Chapter -50

11.7K 1K 18
                                    

TAK semena-mena, kejadian itu menjadi kes polis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

TAK semena-mena, kejadian itu menjadi kes polis. Mujur sahaja ketika itu Ziyad masih ada mood. Kalau tidak, mahu dengan meja itu semua Ziyad terbalikkan.

Ziyad atur langkahnya menuju ke bilik. Hari ini hari yang sangat memenatkan buat dia. Dia perlukan rehat secukupnya. Malas hendak fikir apa yang sepatutnya pengantin baru buat pada malam pertama mereka, dia sudah mengantuk.

Tombol pintu dipulas lalu dia menguak pintu bilik. Sarah ketika itu baru sahaja siap membersihkan diri. Gadis itu sedang mengikat tali bathrobe. Ziyad pula yang terkedu.

"Aku... salah timing ke?" Ujar Ziyad di muka pintu. Telinganya sudah kemerahan tanda malu.

"T...tak, betullah ni masa yang you datang. Masuklah. I dah siap mandi." Ujar Sarah. Dia berjalan ke walk-wardrobe biliknya.

"I dah siapkan tuala you... tadi beg baju you, Zain ada bagi pada I. I pun dah siapkan baju untuk you pakai malam ni. I letak atas katil tu." Sarah terus hilang disebalik walk-in wardrobe itu.

Ziyad masuk lalu dia hempaskan punggungnya ke atas katil. Dia rebahkan sebentar tubuhnya. Mata dipejamkan lalu dia menghela nafas berat.

Sarah masih lagi berkira-kira hendak mengenakan pakaian apa. Kalau salah pilih, memang malam ini merupakan malam yang agak— romantik mungkin.

"Ziyad tak mudah tergoda, kau pakai baju macam mana pun, dia okey je melainkan kau yang ajak. Haaa."

Kata-kata Zayra tempoh hari mula mengisi segenap ruang fikirannya. "Pakai jelah, kau memang selesa pakai macam tu kan? Tak akan tiba-tiba nak kena pakai baju kelawar?" Soalnya sendirian.

Sarah terus buka almari lalu sehelai baju tidur diambil.

***

FAREEDA sedikit pun tidak memandang wajah suaminya. Masih lagi rasa sakit hati apabila suaminya itu mempertahankan orang lain!

"Saya minta maaf tapi apa yang awak buat dan kata tadi memang salah. Awak tak sepatutnya fitnah Sarah macam itu. Awak bagi dia tanggapan buruk terhadap keluarga kita." Ujar Aamar lembut. Tangan isterinya cuba diraih namun cepat Fareeda menepis.

"Don't touch me." Dingin nada Fareeda. Namun begitu, suara mereka berdua tidaklah terlalu kuat kerana mereka berada di dalam kapal terbang kelas bisnes.

"Okay look, I'm sorry sebab marah awak masa tengah ramai orang. Tapi, saya tak boleh biarkan awak terus-terusan jatuhkan fitnah terhadap orang lain. Bila kita dah fitnah seseorang ni, dosa satu hal dan dan dosa itu tidak akan diampunkan melainkan awak sendiri pergi minta maaf pada orang yang awak dah fitnah tu." Pujuk Aamar.

"Naluri seorang ibu tak pernah salah." Ujar Fareeda. Dia masih lagi tetap dengan pendirian dirinya.

"Sudah, tak baik fikir yang bukan-bukan. Ni makan." Aamar beri roti kegemaran isterinya yang dibelinya tadi di lapangan terbang. Kemudian dia mencari lagi apa yang ada di dalam begnya itu.

Ziyad Hayder ✔️Where stories live. Discover now