Chapter -68

3.2K 181 15
                                    

SETELAH memastikan Sarah sudah tidur lena bersama dengan Eryana, Zayra tangkap gambar mereka berdua

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SETELAH memastikan Sarah sudah tidur lena bersama dengan Eryana, Zayra tangkap gambar mereka berdua. Terus dihantar pada Ziyad. Rimas betul asyik hantar mesej aje!

Zayra
Sudah kutidurkan permaisuri dan puteri kamu
Hari ini juga sudah ku tabur bunga dan bacakan yasin dekat kubur Eryan
Sudah ku selesaikan semuanya abangku :)

Ziyad
Good job Zayra
Thanks jagakan wife dan anak aku. Thanks juga melawat anak aku
Semoga Tuhan berkati

Zayra
Bapak ayat macam pakcik pakcik siot!!!

Ziyad
😑

Zayra
Gurau...🤣
Nak ole-ole dari China. Jejaka China pun okey jugak😇

Ziyad
Jangan nak gatal. Kau sendiri liat nak bangun Subuh, ini nak ajar mualaf nanti😑

Zayra
Kurang ajar!

Zayra hela nafas. Menyampah dengan sikap abangnya itu. Zayra tutup pintu bilik Sarah dan dia menuju ke bawah. Dia labuhkan punggungnya di atas sofa dan menghidupkan televisyen.

"Kak Fiqa ni kata nak datang... kenapa tak sampai-sampai? Dah lewat malam macam ini... menunggu dari siang si Sarah ni." Zayra mendail nombor Fiqa lagi namun tiada jawapan. Zayra kerutkan dahinya. Apa kes? Apabila whatsapp hanya satu tick sahaja.

"Busy kot.." Zayra cuba bersangka baik, mungkin juga Fiqa terlalu sibuk sehingga tidak sempat untuk melawat Sarah dan Eryana.

Zayra terdengar pintu dibuka. Zain masuk kemudian dia tutup pintu. Dikunci. "Dik, aku lapar. All the way from Temerloh, aku tak berhenti sebab nak sampai cepat. Ada makanan tak?" soal Zain kemudian dia labuhkan punggungnya di atas sofa.

"Lauk ikan singgang jelah. Lauk Sarah. Kau makan ke?"

"Gila. Ingat aku wanita mengandung ke?"

"Tak ada makanan do sumpah cakap." Zain muncung bibirnya. Perut digosok ulang kali. Menunjukkan pada Zayra dia tersangat amat lapar.

"Sedihnya..." Zain masih lagi muncungkan bibirnya dan dia mengalihkan pandangannya pada kaca televisyen.

"Mengada! Kau nak makan apa?" soal Zayra.

"Ouh adikku—"

"Jangan buang masa aku. Kau ada lima saat je untuk decide! Satu!"

"Nasi goreng kampung telur mata!" Laju Zain menjawab. Takut Zayra mengubah fikiran nanti. "Nasi goreng kau paling sedap dalam dunia! Serius cakap!"

"Sepak kang. Sekejap." Zain ketawa kemudian dia kenyitkan matanya pada Zayra. Sengaja mahu mengusik adiknya itu. Adik cuma satu, tidak diusik, tidak sah!

"Terkini. Pihak polis menjumpai seorang lagi mangsa dari suspek yang sama yang terkenal dengan gelaran Pembunuh Bersiri. Pihak polis mengenal pasti identiti mangsa merupakan seorang pegawai polis. Nur Afiqah Binti Baharom, berumur 30 tahun, maut dan dijumpai di dalam rumahnya sendiri pada jam satu pagi semalam. Keterangan yang diberikan oleh jiran mangsa, mangsa tidak keluar rumah seharian dan menimbulkan kerisauan pada jiran-jirannya--"

Ziyad Hayder ✔️Where stories live. Discover now