"NI KERJA KAU RUPANYA!"Alice melangkah masuk kerusi yang berada berdekatan di lempar ke arah meja kaca hadapan jejaka tu.
"Kau siapa hah?!"Tengking Iskandar. Alice memandang nya tajam.
"Kau lupa boss kau sendiri? Jangan ingat kau dah seleweng duit syarikat kau boleh larikan diri. Kau lupa yang boss kau ni ketua mafia Fire Dragon."Dicengkam koler baju Iskandar dan ditumbuk wajah tu sekuat hatinya.
"Mak kau yang sakit dekat kampung tu kau langsung tak pergi jenguk dan kau buat maksiat dekat sini pulak! Anak jenis apa kau ni hah?"Nafas Alice turun naik menahan amarah. Pandangan orang disitu diabaikan saja. Siapa berani masuk campur kalau ketua mafia Fire dragon tengah marah?.
"m..mak?"Alice melepaskan cengkamannya dengan kasar. Dikeluarkan telefonnya dan ditunjuk video dimana ibu Iskandar terbaring di atas tilam.
Air mata Iskandar mengalir ke pipi nya.
"S..saya minta maaf boss"Ditundukkan kepalanya. Alice mengangkat wajah tu agar memandangnya.
"Sepatutnya kau bekerja bersungguh-sungguh dan sembuhkan ibu kau tapi ini kau buat? Kau datang ke bandar hanya untuk cari keseronokan sampaikan ibu kau yang tengah sakit tu kau tak ambil tahu?. Syurga kau bawah tapak kaki dia. Jangan sampai terputus nya doa seorang ibu, sengsara lah hidup kau. Anak buah aku akan bawa ibu kau ke hospital untuk operation buah pinggang dia."Diatur langkah keluar dari situ meninggalkan iskandar yang menunduk.
"Alice"panggil Lutfi bila gadis tu sudah pulang. Alice menoleh ke arah jejaka itu.
"Besok off day kan?"Gadis tu menganguk saja. Lutfi melangkah mendekati Alice dan berdiri di hadapan nya.
"Aku nak bincang dengan kau sikit esok."Diusap rambut tu perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam bilik nya.
Alice melangkah turun ke ruang tamu dan terpandang suami nya yang duduk di sofa sambil bermain telefonnya.
"Hm nak bincang apa?"Soal Alice malas dan duduk berhadapan dengan jejaka tu.
"Aku kena pergi johor untuk pembangunan dekat sana. Dua hari ja aku pergi kalau kau sunyi kau boleh pergi rumah bonda"tutur Lutfi dan dibalas anggukan dari Alice.
"Hm ok take care"dia bingkas bangun dan melangkah ke arah dapur untuk minum air. Kering tekaknya.
Alice melipat baju suami nya dan dimasukkan ke dalam bagasi. Setelah siap dia keluar dari bilik tersebut namun Lutfi berdiri di hadapan pintu.
Jejaka tu melangkah ke hadapan namun Alice ke belakang. Lutfi menolak Alice sehingga terbaring di katil. Tangan sasanya diletakkan di tepi kepala gadis itu.
"Aku nak tanya kau"Lutfi memandang dalam mata biru laut tu.
"Kenapa kau terima perjodohan ni kalau kau tak rela?"Alice berdecit mendengar soalan tersebut.
"Kalau tak disebabkan bonda dan ayahda aku takkan terima benda ni tambah lagi kena kahwin dengan kau"Mata tu tajam memandang mata suaminya dengan pandangan benci.
"You hate me?"Soal nya bila lihat disebalik mata tu seakan dipenuhi dengan rasa benci kepadanya.
"Yes"Balas Alice tanpa memikirkan perasaan jejaka tu.
"Kenapa?"Nada Lutfi berubah lembut. Alice menolak jejaka tu ke tepi.
"Kau fikir lah sendiri"Diatur langkah keluar dari bilik tu untuk ke biliknya sendiri.
"Salah aku dekat mana Alice sampaikan kau benci dekat aku macam ni sekali?"Lutfi menghela nafas perlahan.
Sejujurnya hatinya mula sayang kepada Alice tapi dia tidak mampu mengungkapkan hal itu.
Alice menyalam tangan Lutfi dan dipeluk tubuh tu erat. Entah kenapa dia tidak mahu berjauhan dengan Lutfi.
"Tunggu aku okeyh?."Diusap rambut gadis tu perlahan dan dicium pipi gebu tu dengan lama.
"Bye take care"Dilambai tangannya dan dibalas oleh jejaka tu sebelum lutfi memboloskan diri ke dalam kereta sport nya.
YOU ARE READING
15. SUAMIKU MUSUHKU✓
RomanceDibangku sekolah dia dihina kerana tidak cantik dan berkulit hitam setelah tu berpindah ke luar negara untuk merawat kulit wajahnya. Setelah berginjak dewasa, orang tuanya mahu menjodohkan dirinya dengan seorang jejaka dan apa yang dia tidak sangka...