" Ish abang ni. Orang dah menitik air mata boleh pulak petik Mat Bangla mana tah." jawab Nayla sambil memukul lembut bahu Ammar. Air mata yang mengalir dipipi Nayla dilap oleh Ammar.
" Hahahahaha mana tahu. Lagi satu Nay takkan lah parent Nayla nak pilih lelaki muka pecah seribu. Atleast lah kan, muka macam Kang Ha-neul ke kalau tak pun Lee Kwang Soo. Sesuailah dengan anak perempuan dia ni ha. HAHAHAHAHAHAHA." usik Ammar lagi.
" Papa!!!!! " jerit Ahwas dari kejauhan. Ahwas berlari kearah Nayla dan Ammar dengan muka yang marah. Sampai sahaja Ahwas di tempat Ammar dan Nayla, dia terus memeluk lengan Nayla dengan erat.
" Papa kalau nak dating janganlah dating dengan Aunty Nayla! Aunty Nayla ni girlfriend Ahwas bukan girlfriend papa!"
-------------------------------
"Okay senyum. 1,2,3." gambar diambil sebagai kenang-kenangan. Nayla dan Ammar
Nayla mengintip dibalik tirai langsir. Rombongan pihak lelaki sudah tiba diperkarangan rumahnya. Sebanyak tiga buah kereta mengiringi rombongan ini. Lalu, diparkirkan diruang yang tersedia. Pagar rumah yang sudah terbuka luas seolah menjemput para rombongan itu untuk masuk ke dalam. Satu persatu hantaran pertunangan dikeluarkan dari perut kerata mereka.
Nayla yang masih berada di kamar seperti tidak percaya yang hari ini tiba juga. Perasaannya bercampur aduk seperti ais batu campur Uncle Muthu. Rasa takut, pelik, tertanya-tanya semua ada. Kebiasaan orang yang bertunang pasti akan berasa gembira, tetapi menurutnya bahagia itu belum muncul dihatinya. Pelbagai persoalan yang muncul difikiran Nayla. ' Laki aku ni macam manalah bentuknya, pendek ke lonjong, bulat ke kering. ' persoalan ini bermain-main difikirannya, meneka-neka seperti apa calon suaminya. Dan bila Nayla terkenang cerita malam semalam, rasa malu menerpa diri. Bagaimanalah Ammar boleh tahu keberadaan dirinya dan bagaimana Ammar boleh terfikir untuk tanya anak lelakinya Ahwas. Nayla terus leka dalam dunianya sendiri memikirkan perkara yang sudah terjadi dan akan terjadi.
" Nayla get ready, sikit lagi kau dah nak kena turun. Dia orang dah habis bincang." ujar Suhaila Rizki. Nayla tersentak.
" Terkejut aku Su. " balas Nayla.
" Sorry Nay, buat kau terkejut. Tapi kau dah ready kan? Sikit lagi kita dah nak turun, please behave okay. " pinta Suhaila.
Suhaila sahabat Nayla khawatir jika kawanya ini akan melakukan perkara diluar jangkaan. Cukuplah malam semalam sahabatnya ini hilang dari radar. Kalau Nadhine tak beritahu Cikgu Ammar yang Nayla hilang sudah pasti majlis pertunangan hari ini akan dibatalkan. Nasib- nasib.
---
Kelihatan hantaran pertunangan disusun satu persatu di sisi kiri dan kanan pelamin. Semua mata tertuju kepada Nayla yang sedang menuruni anak tangga. Dengan perlahan satu persatu anak tangga dituruninya. Namun, mata Nayla terlihat ke arah satu sosok tubuh yang cukup dia kenali iaitu Ahwas anak lelaki Ammar. ' Kenapa Ahwas ada disini?' tanya hati kecil Nayla seraya membalas senyuman yang diberikan oleh Ahwas .
