Epilog

6.6K 260 36
                                    

YEARS LATER

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

YEARS LATER...

ZIYAD nyalakan pemetik api dan dia bakar hujung puntung rokok. Dia kepitkan rokok itu diantara jari telunjuk dan jari tengahnya dan dia sedut dalam-dalam asap rokok yang bahaya itu.

Matanya melihat bangunan sekolah dihadapannya itu. Sekolah itu berwarna merah jambu. Sangat melambangkan sekolah ini khas untuk pelajar perempuan sahaja. Ziyad sandarkan tubuhnya pada kereta.

Lagi beberapa minit Eryana akan melangkah keluar dengan wajah yang ceria seperti selalu. Sambil gadis kecil itu berjalan, pasti dia akan berbual dengan sesiapa sahaja dia jumpa. Sangat peramah! Ziyad pula yang risau.

Loceng sekolah berdering. Ziyad pantas buang rokok itu ke atas tanah dan dipijak. Dia berkumur dan hela nafas. Tidak mahu Eryana menangkap dia merokok. Tidak mahu gadis kecil itu berleter entah apa-apa.

"Daddy!!!" Eryana terus lari mendapatkan Ziyad sebaik sahaja dia melihat ayahnya sudah menunggu dia. Terus dia lompat pada Ziyad dengan harapan Ziyad akan mendukung dia.

"Daddy! Dukunglah! Tak akan itu pun adik kena cakap?!" Eryana muncungkan bibirnya. Seakan-akan merajuk. Ziyad ketawa perlahan dan dia terus dukung tubuh kecil Eryana.

"Hey there my little girl. How's your school?"

"Very fun!!! Kelas adik ada kawan baru! Dia dari United Kingdom! Tempat daddy belajar dulu daddy cakap!"

"Bukan daddy sayang. Tempat mama belajar dulu."

"Ouh ya... mama belajar!" Ziyad senyum dan dia cubit manja pipi tembam Eryana. Eryana muncungkan bibirnya lagi dan ditolak jauh tangan ayahnya itu.

"Daddy jangan cubit pipi adik!"

"Couldn't help baby. So squishy. Oh my, I love you so much my daughter." Ziyad kini melabuhkan ciuman pada dahi Eryana pula. Ziyad terus melangkah dan membuka pintu kereta. Dia masuk sambil mendukung Eryana. Beg Eryana diletakkan ke tepi dan dia biarkan Eryana duduk di atas pahanya.

"Yeay! Adik drive lagi!"

"No Eryana. Daddy nak hidup lagi." Eryana ketawa. "Ala daddy... bagilah adik bawa kereta! Vroom vroom!"

"No Eryana... kita ini masih nak hidup. Jangan bagi malaikat maut cabut nyawa kita sebelum tiba waktunya sayang." Ziyad hidupkan enjin kereta. Tunggu sekejap kemudian barulah dia mula memandu. Eryana diam sambil melihat jalan.

"Daddy... tengok mama jom hari ini! Rindu!"

"Boleh... lepas tengok mama, pergi makan?" Eryana laju anggukkan kepalanya. Tidak diberitahu Eryana tahu ayahnya pasti akan bawa dia makan. Lepas itu, makan aiskrim! Ouh... seronok betul jadi anak Tuan Ziyad Hayder ini.

"Sayang daddy sangat sangat sangat!"

"Sayang Eryana juga..."

***

Ziyad Hayder ✔️Where stories live. Discover now