BAB 48

6K 299 2
                                    

Malam tu Ary menyusun kuih di dalam balang raya di meja ruang tamu manakala Zafeel sedang menghabiskan kuih raya sambil meniarap di karpet dengan mata memandang tv.

"ABANG!"tersedak jejaka tu. Terbatuk batuk dia. Ary bercekak pinggang.

"Apa sayang?"Soalnya dengan wajah memerah kerana pedih di kerongkong. Mata Ary membulat tegas apabila melihat kuih tart nenas di dalam balang tu hampir habis.

"Abang. Esok dah nak raya tau janganlah habiskannnnn"Zafeel tersengih saja dan tangannya mencapai kuih almond London pula. Ary menampar tangan jejaka tu.

Memuncung bibir Zafeel sambil mengusap belakang tapak tangannya.

"Sedap sangatlah. Bagilah sikit eh eh?"perlahan lahan tangannya mahu mencapai kuih almond London.

"Satu ja! Lebih lebih Ary cium!"Terhenti tangan Zafeel yang mahu menyuap kuih ke dalam mulutnya.

"Betul nak cium? Sini!"Zafeel menyumbat kuih ke dalam mulutnya dan bangun mendekati isterinya.

Tubuh tu dirangkul dari belakang dan dicium cium wajah Ary dengan geram.

"Eeee apa abang nii."bengang dia. Mahu menyusun kuih saja tidak senang.

"Cium abang dulu baru abang tak minta kuih."Ary dengan tidak rela mencium kedua pipi suaminya. Tersenyum jejaka tu. SUKA!.

"Tapi abang nak jugak!"dicapai kuih di dalam balang tu dan selamat masuk ke dalam mulutnya.

"Aaaa aduh aduhhh"dipegang jari kecil Ary yang mencubit pinggangnya.

"Mengacau ja kerjaaaa"Zafeel tersengih saja memandang wajah marah isterinya. Pipi tu dicium lembut.

"Shh janganlah marah marah. Harini marah esok kena minta maaf haa."usik Zafeel. Ary mengembungkan pipinya tanda protes.

"Abang saja nak kenakan Ary. Suka lah tu!"Ditutup penutup balang kuih dan disusun agar rapi.

"Mestilah suka. Mengusik sayang dah jadi hobi bagi abang."Diangkat tubuh Ary agar duduk di atas riba nya.

"Bila nak tidur ni..abang dah mengantuk"Dilentokkan kepalanya di bahu Ary.

"Sekejap lah. Kalau abang mengantuk pergilah naik tidur dulu sekejap lagi Ary naik ye."Zafeel menganguk. Pipi Ary dicium dahulu sebelum bangun naik ke bilik.

Ary menyimpan kuih raya yang selebihnya di dapur. Rendang daging yang sudah siap tadi disimpan ke dalam peti ais. Pagi esok baru dipanaskan semula.

Dipastikan dahulu agar semuanya selesai. Setelah memastikan semuanya siap barulah dia mengatur langkah ke tingkat dua.

"Sayang sini lah nak peluk"Ary merebahkan badannya di sebelah suaminya. Zafeel menarik pinggang gadis tu agar dekat dengannya.

"Wangi hm"Zafeel menyorok mukanya di ceruk leher isterinya. Bau wangian si isteri membuatkan dia terbuai dan kelama lamaan pasangan suami isteri tu hanyut ke dalam mimpi dalam dakapan yang indah.

20. KHAIRY ZAFEEL [C]Where stories live. Discover now