Datin Faridah Nisa mencuit anak perempuannya. " Cantikkan Nayla? " tanya Datin Faridah. Alden mengangguk. Dia bersetuju dengan ibunya. Tapi perkara yang paling penting baginya ialah, dia akhirnya akan bebas dari menjadi kuli tak bergaji abangnya. Pekara itu yang paling tak sabar ia tunggu. AKU INGIN BEBAS.
Nayla yang sudah duduk diatas pelamin, kini dapat melihat jelas siapa saja tetamu yang hadir dan seperti mana rombongan pihak lelaki. Matanya melilau-lilau sambil meneka siapalah bakal ibu mertuanya. Tanpa menunggu lama, akhirnya Nayla mengetahui siapa calon ibu mertuanya. Matanya terbeliak dan Nayla membatu. Senyuman palsu diberi. ' Aku kena prank ke ni? Mana kamera korang letak ni. Tak lawak guys.' jeritnya didalam hati.
Dia kenal siapa wanita ini. Wanita cantik dan anggun itu duduk disebelah Nayla. Tangan wanita itu disalamnya dan cincin pertunangan disarung ke jari manis Nayla. Dia masih dalam keadaan terkejut. Pada masa yang sama juru gambar mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.
" Cantik Nayla. Terima kasih sebab sudi jadi menantu mama. Kalau abang Ammar kamu nakal bagitahu mama. Tahulah mama nak buat apa." ujar Datin Faridah Nisa sambil memeluk erat Nayla.
" Don't worry ma. Terima kasih juga sudi jadi Mama Nayla. " balas Nayla. Pelukan mereka terlerai apabila juru gambar meminta mereka untuk melihat ke arah kamera. Pada masa yang sama dari kejauhan Ammar melihat sesi sarung cincin oleh ibunya.
" Diana pergi panggil papa masuk. " pinta Alden kepada Diana.
----
Suhaila sibuk membantu Puan Susila melayan tetamu begitu juga Wadinah. Goodies yang telah disediakan diberikan satu persatu kepada tetamu. Nayla yang masih diatas pelamin tidak henti-henti menjadi pusat perhatian ramai untuk mengambil gambar bersama. Nadhine juga sibuk menjaga Nayla bagi memastikan kawannya sentiasa dalam keadaan cantik dan kemas.
" Tunang awak mana ya? Sebab gambar dengan dia belum ada lagi. " tanya jurugambar tersebut.
" Ada tu bang. Belakang abang. " tunjuk Nayla.
" Ha abang rupanya. Kenapa dari tadi duduk situ je, meh sini. "
" Hehe, tak apalah bagi yang ambil gambar puas-puas dulu. Saya lambat sikit pun tak apa." jawab Ammar.
" Kang Ha-neul... Sini bergambar cepat. " panggil Nayla dengan nada meleret tetapi lembut. Lirikan manja juga diberikan buat Ammar. Dalam hati dah berapi rasa nak di gigitnya Ammar disebabkan geram. Ammar laju bergerak ke sebelah Nayla.
" Oh ni lah rupa Kang Ha-neul, Lee Kwang Soo tu. Tak tau pula muka Melayu, iras Mat Bangla pun ada sikit." perli Nayla sambil tersenyum kepada Ammar. " Abang ada hutang penjelasan dengan Nayla." sambungnya lagi.
" Hehe, nanti abang cerita. Abang janji. Jarang marah-marah tau, hilang cantiknya tu. "
------------------------------------------------------------------------
ps: Hi reader author kembali lagi. Sila tunggu update seterusnya. Insya Allah paling lama next week untuk bab seterusnya. Terima kasih kerana masih menunggu dan membaca Saya Suka Cikgu!! Jumpa dibab seterusnya.
YOU ARE READING
Saya Suka Cikgu!
Romance[SLOW UPDATE 🌸] [COVER: @MacaronHime Macaron's Cover Shop] Nayla Suzane bekas pelajar Cikgu Faris Ammar Shah b Datuk Amir Shah. Macam mana boleh suka??? Hal suka menyukai ini tidak berlaku di zaman persekolahannya kerana Cikgu Faris Ammar sudah be...