Chapter -63

3.5K 210 8
                                    

ZAYRA bangun seawal jam lima pagi untuk menyediakan sarapan buat Eryan Eryan ditinggalkan buat sementara waktu di kediaman mewah milik keluarga Ziyad dan dibawah jagaan Zayra kerana Ziyad dan Sarah perlu menyelesaikan sesuatu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZAYRA bangun seawal jam lima pagi untuk menyediakan sarapan buat Eryan Eryan ditinggalkan buat sementara waktu di kediaman mewah milik keluarga Ziyad dan dibawah jagaan Zayra kerana Ziyad dan Sarah perlu menyelesaikan sesuatu.

Siap membuat sarapan, Zayra pergi ke bilik Eryan dan dia mengetuk pintu. "Wakey wakey sleepyhead!" Zayra pulas tombol pintu. Apabila dia melihat ke arah dalam, Zayra hampir menjerit. Namun, lekas Zain menepuk bahu Zayra.

"Engkau kenapa?" soal Zain.

"Eryan..."

"Kenapa?" soal Zain. Apabila Zain lihat dalam bilik Eryan, dia terkejut. "Astaghfirullahalazim, Eryan!" Zain cepat masuk ke dalam bilik Eryan. Tubuh Eryan yang terkulai di atas lantai berlumuran darah itu dipangku. Wajah si kecil itu diusap perlahan dan ditepuk.

"Eryan... Eryan... bangun nak... Eryan..."

Namun tidak ada respon daripada Eryan.

"Eryan! Bangun! Jangan buat uncle macam ini! Bangun!" Zain makin kuat menepuk pipi Eryan. Namun, Eryan tetap tidak sedarkan diri. Air mata Zain mengalir.

"Call ambulance, Zayra!" Zayra angguk dan cepat-cepat dia mengambil telefonnya dan menelefon ambulans.

"Eryan... bangun nak. Eryan..." Tubuh Eryan sudah sejuk. Wajah Eryan sudah pucat lesi. Zain usap wajah Eryan lalu dibawa Eryan rapat ke dadanya dan didakap erat.

"Eryan... Eryan..."

***

ZIYAD memandu dengan momentum yang sangat laju. Seperti mengundang maut. Ziyad berhenti betul-betul di hadapan rumah Dayana. Dia tarik brek tangan dan terus keluar dari perut kereta tanpa mengisahkan pintu kereta tidak ditutup.

Ziyad mengetuk kuat pintu rumah Dayana. Sekuat-kuatnya. "Buka pintulah sial!" jerit Ziyad. Diketuk lagi dan lagi sebelum pintu itu ditendang sepenuh hatinya.

"Buka pintu, Dayana!" Ziyad jerit lagi.

"Apa masalah kau memekak dekat sini ha?!" soal Dayana sebaik sahaja dia membuka pintu. Ziyad terus mencekik leher Dayana. Wajah Ziyad memerah kerana marah.

"Kau bunuh anak aku!"

"Aku tak gila lagilah Ziyad nak bunuh anak sendiri!" balas Dayana kemudian dia menolak tubuh Ziyad agar menjauhi dirinya. "Aku tak bodoh lagi nak bunuh anak aku! Ya, aku benci budak itu sebab dia aku tak dapat kerja sebagai pramugari lagi! Tapi aku tak bodoh untuk bunuh anak yang aku kandungkan 9 bulan 8 hari itu lah Ziyad!"

Nafas Ziyad kencang.

"Tak ada siapa lagi yang sanggup bunuh anak aku kalau bukan kau!" Ziyad tunding jarinya ke arah Dayana. Dayana menampar wajah Ziyad.

Ziyad Hayder ✔️Where stories live. Discover now