BAB 50

6.2K 293 4
                                    

"bonda ada bagitahu diorang beli rumah dekat sini dalam 4 hari lepas. Jom pergi rumah sana . Bonda cakap orang tua Alesha dan Aulia pun ada sana. Jom?"ajak Zafeel. Mereka segera bangun dari duduk.

"Hmm abang kejap lahh!"Zafeel tergelak kecil melihat isterinya yang tidak boleh berjauhan  sedikit dengannya.

"iya sayang sini."Ary melangkah mendekati nya dan mereka berdua memboloskan diri ke dalam kereta Lamborghini.

SETIBANYA di rumah keluarga Ary, mereka semua melangkah masuk ke dalam.

"Hai Ary!"sapa Raima. Mereka menoleh ke arah Beauty yang memakai baju kurung moden.

"Hai. Bila datang?"Soal Ary ramah.

"Baru jaa."Ary menganguk faham dan mendekati bonda Airis.

"Bondaaa rindu nya dekat bonda"Dipeluk tubuh tu erat dari belakang.

"Eh Ary. Bonda pun rindu kamu. Mana Zafeel?"Ary menjuihkan bibir ke arah ruang tamu.

"Rindu bonda ja? Ayahda tak rindu?"Ary tersengih dan memeluk tubuh ayahda nya pula.

"Mestilah rindu. Bonda dan ayahda sekalian marilah kita ke ruang tamu. Kami nak bermaafan ni"ditarik lengan kedua orang tuanya.

Zafeel hanya duduk melihat isterinya yang melutut di depan dua orang tuanya. Terasa rindu dengan mama papa nya. Tahun ni dia beraya tanpa mama papa disisi tapi tidak apa Allah sudah mengirimkan nya bidadari tidak bersayap iaitu Ariella Nazeerah isterinya yang sah.

"Zafeel?"jejaka tu tersenyum dan bangun melutut depan ayahda mertuanya. Tangan tu disalam olehnya.

"Zafeel nak minta maaf kalau Zafeel ada sakitkan hati bonda dan ayahda mertua Zafeel ke atau tak dapat jaga Ary dengan baik Zafeel minta maaf ya. Zafeel dah anggap bonda dan ayahda Zafeel ni macam orang tua kandung Zafeel. Terima kasih sebab bagi keizinan kepada Zafeel untuk jaga puteri ayahda dan bonda. Zafeel janji Zafeel akan jaga Ary dengan baik."diangkat muka memandang wajah ayahda mertuanya.

"Ayahda dah lama bagi keizinan pada kamu Zaf untuk jagakan Ary. Kami yang hantar dia ke sini untuk pantau keadaan Zafeel. Ary dah ceritakan?"Zafeel mengangguk.

"Dah. Terima kasih. Dengan kehadiran Ary mengubah segala galanya. Zafeel tak tahu nak balas macam mana hanya ucapan terima kasih yang dapat diungkap kan."ayahda tersenyum.

"Tak apa. Kamu jaga puteri kami ni pun dah cukup baik untuk kami."Zafeel mengukir senyuman manisnya dan menoleh ke arah Ary yang makan kuih raya.

"Bonda dan ayahda stay sini ke?"Soal Ary dan disumbat kuih raya ke dalam mulutnya.

"Tak tahu lagi. Katanya nak stay sampai perkahwinan Alesha dan Aulia."tutur bonda  Adistia. Bonda kepada Alesha.

"Wah dah nak kahwin?"mereka menoleh ke arah Yana. Mereka semua menganguk.

"Cepatnya jodoh datang kitorang ni asyik bodoh ja yang datang"Aunty Farhana mengetuk kepala Fatina.

"Mulut kamu tu cakap baik sikit tak baik bodoh bodoh"Fatina memuncungkan bibirnya dan diusap kepala yang diketuk oleh mama nya.

"Ni sham dengan Ariq ada"tersedak dua jejaka tu bila Ary menyebut nama mereka.

"Mama papa aku tak bagi kahwin lagi."cepat cepat Ariq berkata bergitu dan Sham menganguk laju.

"Sayang makan tu jangan gelojoh. Nanti tercekik."tegur Zafeel lembut dan dilap mulut isterinya yang comot dengan menggunakan tisu.

"Sedap sangat kuih ni. Abang nak rasa tak?"soalnya dan Zafeel membuka mulutnya untuk Ary suapkan.

"Kuih ni tambah sedap bila sayang yang suap."dia tersenyum kacak. Wajah Ary berona merah.

"Are you blushing dear? Oh shit, so cute babygirl."dikucup pipi kanan Ary.

"Janganlah usik Ary"Katanya dengan menunduk. Zafeel tergelak kecil. Isterinya sangat comel.

20. KHAIRY ZAFEEL [C]Where stories live. Discover now