Chapter -46

12.1K 1.1K 45
                                    

SARAH tenung kad undangan perkahwinan itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SARAH tenung kad undangan perkahwinan itu. Jelas ada nama penuh dia dan Ziyad. Dia memandang wajah Ziyad lalu dia letakkan semula kad tersebut.

"Kalau I tak nak kahwin dengan you, macam mana?"

"Kita kahwin jelah."

"Kalau I tak nak?"

"Kau kena nak juga." Ingin sahaja Sarah gelak kerana perangai Ziyad tak kurang seperti kanak-kanak yang memaksa ibu bapa mereka untuk membelikan mereka gula-gula.

"You ingat I dah maafkan you ke lepas apa yang berlaku dulu?" Sarah menyoal.

"Aku yakin memang kau belum maafkan aku. Tapi, aku akan cuba untuk buat kau maafkan aku." Ujar Ziyad dengan wajah yang tidak menunjukkan apa-apa reaksi.

"You tak penat ke asyik gaduh dengan I?" Sarah jungkit keningnya.

"Penat tu memang penat tapi kalau tak gaduh, macam mana nak dapat kau?" Soalan dibalas dengan soalan. Lidah Sarah terkelu untuk berbicara lebih. Dia terus palingkan wajahnya dari terus memandang Ziyad.

"Aku minta maaf atas apa yang berlaku dulu. Aku bertindak terburu-buru serupa lelaki pengecut. Aku mengaku aku bersalah. And here I am, nak bina semula 'kehancuran' yang aku dah buat."

"Kehancuran apa?"

"Your precious heart, darling."

***

ISAAC mengeluarkan beberapa busana pengantin dari dalam kereta miliknya. Kemudian, dia terus masuk ke dalam rumah Dato' Hashim tanpa rasa segan silu. Buat macam rumah sendiri gamaknya.

"Okey Sarah, ini baju nikah, ini baju reception keluarga Dato', ini baju reception untuk keluarga Tuan Ziyad dekat sini, ini pula baju untuk reception dekat Dubai." Terbeliak besar mata Sarah apabila dia mendengar perkataan Dubai itu.

"I salah dengar ke?" Isaac gelengkan kepalanya. "Memang jadi tradisi keluarga diaorang lah Sarah. Kena ada reception dekat Dubai sana. Sebab, family Tuan Ziyad tu banyak dekat sana juga. Family belah ibu dia ke ayah dia. Entah, saya pun tak tahu sangat."

"Ouh..." Sarah bangun lalu dia mengambil baju daripada Isaac itu, "terima kasih Isaac... walaupun you kenal I sebab Ziyad tapi cara layanan you pada I macam you dah kenal I sejak kita kecil. I banyak terhutang budi pada you. You banyak tolong I." Ucap Sarah.

Isaac senyum sahaja, "no biggie princess. Awak lagipun tak ada abang dan kebetulan saya tak adik, so I will treat you like my own sister and you can treat me like I am your brother."

Sarah terharu. Dia hadiahkan senyuman yang manis buat Isaac, "thank you..."

"No biggie sister."

"Ha sampai dah Isaac! Jom makan sekali. Aunty dah siap masak. Memang langkah kanan la Isaac ni." Tegur Datin Rosa dengan wajah yang ceria. Isaac pula naik segan kerana setiap kali dia ke sini, pasti Datin Rosa akan sumbat dia dengan makanan. Nak dia jadi gemuk gamaknya.

Ziyad Hayder ✔️Where stories live. Discover now