Chapter -24

16.8K 1.9K 688
                                    

Ziyad melihat Sarah yang sedang menyuap Eryan makan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ziyad melihat Sarah yang sedang menyuap Eryan makan. Senyuman terbit di bibirnya, dia mendekatkan dirinya dengan Eryan.

"Eryan." Panggilnya.

"Yes daddy?"

"Cuba panggil aunty Sarah... mama." Tangan Sarah terhenti daripada mencubit isi ayam. Dia terkebil-kebil. Eryan pula dengan cepat mengambil gelas yang berisi air itu lalu di minum.

"Mama, nak lagi." Makin lebar senyuman Ziyad. Memerah wajah Sarah kerana malu dipanggil sebegitu. Mama? Seriously Eryan?!

"Mama, nak lagi." Ulang si kecil itu. Ziyad menarik tudung Sarah, "suap lah lagi anak tu makan." Sakat Ziyad. Sarah menjeling tajam wajah Ziyad.

"Jeling jeling." Tajam renungan Sarah terhadap Ziyad. Memberi renungan maut dan amaran supaya jejaka itu tidak mengacau dia untuk menyuap Eryan makan.

Tiba-tiba, Ziyad terasa dunianya terhenti seketika. Matanya dikalihkan ke arah Eryan yang sedang menikmati makanan yang disuap oleh Sarah.

Dia memandang pula ke arah seorang wanita yang sedang berjalan mendekati mejanya, "Sarah... just shut up your mouth bila perempuan tu cakap apa-apa dekat kau. Faham?"

"Kenapa you?"

"Dayana, she's here. With her parents."

***

Keadaan di meja itu sungguh sunyi sepi. Hanya terdengar sudu dan garfu berlaga dengan pinggan. Mata Dayana tidak lekang memandang ke arah Eryan.

Sarah sudah selesai membasuh tangannya. Payah nak suap Eryan dengan menggunakan sudu, guna tangan lagi senang. Dia duduk di sebelah Ziyad.

"You.. nak apa-apa? I amikkan."

"No need, just sit down. Rapat dengan aku. Jangan ke mana-mana."

"Eee protective nya you, I suka I suka." Geli hati Ziyad mendengar bicara Sarah. Ingin sahaja dia mencubit pipi gadis itu.

"You," Sarah memanggil lagi. Berasap pula telinga Dayana apabila dia dari tadi hanya mendengar Sarah dan Ziyad bergelak ketawa dan bergurau senda.

Dari wajah Ziyad, jejaka itu bahagia. Dari wajah Sarah, juga gadis itu bahagia. Eryan? Usah di cakap. Favourite aunty bakal jadi mama dia kot! Dia lagi happy!

"I nak jaga Eryan. One week." Ujar Dayana sebaik sahaja dia selesai menjamu selera. Tuan Azhar dengan cepat memandang Dayana.

"Tak perlu, abah tak izinkan."

"Abah bukan ayah Eryan, Dayana perlukan persetujuan Ziyad." Ujar Dayana. Dia melawan pandangan tajam Tuan Azhar.

"No, aku tak izinkan." Ziyad bersuara setelah sekian lama dia berdiam diri. Dia memandang wajah Tuan Azhar, Tuan Azhar hanya senyum lalu mengangguk perlahan.

Ziyad Hayder ✔️Where stories live. Discover now