BAB 9

18.2K 844 23
                                    

"Alice aku ada buat salah ke dekat kau? Kalau aku balik lewat sorry lah"Lutfi memandang susuk tubuh yang membelakangi nya.

"takda"ringkas dia menjawab dan dicapai serbuk coklat untuk dituang ke dalam mug nya.

Lutfi memeluk tubuh Alice dari belakang. Alice mendengus perlahan.

"Lepaslah aku rimas"Lutfi terdiam bila mendengar kata kata gadis tu. Rimas? Kenapa hati dia sakit mendengar perkataan tu.

"ahaha okeyh sorry. Aku naik bilik dulu"Alice hanya memandang jejaka tu pergi.

Alice mengambil ipadnya yang terjatuh. Di on kan namun tidak menyala. Diatur langkah ke bilik suaminya.

"erm sibuk tak?"Lutfi memandang wajah tu dan mengeleng kepalanya tanda tidak.

"Ipad tak boleh on tadi jatuh."Lutfi mengambil ipad Alice dan dilihat.

"ada isi penting?"datar suaranya bertanya. Jika tidak ada isi penting tinggal beli baru saja.

"ada tentang syarikat"Lutfi bingkas bangun ke meja nya. Jika hal gadjet dia handal dalam bidang ni.

Alice menyandarkan kepalanya di kepala katil sambil melihat jejaka tu sedang membaiki ipadnya. Baru dia tahu Lutfi mempunyai kelebihan dalam gadjet.

Setelah sejam setengah dia membaiki ipad Alice dan ditekan butang on akhirnya menyala. Ternaik sedikit bibir Lutfi bila wallpaper tu gambar perkahwinan mereka. Ditoleh ke arah Alice yang terlelap.

Didekati Alice dan ditarik comforter ke atas dada nya. Ipad diletakkan di tepi. Setelah membasuh kaki barulah dia membaringkan tubuhnya di sebelah Alice.

Alice mengeliat kecil dan dia terkejut bila tangan sasa tu berada di atas pinggang nya. Dicapai ipadnya dan di on kan.

"Erm"Lutfi mengeliat dan memandang wajah gadis itu.

"Yeayy dah boleh on terima kasih"Dipeluk erat tubuh Lutfi. Segar terus jejaka tu yang sedari tadi baru mamai. Diusap perlahan rambut gadis tu.

"Sama sama"jawabnya dan bangun untuk mandi.

Alice bangun dari duduknya dan berlari ke tandas yang berada di biliknya. Apa yang ada dalam perutnya keluar.

Mungkin kerana dia tidak mengisi perutnya apa apa lagi. Pagi tadi dia tidak sempat mahu sarapan dengan Lutfi disebabkan ada meeting jam 8.

Dibasuh mulutnya dengan air paip dan diatur langkah ke meja kerjanya semula.

"Boss ada orang nak jumpa. Silakan masuk"Jejaka tu melangkah masuk dan didekati gadis tu yang memejamkan mata.

"Nah aku ada bawakan makanan. Bonda kau suruh."Alice mencelikkan matanya dan memandang plastik tersebut.

"sekejap lagi lah aku makan"Dilentokkan kepalanya di meja. Terasa lemah satu badan bila muntah tadi.

Lutfi mengusap rambut tu perlahan dan diletakkan tangan di dahi tidak lah panas.

"Perut kau kosong tu. Makan dulu. Tak payah nak bantah arahan aku sangat"tegas nada Lutfi berkata.

"Makan depan aku now. Jangan ingat aku tak tahu kau muntah tadi"Alice memandang wajah jejaka tu dengan dahi berkerut. Macam mana dia tahu?. Lutfi tersenyum sinis dan disilang kakinya.

"cepat tesoro" Alice akur dan membuka penutup makanan tersebut. Terliur pula dia tengok kuetiau goreng ni.

Mata Alice sekejap sekejap memandang skrin komputer nya. Lutfi yang perasan tu mengetuk meja tersebut.

"tengok apa hm?"Dijongket keningnya. Alice memuncungkan bibirnya ke arah skrin komputer.

"Tengok BoBoiBoy"Lutfi tersenyum nipis. Shit gadis di hadapannya ni comel sangat. Dah besar pun tengok BoBoiBoy alahh comel.

"Hensem jugak fang ni"Lutfi yang mendengar tu mencerlung tajam. Yang nyata taknak puji pula yang kartun dipuji.

"Boss" Alice menutup cerita BoBoiBoy tu dan wajahnya menatap kosong ke arah Makayla. Tiga jejaka berbadan tegap melangkah masuk.

"Il compagno di TM ha picchiato Khalid fino a quando non è stato ricoverato in ospedale (konco TM membelasah Khalid sehingga masuk hospital) " tutur Faiz dalam bahasa itali.

"Scopri dov'è il suo quartier generale stasera, finiremo ( cari dekat mana markas dia malam ni kita selesaikan) " mereka mengangguk dan menunduk sedikit sebelum melangkah keluar.

"Siapa diorang?"Mata Hazel tu tajam memandang nya. Alice mengeleng kepalanya perlahan. Lutfi mahu tahu siapa mereka dan apa kaitan Alice dengan mereka.

15. SUAMIKU MUSUHKU✓ Where stories live. Discover now