Zafeel bangun dari baringannya dan mengatur langkah ke bilik Ary. Sekarang jam 2 pagi.
Dikuak pintu tu perlahan dan terpandang lah Ary yang sedang nyenyak tidur. Diatur langkah ke arah nya.
Tubuh tu dicempung ke bilik nya sendiri. Diletakkan dengan perlahan lahan agar tidak mengganggu lena Ary.
Direbahkan badannya di sebelah Ary dan dialihkan badan menghadap gadis ini. Wajah yang sedang tidur tu ditatap sayang.
Tangan kiri naik mengusap lembut pipi gebu tu. Terasa ingin mencubit tapi dia harus bersabar agar Ary tidak terjaga.
Perlahan lahan mata Zafeel memberat dan terlelap dengan tangan kiri nya berada di pipi Ary.
Berkerut dahi Ary apabila terasa berat di pinggang nya. Dilihat tangan sasa Zafeel dan menoleh ke arah jejaka tu yang masih tidur.
Dialihkan perlahan lahan tangan tersebut dan bangun keluar dari bilik tersebut untuk ke biliknya.
"Abang bangun."kejut Ary. Jejaka tu mencelikkan matanya memandang wajah yang dia sayang.
"Bangun mandi solat subuh lepastu pergi sekolah "Zafeel bangun dari duduknya terlebih dahulu.
Zafeel melentokkan kepalanya di meja dengan mata memandang ke arah seseorang. Siapa lagi kalau bukan Ary gadis kesayangannya.
"Weih dah nak puasaaa."Tertutup terus buku novel Alesha. Gadis tu menoleh ke arah Aulia.
"Ha ah kan! Tapi Ary."gadis tu bergumam saja.
"Kau macam mana? Takkan bulan puasa kau nak berdua dekat rumah tu dengan Zafeel?"pertanyaan dari Alesha buatkan Ary terdiam.
"Sebenarnya bonda dan ayahda dah cadang nak satukan aku dengan Zafeel tapi aku belum bagi keputusan."Aulia mengusap bahu sepupunya.
"Kau terima jelah eh. Zafeel akan bertenang dengan kau ja."Ary mengeluh perlahan.
"Nantilah aku telefon bonda untuk bincang."Dihela nafas berat.
"Kalau anakda setuju nak kahwin dengan Zafeel. Bonda dan ayahda akan satukan korang sebelum puasa. Tak apa kan?"
Ary mengemam bibirnya. Dia buntu mahu terima atau tidak lagipula Zafeel hanya akan bertenang bila dirinya ada.
"Baiklah Ary setuju. Apa pun keputusan bonda dan ayahda Ary terima ja"Putus Ary. Dia berharap keputusan yang dia ambil ni tidak salah.
Terasa kasihan pula pada Zafeel kalau dia balik ke rumah Alesha dan Aulia pasti Zafeel berseorangan. Tambahan lagi bonda nya sudah pesan jangan tinggalkan Zafeel berseorangan kemungkinan dia akan bertindak diluar jangkaan jika tiada yang berada disisinya.
YOU ARE READING
20. KHAIRY ZAFEEL [C]
Roman d'amourKHAIRY ZAFEEL Seorang anak lelaki tunggal dari keluarga yang kaya. dua orang tua nya pula mempunyai pangkat dato dan datin. Dari kecil dia hidup dengan kemewahan serta bahagia namun siapa sangka sewaktu umurnya meningkat 16 tahun, kedua orang tua ny...