'Dijemput kumpulan ke 3 dari Sekolah Menangah Kebangsaan Laut Biru untuk mempersembahkan bicara berirama mereka. Majlis mempersilakan.'ujar pengacara majlis yang segak memakai baju melayu, bersampin beserta songkok. Di ikuti tepuk tangan penonton yang merupakan saingan mereka di dalam pertandingan itu.
Nafas diambil sedalam-dalam yang boleh untuk menghilangkan rasa gemuruh yang menghantui mereka semua. Mereka beratur dan naik ke atas pentas. Nayla sudah mengambil posisi di hadapan mereka. Barisan yang tidak seimbang dibetulkan.Terlihat barisan putera dan puteri SMK Laut Biru yang cantik serta tampan. Pap! pap! bunyi tapak tangan Nayla. Bermulalah persembahan mereka dengan kata.
'Melati kuntum tumbuh melata,
Sayang merbah di pohon cemara;
Assalammualaikum mulanya kata,
Kami sembah pembuka bicara.
Assalamualaikum, Dan Selamat sejahtera.' mereka meneruskan persembahan itu dengan jayanya tanpa kesilapan.
--
'Apa! kamu dapat nombor dua dalam kelas.'teriak Suhaila untuk menjiwai watak seorang ibu yang di beri di dalam bicara berirama itu. Muka yang marah dan kesal di tunjukkan.
'Anak jiran kita dapat nombor satu dalam kelas kamu nombor dua!' sampuk Razak yang membawa watak sebagai seorang bapa.Turut melemparkan wajah yang kurang puas hati untuk menjiwai watak yang diberi.
'Tapi ibu, tapi ayah. Saya di kelas pertama. Anak jiran sebelah kelas ke empat.' balas Baizura dalam nada menuntut bela.
'Kita selalu dibandingkan.' ujar mereka semua dengan membuat muka geram. Lincah tangan Nayla memberi isyarat untuk mereka sedar bahawa segmen selanjutnya akan bermula.
--
'Maafkan kami, maafkan kami,maafkan kami, ma af kan ka mi.' mereka menamatkan persembahan bicara berirama mereka dengan nyanyian lagu Maafkan kami yang di ambil dari salah satu filem P. Ramlee. Kelihatan dari muka mereka semua sebuah perasaan yang puas dan gembira. Nayla bergerak dari tempat yang dia berdiri sebentar tadi. Dia terlihat muka Cikgu Ammar yang memberikan senyuman yang dia sendiri belum pernah dia lihat. Terbitlah perasaan bahagia dan gembira kerana dia tahu bahawa dia dan yang lain lain telah memberikan persembahan yang cukup baik.
'Tamatlah sudah persembahan bicara berirama kumpulan tiga. Seterusnya,dijemput kumpulan empat dari SMK Buluh Perindu untuk mempersembahkan bicara berirama yang telah mereka sediakan.Majlis mempersilakan.'
Setelah semua sekolah yang bertanding mempersembahkan persembahan bicara berirama mereka. Para peserta dibenarkan untuk berehat dan masuk semula setelah markah dan pemenang telah di tentukan.
--
'Kita teruskan majlis kita pada hari ini dengan upacara penyampaian hadiah dan sijil kepada para hakim dan peserta bagi Pertandingan Bicara Berirama. Untuk itu, majlis menjemput Tuan Haji Mustapha Ali bin Ahmad untuk mengiringi Tuan Haji Syed Zakir bin Syed Ruslan bagi menyempurnakan majlis. Di umumkan pemenang ketempat ketiga Pertandingan Bicara Berirama di menangi oleh SMK Atas Angin di jemput wakil.' ujar pengacara majlis. Tak senang duduk di buatnya. Apalagi Nayla, dia hanya tawakal kerana dia yakin mereka telah melakukan sehabis baik.
'Tempat kedua jatuh kepada..'
'Nayla aku rasa mengerikan. Adakah kita akan merangkul juara atau naib juara. Scary mary naik lori yow.'ujar Nadhine dengan riak muka yang begitu cemas. Tangan Nayla diambil dan di genggamnya.
'Jatuh kepada SMK Gilang Permai!'
'Yeay!!!!' jerit ahli peserta bicara berirama sekolah itu.
'Nayla aku rasa kita dah tak ada harapanlah.'nyata Suhaila.Okay kawan-kawan jangan jadi seseorang yang berfikiran negatif ya seperti Suhaila belum diberitahu juara dia dah mengalah awal awal.
