Chapter -64

3.6K 213 7
                                    

"You like the game I gave you, sweetheart - D?"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"You like the game I gave you, sweetheart - D?"

BERDERAU darah Sarah usai membaca surat itu. Dia letak surat itu ke atas meja dan dia mengeluh. "Awak okey ke Sarah? Muka stres semacam," tegur Zain.

"Ouh Zain... saya okey jelah. Stres sikit je pasal kerja..." jawab Sarah. Terang-terang menipu Zain. Zain cuma senyum. Dia duduk bertentangan dengan Sarah di sofa ruang tamu itu.

"Pengirim yang sama?" Sarah cuma angguk.

"Dia tak habis-habis kacau keluarga kita. Dia sampai buat abang saya naik gila. Dia bunuh Eryan. Saya tak tahu apa yang dia dendamkan sangat Sarah..."

"Saya pun tak tahu Zain. Ini tak lain tak bukan mesti Daniel..." Zain angguk kepalanya. Setuju dengan pernyataan Sarah. Dia hela nafas berat.

"Sampai bila? Isaac hari itu kena langgar. Kelmarin, Eryan dibunuh. What's next?" Sarah gelengkan kepalanya. Tidak mahu nemikirkan perkara itu. Itu semua akan memberikan impak yang negatif pada Sarah.

"Saya takut, Zain..."

"Saya pun takut. Daniel dia jarang muncul. Saya dan Ziyad pernah juga cari keberadaan dia tapi kami tak jumpa. Dia lagi bijak sorok diri," ujar Zain.

"Dan dia pun guna ilmu hitam dan hantar pada awak kan? Dia... ya Allah saya tak tahu nak cakap macam mana. Kita tak dapat nak cari dia. Dia menyorok entah dekat pelusuk mana." Sarah mengeluh. Dia merenung ke luar jendela.

"Saya kesian dekat Ziyad..."

"Samalah saya. Abang saya tak pernah jadi macam itu. Masa parents kitaorang meninggal dia tak terkesan macam ini. Dah berapa hari Eryan meninggal, Ziyad langsung tak nak makan. Saya kesian dekat awak kadang-kadang kena jerit dengan Ziyad," ujar Zain.

Sarah senyum tawar. "Macam mana pun saya kena sabar dan saya kena faham keadaan Ziyad itu, Zain. Emosi dia tengah tak stabil."

"Dia patut faham awak juga Sarah. Awak dah sarat mengandung. Bila-bila je awak akan melahirkan bayi ini, tahu? Saya tak boleh terima bila semalam Ziyad tepis dulang yang awak bawa. Nasib sup itu tak berapa panas. Kalau panas... melecur awak dekat situ."

Sarah diam seketika. "Tindakan Ziyad semalam memang saya tak boleh terima. Dia patut minta maaf pada awak. Walaupun saya tahu awak dah maafkan dia tapi still dia kena minta maaf. Mana yang hidup pasti akan mati. Dia patut terima dan meredai."

Zain bangun. "Come... saya bawa awak confront dengan Ziyad hari ini."

"Saya takut..."

"Saya ada. Dia tengking awak senang je saya hukum. Lempang muka dia." Sarah bangun dan dia usap perutnya. Dia tarik nafas dan hembus. Wajahnya jelas dia kepenatan. Mujur dia mengambil cuti awal.

Zain dan Sarah sama-sama menuju ke bilik Eryan. Zain mengetuk pintu. "Ziyad? Aku masuk. Aku bawa bini kau ini." Zain buka pintu dan masuk ke dalam bilik dan diikuti oleh Sarah.

Ziyad Hayder ✔️Where stories live. Discover now