Chapter -45

11.2K 991 54
                                    

"AKU dah nekad

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"AKU dah nekad." Zain angkat wajahnya apabila tiba-tiba sahaja Ziyad bersuara tanpa angin tanpa ribut. Direnung wajah kembarnya itu sambil berkerut dahinya.

"Nekad apa ni gila? Macam meniber je kau ni." Zain letakkan pen miliknya lalu dia terus fokus kepada abang kembarnya itu.

"Kahwin dengan Sarah."

"Gila mamat ni. Dah makan ubat ke belum ni? Sini aku rasa kejap dahi kau." Zain letakkan belakang tapak tangannya ke dahi Ziyad, "..sejuk.. tak ada tanda-tanda demam pula. Kau otak dah tak okey eh? Nak buat CT scan ke? Ada terhentak apa-apa ke sebelum ke sini?"

Ziyad hela nafas berat. Dia sedang berusaha... kenapa ramai tak sokong dia ni?

"Aku sihat, Zain. Aku memang dah fikir masak-masak. Aku nak kahwin dengan dia. Cukuplah dulu aku rasa aku lelaki paling bodoh tinggalkan dia." Ziyad mainkan jarinya pada cawan miliknya.

"Aku okey je. Sarah tu apa cerita? Dia nak kau balik ke? Aku risau dia tak nak je. Lagilah janda kau dah tikam dia dulu. Mana tahu dia fikir kau pun nak tikam dia sekali." Serkap jarang Zain. Wajahnya selamba sahaja.

Isaac yang berada di sebelah Ziyad itu terus mengangkat wajahnya, "tak akan lah si Ziyad duda ni nak jadi macam Adam Bahri, watak dalam cerita Webtoon tu. Kau pergilah baca, Zain. Tajuk dia The Guy Upstairs. Best weyh! Adam Bahri tu dah lah hensem!"

"Kadang-kadang aku terfikir, kau ni tegak ke bengkok?" Isaac sengih. "Saya tegak tapi bila nampak Zain, rasa macam terbengkok sikit. Hensem uih! Single tak?"

"Nak kena ruqyah budak ni." Zain bangun lalu dia mendekati Isaac. Tangannya betul-betul dikepala Isaac lalu Zain terus membaca ayat Kursi.

"Keluarlah segala setan yang ada di dalam badan kamu. Ma Rabbuka!"

"Allahuakbar!"

***

"Sarah! Happy birthday bestie! May Allah bless you!" Ucap Zayra lalu dia terus memeluk tubuh Sarah. Sarah masih lagi terpinga-pinga. Hari ini hari lahir dia ke? Kenapa dia boleh tak ingat?

"Hari ni birthday aku ke?" Soal Sarah dengan wajahnya yang polos. Dilihat sejambak bunga yang dibawa oleh Zayra itu. Macam tahu-tahu pula dia sedang mengidam bunga mawar merah. Tahu-tahu je dah ada depan mata.

"Kau ni hish. Hari ni tujuh haribulan tujuh! Birthday kau lah! Kau kan beza sebulan dengan Ziyad and Zain." Ujar Zayra.

"Mana papa dengan ibu?" Soal Sarah. Ada juga dia menjengah pintu, tiada pula kelibat orang tuanya. Mama dia? Jauh sekali. Entah-entah tak tahu pun dia kena tikam. Sob sob.

"On the way kot.. hmmm kau jangan sedih-sedih lah. Papa kau mesti akan datang punya dengan ibu kau. Kau kan anak kesayangan diaorang. Mesti datang punya. Don't worry okay? Ini, aku buat sendiri tau cupcake!"

Sarah lihat beberapa biji cupcake yang ada di dalam bekas tupperware ungu itu. Dia mengerutkan dahinya, "kita kawan dah nak dekat berapa tahun dah Zayra. Setiap kali birthday aku, mesti kau buat cupcake. Tapi, ini carrot cupcakes. Kau selalu buatkan untuk aku cupcake coklat walaupun kau tahu aku tak berapa suka pun dengan coklat tapi itu je yang kau mahir."

Ziyad Hayder ✔️Where stories live. Discover now