Zafeel mendengus apabila sekejap sekejap Ary memegang kepalanya. Didekati ke arah gadis tu. Tubuh Ary dipusingkan dan dianggkat ke atas kabinet.
"duduk diam diam" dia mengambil alih kerja Ary sebentar tadi. Ary hanya melihat saja wajah ketat jejaka tu.
"Aku nak kau lega demam sebelum sekolah aku taknak kau menyusahkan aku nanti"datar saja suaranya sambil memasak.
"okeyh"jawab Ary sambil menunduk. Zafeel menoleh sekilas ke arahnya.
"Tak payah nak sedih sangat. Kenapa? Suka sangat nak sakit biar aku kasihan dekat kau?" Dapat Ary dengar dengusan kasar jejaka tu.
"maaf menyusahkan"dimainkan jarinya sendiri.
"Dah memang menyusahkan pun"balas Zafeel tanpa memikirkan perasaan gadis tu. Ary mengeluh perlahan dan turun dari kabinet.
"kau nak pergi mana? Ada aku suruh pergi?"Dipandang Ary. Gadis tu menoleh sekilas.
"hm"diatur langkah keluar dari dapur. Zafeel menghembus nafas kasar dan seketika dia terdengar pintu rumah ditutup.
"menyusahkan aku lah budak ni"
Ary duduk di bangku yang tersedia di bawah pokok. Bunyi ombak air laut tu buatkan dirinya tenang.
Guna kelembutan kau untuk lemahkan dia.
"Macam mana aku nak lemahkan Zafeel kalau angin dia tak menentu?."mata jatuh ke pengelangan tangan nya yang masih berbalut disebabkan torehan pisau jejaka itu.
Dipandang orang orang yang berada disini. Kebanyakan hanya melayan perasaan masing masing saja.
"Ary?"gadis tu menoleh ke arah Aulia dan Alesha.
"Kenapa kau duduk sorang sorang ni. Bahayalah"Alesha duduk di sebelah Ary. Gadis tu mengeluh kecil.
"Aku dah tak tahan lah dengan perangai Zafeel yang tak menentu. Sekejap baik sekejap jahat."Alesha mengusap bahu Ary perlahan.
"Ary yang kitorang kenal tak lemah macam ni tau. Dia seorang yang kuat."Ary memandang wajah sepupunya.
"Entahlah. Terasa menyesal terima amanah apa yang bonda dan ayahda suruh."Ditundukkan kepalanya.
"Kau buat rumah ni macam rumah kau pulak kan. Keluar masuk keluar masuk tanpa izin."Ary mengeluh perlahan.
"Apa lagi yang tak kena? ini salah itu salah."ditangkap tangan Zafeel yang mahu menamparnya.
"Oh sekarang kau dah pandai melawan cakap aku lah? Siapa ajar kau?"Ary memejam matanya erat dan dibuka memandang Zafeel semula.
Tangan kiri Zafeel mencekik leher Ary. Kaki gadis tu terangkat sedikit.
"k..kau n..nak c.. cekik aku lagi?"terlepas tangan Zafeel apabila mengingati dimana jantung Ary berhenti berdetak.
"abang minta maaf. abang tak sengaja"dia mahu mendekati Ary tapi gadis tu menyuruhnya berhenti.
"Maaf maaf maaf itu ja yang kau tahu. Kau minta maaf kau buat lagi. BERBALOI KE HAH!"tengking Ary buat pertama kalinya kepada Zafeel. Jejaka tu memandangnya tidak percaya.
"INI SALAH ITU SALAH APA YANG BETUL? KAU JA YANG BETUL SEMUA?! LEPAS TU AKU NI? TEMPAT KEMARAHAN KAU JELAH! EY BODOH KALAU TAK DISEBABKAN AMANAH MEMANG AKU TAK JEJAK KAKI LAH DEKAT SINI!"nafas Ary turun naik menandakan dia benar benar marah.
"what do you mean amanah?" Soal Zafeel yang masih tidak faham.
"Kau lupa? Budak perempuan nama Zeerah umur 6 tahun dulu tu adalah aku. Budak yang kau sering lepaskan kemarahan tu adalah aku! kenapa? Terkejut?"diukir senyuman sinisnya apabila melihat wajah terkejut jejaka tu.
"Masa umur aku 9 tahun aku pindah pergi US tapi tulah sampai umur 16 tahun kau kehilangan mama papa kau sejak bulan January tahun lepas. Parents aku amanah kan aku untuk pantau kau dalam keadaan yang baik tapi sekarang apa aku dapat? Seksaan dari kau. Menyesal aku tolong masa kau kena buli."sejurus berkata bergitu diatur langkah ke bilik.
"Ariella Nazeerah"panggil Zafeel. Gadis tu menoleh ke arah nya.
"I am sorry. I dont know about that. " Namun gadis tu hanya mengendahkan nya saja.
Sewaktu mereka berumur 6 tahun. keluarga mereka sangat rapat bahkan Ary adalah rakan sepermainan Zafeel. Walaupun keluarga mereka rapat, Zafeel sering lepaskan kemarahan nya pada Ary walaupun gadis tu tidak bersalah. Hubungan persahabatan Keluarga mereka mula rengang setelah keluarga Ary berpindah ke US disebabkan urusan kerja.
YOU ARE READING
20. KHAIRY ZAFEEL [C]
RomansaKHAIRY ZAFEEL Seorang anak lelaki tunggal dari keluarga yang kaya. dua orang tua nya pula mempunyai pangkat dato dan datin. Dari kecil dia hidup dengan kemewahan serta bahagia namun siapa sangka sewaktu umurnya meningkat 16 tahun, kedua orang tua ny...