan suaminya yang masih terkejut tu.

BATU nisan tu diusap dengan perasaan sedih dan marah. Dia akan cari orang tu sampai dapat.

"Tesoro come" panggil Lutfi. Alice melangkah mendekati suaminya. Lutfi memeluk bahu isterinya dan diusap perlahan.

Didekati sosok tubuh abangnya dan dipeluk erat. Aciel tersentak dan diusap perlahan rambut adiknya.

"Tak sangka bonda dan ayahda dah pergi tinggalkan kita. Tinggal lah abang sorang sorang"Alice memandang sayu ke arah abangnya. Dia tidak apa ada Lutfi tapi abangnya bagaimana?.

"Abang ajak lah Zayden dengan Harry tinggal serumah."cadang Alice. Aciel mengeluh perlahan.

"Tengok lah macam mana. Come"Ditarik lengan adiknya. Tubuh tu dianggkat ke atas pehanya. Pipi tu dicium lembut.

"Adik jangan tinggalkan abang macam bonda dan ayahda ye?"Alice tersenyum dan mengangguk.

"Abang jangan sedih sedih tau nanti adik pun akan sedih jugak"Dipeluk leher abangnya dan disorokkan wajahnya di leher Aciel.

Lutfi hanya diam melihat. Dia perlu faham dengan situasi sekarang lagipun Aciel abang kandung Alice. Tidak salah jika gadis tu mahu bermanja dengan abangnya sendiri.

"Abang sini"Panggil Alice dan lutfi melangkah masuk ke dalam lif. Ditekan butang turun ke bawah.

Setelah tiba di bawah mereka berdua melangkah keluar dan menuju ke arah sebuah bilik.

"Alice tahu abang hacker jadi gunakan kemahiran tu untuk cari siapa dalang sebalik kematian bonda dan ayahda"Lutfi yang melihat dalam bilik tu tersenyum sinis.

Didekati ke arah hologram tu dan memulakan kerjanya. Dihack CCTV di jalan tu.

"Nombor plat yang langgar kereta bonda dan ayahda ialah KAA072" alice menoleh ke arah suaminya dan bibirnya mengukir senyuman sinis.

15. SUAMIKU MUSUHKU✓ Where stories live. Discover now