Chapter -69

4.3K 214 14
                                    

"ZAIN bunuh Fiqa?" soal Isaac tidak percaya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"ZAIN bunuh Fiqa?" soal Isaac tidak percaya. Ziyad anggukkan kepalanya namun Isaac disebaliknya. Tidak percaya akan kata-kata lelaki itu. Ziyad hela nafas berat kemudian dia picit pelipis dahinya.

"Dia mengaku sendiri dekat aku, Isaac. Dia tikam Zayra sampai Zayra koma. Aku rush dari China balik sini to make sure he didn't went far. Aku balik aku nampak Zayra tak sedarkan diri. Sarah dan Eryana dia belum sentuh lagi."

"Ini tak boleh dibiarkan, Ziyad. We have to protect Sarah. She's my sister. Eryana too, my niece." Ziyad lihat wajah Isaac. Kemudian dia hela nafas berat. Ziyad labuhkan punggungnya di atas sofa.

Sedari tadi Ziyad tidak keluar ke mana-mana. Hanya duduk di rumah dan memastikan pergerakan keluar masuk. Tidak mahu apa-apa berlaku pada Sarah dan juga Eryana.

"Aku kena jenguk Zayra. Boleh jagakan Sarah dan Eryana, Isaac?" soal Ziyad. Penat balik dari China masih lagi belum hilang namun Ziyad kuatkan juga dirinya demi Sarah, Eryana dan Zayra. Ziyad tidak mampu bayangkan kehidupan dirinya tanpa mereka disisi.

"Boleh no hal." Isaac tunjuk 'thumbs up' pada Ziyad. Ziyad anggukkan kepalanya. Ziyad bangun dan capai kunci kereta. Dia melangkah ke pintu sebelum pandangannya dialihkan pada Isaac.

"Aku belum ceritakan hal ini pada Sarah. Jangan cerita apa-apa dulu, Isaac. Aku tak nak dia terkejut sangat tahu semua hal ini." Isaac angguk, akur dan faham dengan arahan Ziyad. Pasti Ziyad punya sebab kenapa dia tidak mahu memberitahu Sarah terlebih dahulu.

Isaac cuma mampu hela nafas berat. Hendak persoalkan kenapa, Sarah isteri Ziyad. Ziyad lebih tahu tentang Sarah berbanding diri dia. Isaac tutup pintu lalu dikunci dan kemudian dia duduk di ruang tamu. Memastikan agar tidak ada sesiapa pun masuk.

Pihak polis sudah melakukan siasatan. Segala sampel sudah di ambil. Ia sememangnya menunjukkan perkara ini semuanya dilakukan oleh Zain.

Jika Zain yang lakukan semua ini, di mana Daniel?

***

ZIYAD masuk ke dalam bilik Sarah. Melihat Sarah sedang menyusukan Eryana, Ziyad dekati isterinya itu. "Sayang..." Ziyad usap kepala Sarah. Sarah lihat Ziyad kemudian dia senyum manis.

"Ya abang?"

"Abang kena masuk ofis. Can't leave the meeting like I did dekat China. Jaga diri dengan anak kita ya sayang?" Sarah anggukkan kepalanya. Sarah serahkan Eryana pada Ziyad setelah selesai menyusu.

"So tiny..." gumam Ziyad kemudian dia usap kepala Eryana. Ziyad senyum dan dia kucup pelipis dahi Sarah.

"You both... are a gift from God..."

"Abang tak minta banyak... stay with me... through thick and thin."

"Sentiasa abang.." Sarah usap bahu Ziyad. Cuba menenangkan suaminya. Tidak tahu apa yang membelenggu suaminya namun Sarah sentiasa menanti Ziyad untuk menceritakan segalanya pada dia.

Ziyad Hayder ✔️Where stories live. Discover now