'Su aku tengah dup dap ni.Fokus pengacara majlis tu cakap.' pintas Nayla.Dia yang dari tadi diam membisu kerana terlalu gementar.
'Johan Pertandingan Bicara Berirama jatuh kepada Sekolah.. Sekolah apa ya?' tanya pengacara majlis yang bermain tarik tali dengan hati semua peserta. Hati Nayla hanya tunggu masa untuk meletup. Tapi mana pula Cikgu Ammar?
' Johan Pertandingan Bicara Berirama jatuh kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Laut Biru.'laung pengacara majlis yang bersongkok. Keadaan dewan itu ada yang mengeluh kerana sedih, ada yang bertepuk tangan dan ada yang kaku membeku.Siapa lagi Nayla lah. Padahal sudah di panggil oleh pengacara majlis untuk wakil SMK Laut Biru.Yeay!!
'Wakil SMK Laut Biru sila ke pentas untuk mengambil sijil dan hadiah anda.' panggil pengacara majlis yang segak lagi bergaya.
'Nayla pergilah.Kenapa kaku membatu.' Tegur Cikgu Siti.
'Kenapa awak diam je ni pergilah Nayla' ujar Cikgu Ammar
'Ha okay okay cikgu.' Nayla pergi ke pentas.Perasaan yang tidak dapat di gambar.Rakan rakan dia dibawah sudah bergembira.Hilang rasa ketakutan,gementar,ingin tahu dan sebagainya.
'Belum habis lagi ya. Seterusnya,Pimpinan terbaik disandang oleh adik Nayla Suzane Bt Sulaiman Nadzari dari Sekolah Menengah Kebangsaan Laut Biru. Tahniah diucapkan buat adik Suzane. Yang kalah jangan gusar,belum ada rezeki.Tahun depan cuba lagi ya.'ujar seorang gadis yang cantik duduk disebelah teruna yang segak.
'Aku ke?'tanya Nayla kepada diri sendiri.
'Iya..awaklah cepat pergi ambik hadiah awak.'ujar Cikgu Ammar dengan senyuman yang begitu lebar.
-----------------
'Pak Syam.... Sekolah kita orang menang pertandingan bicara berirama. Wuhuu.'teriaknya sambil berlari ke Pak Syam. Dia menunjukkan sijil dan plak yang di dapat dari pertandingan itu.
'Tahniah ya Cik Nayla. Pak Syam bangga. Malam nanti bagi tahu Tuan Sulaiman dan Puan Susila ya. Sebab petang ni mereka ada acara yang perlu mereka hadiri.' beritahu Pak Syam sambil memandu.Nayla yang masih shock atas kemenangan nya dia masih membelek belek plak dan sijil yang dia dapat.
'Okay Pak Syam' sahut Nayla dengan matanya masih menempel di sijil dan plaknya.
--
Setibanya dirumah.
'Mak Jah. Nayla menyandang Pimpinan Terbaikk.'beritahunya separuh menjerit. Dia yang masih teruja berlari ke dapur seperti acara pertandingan berlari 100 m untuk mendapatkan Mak Jah.
'Mak Jah? Where are you?' cari Nayla. Dia mengelilingi dapur dan....
'Ba!! I'm here.' kejut Mak Jah. Mak Jah tadinya di laman belakang untuk mengambil daun pandan dan beberapa herba yang lain terkejut apabila Nayla a.k.a trouble maker rumah memanggilnya. Dia melihat Nayla mencarinya dan timbul idea untuk mengejutkan nayla.
'Tak terkejut pun. Nayla nampak bayang-bayang mak Jah dari cermin tu. Kantoi kan. Itulah nak buat prank tapi terprank diri sendiri.Hehehehe.'jawab Nayla dengan nada manjanya itu.
--------------------
ps: Vote,komen and share. Maafkan Thor sebab tak update semalam. Semalam author ada kenduri kahwin saudara jadi tak dapat nak update. Okay semua semoga sihat selalu dan dapat keputusan ujian yang cemerlang. Bye..
Wink_winkNathirah
YOU ARE READING
Saya Suka Cikgu!
Romance[SLOW UPDATE 🌸] [COVER: @MacaronHime Macaron's Cover Shop] Nayla Suzane bekas pelajar Cikgu Faris Ammar Shah b Datuk Amir Shah. Macam mana boleh suka??? Hal suka menyukai ini tidak berlaku di zaman persekolahannya kerana Cikgu Faris Ammar sudah be...