Chapter -44

10.7K 956 69
                                    

ZIYAD melangkah masuk ke dalam rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

ZIYAD melangkah masuk ke dalam rumah. Sunyi. Sepi. Seperti dia juga, kesunyian. #lonely.

Ziyad hempaskan punggungnya ke atas sofa. Mata dipejamkan sesaat sebelum dia terasa ada seseorang yang duduk disebelahnya. Buka sahaja mata, ada Zayra yang memegang pinggan dan gelas.

"Makan ni. Kau tu dah seharian tak balik rumah. Risau aku."

"Aku jaga Sarah."

"Dia masih nak kau ke lepas apa yang kau dah buat dekat dia? Kau tinggalkan dia Yad. Kau tinggalkan dia dan dia hampir depression. Dan sekarang? Kau ingat perasaan dia tu boleh dibuat main ke?"

"Aku nak bertanggungjawab atas apa yang aku dah buat dekat dia." Ujar Ziyad. Zayra terus terdiam. Fikirannya tiba-tiba melayang ke...

"Kau jangan cakap yang kau dah—"

"Kalau ya pun kenapa?" Ziyad jungkit keningnya. Dipandang wajah Zayra dengan pandangan maut. Zayra terngadah di situ.

"Yad... kau—" Zayra tidak mampu untuk menghabiskan kata-katanya. Menggeletar terus tangannya hendak memegang pinggan dan gelas itu. Kesudahnya, pinggan dan gelas tersebut diletakkan ke atas meja.

"Aku sanjung kau Yad. Aku cerita dekat semua kawan-kawan aku yang kau ni baik, ilmu agama kuat, dan yang penting... kau hormatkan perempuan. Tapi hari ni... aku rasa nak tarik balik kata-kata aku Yad. Kecewa aku dengan kau." Air mata Zayra hampir sahaja menitis.

Ziyad senyum sinis. Nangis lagi, nangis!

"Aku tak sangka kau macam ni Yad... aku—" Zayra tidak mampu untuk membendung air matanya dari mengalir. Kesudahnya, pipinya basah.

"Aku... aku benci kau!"

"Ouh macam ni rupanya perangai kau kalau suami kau nanti bergurau dengan kau. Faham faham. Dah lah, aku nak tidur. Seharian aku tak tidur jaga Sarah. Good morning lil sis." Ziyad terus bangun dan gosok ubun-ubun Zayra.

Zayra terkedu. Ziyad... bergurau?

"Eh kau ingat benda ni boleh buat main ke?! Sarah tu kawan aku tahu tak?!" Memetir suara Zayra mengisi segenap ruangan rumah. Ziyad menghamburkan tawanya.

"Sudahlah kau. Kesatlah air mata tu. Bukannya lawa pun kau nangis. Muka macam beruk."

***

"NANGIS lagi." Keluh Isaac. Sudah berapa kali dia menggaru kepalanya. Tadi dia sampai, Sarah menangis tanpa suara. Bila ditanya kenapa, tangisannya semakin kuat kedengaran dengan esakkan tangis.

Kemudian, Isaac beri Sarah makanan; aiskrim strawberi. Gadis itu makan sambil termenung jauh. Setelah habis aiskrim tersebut, dia sambung nangis lagi. Disebabkan itulah, Isaac pening.

"Awak kenapa ni Sarah? Cuba cakap." Isaac masih lagi memujuk gadis itu untuk menceritakan apa yang berlaku sebelum dia tiba sehinggakan gadis itu hampir empat jam menangis.

Ziyad Hayder ✔️Where stories live. Discover now