Chapter -66

3.3K 206 3
                                    

SELEPAS mendapat kebenaran untuk pulang, Ziyad menolak kerusi roda dan Sarah pula mendukung Eryana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SELEPAS mendapat kebenaran untuk pulang, Ziyad menolak kerusi roda dan Sarah pula mendukung Eryana. Dari Sarah mula keluar sehinggalah ke kereta, mereka berdua hanya senyap.

"Masuk perlahan-lahan." Ziyad membantu Sarah untuk masuk ke dalam perut kereta. Tangan Sarah erat menggenggam tangan Ziyad.

"Terima kasih abang..."

"Nothing compared with what you've done for me." Ziyad usap kepala Sarah kemudian dia tutup pintu. Sarah alihkan pandangannya pada Eryana yang berada di babychair itu. Sarah senyum dan dia usap pipi Eryana.

"We're going home Eryana..." bisik Sarah.

"Sarah..." Sarah angkat kepalanya dan melihat Ziyad yang sudah berada di tempat pemandu. Suaminya itu mula memandu dengan kelajuan 90km/j.

"Ya abang?"

"Abang tanya ibu dengan papa tadi boleh ke kalau diaorang tolong jaga Sarah buat masa seminggu. Diaorang kata diaorang ada business trip yang memang tak boleh nak elak, hari esok gerak. Jadi, hari ini abang bawa Sarah balik rumah keluarga abang, ya? Petang ibu dengan papa datang jenguk Sarah sebelum diaorang ke Dubai."

"Ouh ya ke... kalau macam itu abang bawa jelah Sarah balik rumah kita?" Sarah jungkit keningnya. Tangannya masih mengusap pipi lembut Eryana.

"Abang pun esok ada kerja. Kena pergi China seminggu. Kalau dekat rumah keluarga abang, ada Zayra jaga Sarah pantang ini..." Sarah terkejut. Sudah kenapa semua ada kerja dan perlu ke luar negara?

"Tapi Sarah ada pilihan kedua. Pilihan kedua Sarah duduk dekat confinement centre seminggu."

"Tak apalah. Sarah duduk dengan Zayra pun okey. Maaf abang kalau Sarah menyusahkan abang," ujar Sarah. Ziyad terus gelengkan kepalanya. Tangannya satu memegang stereng dan satu lagi mencapai tangan Sarah.

"Tak ada susahkan pun. Jangan sedih. Nanti abang balik dari China, abang ambil cuti lama untuk jaga Sarah pantang okey? Buat masa seminggu ini aje duduk dengan Zayra. Rasa Sarah pun nanti bertiga je dekat rumah itu. Zain pun tak silap dia kena ke Kuantan ke Temerloh, tak ingat abang."

"Baik abang..."

***

TIBA di rumah keluarga Ziyad, Zayra awal-awal sudah menunggu ketibaan mereka. Senyuman penuh pada wajahnya. Tidak sabar mahu menyambut anak saudaranya yang baru lahir itu.

"Sarah! Congratulations!" Zayra dakap tubuh Sarah sebaik sahaja Sarah tiba tepat di hadapan pintu rumah sambil mendukung Eryana. Sarah senyum sebelum dia lepaskan dakapan. Mata Zayra jatuh pada si kecil Eryana.

"Comelnya..." Zayra usap kepala Eryana.

"Jom masuk! Bilik Eryana dah siap aku hias dengan Zain semalam. Warna pink! Aku pilih design." Zayra terus membawa Sarah masuk. Ziyad pula di luar mengeluarkan barang-barang keperluan Sarah dan Eryana.

Ziyad Hayder ✔️Where stories live. Discover now