BAB 21: RISAU

1.4K 45 28
                                    

" STOP!!!! Danial." balas Nayla dengan lantang. Kepalanya menjadi sakit semua pandangannya mula kabur. Akhirnya dia rebah, rebah di tangan Ammar. Danial cuba memegang dan menyambut Nayla. Namun di renung tajam oleh Ammar.

" Ke tepi!! " lantang suara Ammar.

------------------------------------

Tubuh mungil Nayla di cempungnya. Sebelum Ammar terlupa, tas tangan milik Nayla di bawanya sekali. Jelingan tajam yang mampu di beri kepada Danial pada saat ini. Jika Nayla tidak pengsan, mahu saja dia menampar mulut lelaki yang tiada malunya itu. Mungkin di fikiran Danial, Ammar akan mempercayai kata-katanya. Namun sebaliknya.

Pintu kereta Ammar dibuka. Nayla di letaknya perlahan-lahan di kerusi bersebelahan pemandu. Tali pinggang keledar dipasangnya. Dahi Nayla disentuhnya. Panas. Tanpa membuang banyak masa Ammar memandu ke hospital atau pun klinik berdekatan.

--

Ammar memberhentikan keretanya di hadapan sebuah klinik. Dia menoleh memandang Nayla. Kelihatan keringat dingin di dahinya. Ammar cuba membangunkan Nayla.

"Nayla.." panggilnya.

Tiada jawapan.

"Nayla.." panggilnya lagi sambil menggerakkan lengan Nayla.
Nayla menunjukkan respon yang sedikit.

"Awak okay tak ni? Kita dah sampai depan klinik." tanya Ammar sambil melihat wajah Nayla yang masih memejamkan matanya.

Nayla mengangguk perlahan. Mulutnya bersuara. "Saya nak balik cikgu.." katanya.

"Rumah awak dekat mana Nayla?" tanya Ammar lagi.
Nayla diam membisu. Seperti mainan yang dicabut baterinya. Tanpa berfikir panjang dia memandu laju ke rumahnya.

--

"Nombor yang anda tuju sedang tidak aktif. Sila telefon sebentar lagi. " jawab operator panggilan tersebut.

Seperti kehabisan langkah. Puan Susila duduk di sofa ruang tamunya. Minda dan jiwanya tak tenteram memikirkan keselamatan anak perempuannya yang belum pulang-pulang dari jam 8 malam tadi. Encik Nadzari pula fokus menonton televisyen .

"Abang mana Nayla ni bang. Dah lambat ni." tanya Puan Susila sambil mengoyangkan lengan suaminya.

"Hish awak ni pun baru jam 10. Dalam perjalananlah tu. Lainlah kalau jam dua pagi. Saya pun tak tenang sebegini." jawab Encik Nadzari.

"Tapi bang. Su cuba call Nayla tapi telefon dia mati." terang Puan Susila kepada suaminya.

"Sudahlah Su oi. Sikit lagi dia sampai." Encik Nadzari mematikan perbincangan dia dan isterinya.

Empat jam berlalu. Nayla belum pulang ke rumah.

Mata Encik Nadzari dan Puan Susila masih segar membulat. Encik Nadzari melihat ke arah jam. Sudah jam 2 pagi. Sebuah panggilan telefon memecah keheningan pagi itu.
S

iapa yang menelepon isterinya pagi-pagi buta ni.

"Waalaikumussalam. Haa!! Pengsan? Allahuakhbar. Nasib kakak bagi tahu kalau tidak saya dah buat report polis. Tolong jagakan anak saya ya." Balas Puan Susila.

Telefon pintarnya di letak di atas meja. Jiwa dan fikirannya menjadi tenang semula. Setelah mengetahui keadaan anaknya Nayla.

Saya Suka Cikgu!Where stories live. Discover now