Chapter -70

6.6K 261 22
                                    

SEBELUM pulang ke rumah, Ziyad singgah ke pasaraya untuk membeli ikan tenggiri kegemaran Sarah untuk dimasak pada malam ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SEBELUM pulang ke rumah, Ziyad singgah ke pasaraya untuk membeli ikan tenggiri kegemaran Sarah untuk dimasak pada malam ini. Lauk kegemaran Sarah sejak-sejak berpantang.

Sampai di rumah, Ziyad bawa keluar segala barang-barang dari dalam kereta. Langkah diatur terus menuju ke pintu. Pintu dibuka dan Ziyad masuk ke dalam rumah. "Sayang... abang dah balik!"

Ziyad menjadi pelik apabila tiada sahutan. Selalunya Sarah paling ceria menunggu Ziyad pulang ke rumah. Ziyad mengaturkan langkahnya ke tangga. Menjengah sebelum dia mendaki anak tangga satu persatu.

Dia menuju ke biliknya dan dibuka pintu. Berderau darahnya apabila mendapati hanya Eryana sahaja berada di dalam bilik. Ziyad terus mendapatkan anaknya itu. "Sayang ya Allah..." Ziyad dukung tubuh kecil Eryana dan dibawa ke dadanya.

Ziyad terus keluarkan telefonnya dan menelefon pihak polis. Setelah memberi segala keterangan, Ziyad simpan semula telefonnya. Eryana masih lagi dalam dukungannya dan Ziyad bawa Eryana keluar.

Bertambah pelik. Di mana Isaac?

"Isaac? Kau dekat mana?" Ziyad tiba di ruang tamu dan mencari kelibat Isaac. Namun tidak ada. Ziyad kerutkan dahinya. Tidak mungkin Isaac ke mana-mana kerana kereta Isaac masih di sini.

"Isaac Muslim!" Ziyad mula menjerit mencari Isaac. Dibuka satu persatu pintu bilik. Sehinggalah pintu yang terakhir iaitu pintu bilik stor. Ziyad masih lagi erat mendukung Eryana, tidak mampu untuk meninggalkan si kecil itu seorang diri.

Apabila Ziyad buka pintu bilik stor, dia lihat sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa. "Astaghfirullahazim, Isaac! Ya Allah!" Ziyad panik namun cepat dia kawal perasaannya. Ziyad tarik nafas dalam dan dia hembus.

Telefon dikeluarkan. Dia mula mendail nombor Inspektor Rifqi, merangkap rakannya untuk memberi makluman tentang perkara pembunuhan yang terbaru ini.

"Kau tenang, Ziyad. Pihak polis dalam perjalanan."

"Nak tenang apa?! Isteri aku! Zain ambil isteri aku, Rifqi!" Mata Rifqi membulat besar. Dari tadi duduk tenang kini dia bangun dari duduknya. Mata melihat papan putih.

"Kau tahu dia bawa ke mana?" soal Rifqi, masih lagi mengekalkan nada yang tenang walaupun jantungnya sudah berdegup laju. Perkara ini semakin menjadi-jadi dan Rifqi mula fikirkan sesuatu.

"Ini dah tak boleh ikut undang-undang dah Ziyad. Kita ikut undang-undang kita sendiri. Ikut protokol, kita akan bawa balik mayat Sarah dan bukan Sarah yang hidup!" Ziyad pejamkan matanya.

"Kau polis, Rifqi. Kau patut cari penyelesaian mengikut undang-undang!"

"Dah cuba tapi semuanya terlalu lambat! Go Ziyad. Cari apa-apa klu yang ditinggalkan. Bagi Eryana pada aku. Aku jaga anak kau dekat balai! Aku akan hantar juga team untuk escort kau."

Ziyad matikan panggilan telefon kemudian dia keluar mencari klu di sekitar rumah. Ziyad berhenti pada meja di mana dia meletakkan segala kunci di situ. Terdapat sekeping kertas. Ziyad ambil dan buka.

Ziyad Hayder ✔️Where stories live. Discover now