BAB 41

6.5K 313 3
                                    

"abang bangunnn sahur"kejut Ary. Jejaka tu mencelikkan matanya memandang wajah si isteri. Ditarik tubuh Ary dekatnya dan dicium.

"Eish bangun lah abang nanti azan subuh tak sempat sahur pulak"Bebel Ary namun jejaka tu hanya melihatnya dengan senyuman.

"Pagi pagi tak elok bebel. Cium abang dulu."Ary mengucup pipi suaminya. Jejaka tu bingkas bangun untuk ke bilik air. Basuh muka ja dulu.

Setelah sahur, azan subuh berkumandang. Ary bangun untuk membasuh pinggan mangkuk.

"Jom abang imamkan bidadari syurga abang."ajak Zafeel dan mengatur langkah ke bilik. Ary tersenyum saja. Bersyukur mempunyai susuk tubuh suami seperti Zafeel.

"Assalamualaikum warahmatullah."diusap wajahnya setelah tu dipusingkan ke belakang. Dihulurkan tangannya agar Ary menyalami. Kain sejadah milik Ary ditarik dekat. Terjerit kecil isterinya.

"Sini abang cium"Dikucup dahi setelah tu kedua pipi yang menjadi kegilaan nya.

"Tak bosan ke cium Ary?"Disengetkan kepalanya memandang Zafeel.

"Tak pernah bosan sedikit pun. Makin sayang ada la"Diusap lembut pipi gebu. Ary tersenyum manis sambil memandang nya.

"Abang tak ada niat nak menduakan Ary kan kan?"Zafeel mengangkat keningnya apabila ditanya bergitu.

"Kalau mampu abang nak kahwin lagi. Biar sayang tak bosan duduk rumah kalau abang kerja nanti kan?"Usik Zafeel. Mata Ary berair. Terkejut jejaka tu.

"Hiks abang jahatt"Zafeel mengangkat tubuh tu ke atas pehanya. Diseka lembut air mata Ary.

"Abang bergurau ja lah sayang. Mana mungkin abang akan madukan sayang. Sayang segala galanya bagi abang."Zafeel tersenyum kecil melihat wajah kemerahan isteri nya. Tidak dia sangka Ary akan menangis.

"Gurau abang tak kelakar hm"Dikembungkan pipinya dan menunduk bermain jarinya sendiri.

"merajuk ke ni? Bidadari abang merajuk pulak diaa"digesel hidungnya di pipi Ary. Gadis tu hanya diam saja kerana merajuk.

"Huftt merajuk dengan abang. Nak bangun"Baru saja dia hendak bangun, Zafeel memeluk pinggang nya erat. Didekatkan wajahnya ke wajah Ary.

"Nak bangun pergi mana hm? Duduk jelah dengan abang."Ary memalingkan muka nya ke arah lain. Jual mahal sikit.

"Taknakk. Nak merajukk"Katanya. Zafeel membuka kain telekung isterinya dan dibuka laci di tepinya. Kotak tu di ambil dan ditunjuk ke arah gadis ni.

"Nak?"Ary berkerut dahi tidak faham.

"Apa benda ni?"Soalnya. Dua jari Zafeel menutup mata cantik tu. Kotak dibuka dan rantai bewarna silver ukiran AZ dipakai di leher isterinya.

"Buka mata"Arah suaminya. Ary membuka mata dan menunduk melihat rantai tersebut. Cantik dan dia tahu AZ tu nama mereka berdua.

"Terima kasih abang"dipeluk erat tubuh tegap suaminya. Zafeel mengusap rambut Ary perlahan.

"Suka tak?"soalnya. Ary menganguk.

"Suka. Cantik sangatt" Zafeel tersenyum. Syukurlah Ary suka lagipun rantai tu dia tempah sebelum perkahwinan mereka lagi.

20. KHAIRY ZAFEEL [C]Where stories live. Discover now