"taknak apa pun cuma membantu. Hm aku rasa hidung kau patah lah. Sini aku tengok"Ary bangun dari duduknya dan dipegang sisi kepala Khairy.
Di ambil first aid kit dan dicari ubat. Di ambil kapas. Diletakkan perlahan lahan di tepi bibir jejaka tu.
"auch"Khairy berdesis sakit. Ary melihat jejaka tu sekilas.
"Hulur tangan."khairy menghulurkan tangan kanannya. Lengan baju jejaka tu disunting sehingga ke lengan dan dia terkejut melihat garisan.
Khairy menarik lengannya semula dan disembunyikan. Ary mengukir senyuman nipis dan dipinta tangan kiri pula.
"Kan kemas macam ni. Dah berapa lama kena buli?"lembut nada bicara Ary.
"Dua bulan. Kenapa kau nak tahu sangat? Aku tak kenal kau"mata tu memandang kosong ke arah gadis ni.
"Aku Ariella. Panggil Ary. Khairy tak ada kawan ke?"jejaka tu mengeleng kepalanya dan tergelak kecil.
"Siapa ja nak kawan dengan aku yang sakit mental ni? Kalau kau nak kawan dengan aku batalkan ja niat kau. Aku bukan normal macam orang lain."Jejaka tu bingkas bangun dan diatur langkah keluar dari bilik tersebut.
Ariq menolak bahu Khairy dengan mata menikam tajam.
"Patutlah kau berani sangat rupa rupanya ada back-up. Eh kau tu dahlah sakit mental. Siapa ja nak dekat dengan kau ni? Dahlah keding plus bodoh plus anak? Yatimm"ditekankan perkataan yatim dan mereka ketawa.
"Kalau aku yatim pun ada kacau dengan kau?"Ariq mencekik leher Khairy. Jejaka tu mahu melepaskan cengkaman tersebut tapi tidak dapat.
Badboy mula membelasah Khairy sehingga tubuh jejaka tu lemah. Khairy terduduk di situ. Badboy melangkah pergi meninggalkan nya.
"Ya Allah. Aulia panggil Ary datang sini"Aulia berlari mencari sepupunya.
"Khai. Khai"Ary menepuk perlahan pipi tersebut. Jejaka tu melihatnya dengan samar samar saja.
"S..sakit"Ary mengetap bibirnya menahan amarah. Ditoleh ke arah sepupunya.
"Bantu aku"Dipapah Khairy untuk bangun dan dibawa ke keretanya.
Khairy mencelikkan matanya dan dipandang sekeliling. Dia berada di biliknya tapi siapa yang hantar dirinya?.
Pintu tu dibuka dan ditoleh ke arah Ary. Dia terkejut melihat gadis tu.
"Apa kau buat dekat rumah aku? Apa kau nak?"fikirannya mula memikir buruk tentang Ary.
"Bertenang Khairy. Kau okeyh? Masih sakit?"Jejaka tu mengeleng kepalanya perlahan.
"Kenapa kau tolong aku? Kita tak kenal. Mesti kau ada niat lain kan! Kau nak pergunakan aku lepastu kau nak rampas harta aku kan?! Jawab!"Khairy menengking Ary.
"Khairy bertenang. Tak, apa yang kau fikir tu tak betul. Aku ikhlas tolong kau."rambut Khairy yang serabai di kemas.
"Kau tipu! Aku tak percaya! Semua orang penipu dan hanya nak gunakan aku ja!"ditolak Ary sehingga Ary terduduk di lantai.
"KELUAR!"jerkah nya. Ary bangun dari duduknya dan dihela nafas perlahan.
"Rehatlah. Ary balik dulu"Diatur langkah keluar dari bilik tersebut dan ditutup pintu tu.
YOU ARE READING
20. KHAIRY ZAFEEL [C]
RomanceKHAIRY ZAFEEL Seorang anak lelaki tunggal dari keluarga yang kaya. dua orang tua nya pula mempunyai pangkat dato dan datin. Dari kecil dia hidup dengan kemewahan serta bahagia namun siapa sangka sewaktu umurnya meningkat 16 tahun, kedua orang tua ny...