Pintu ruang bersalin terbuka setelah 15 minit menunggu.
'Maafkan saya Encik Ammar. Datuk dan Datin. Marissa tak dapat diselamatkan. Maafkan saya.' terang Doktor Anggun. Ammar terduduk apabila mendengar kata-kata dotor Anggun. Air mata Datin Faridah yang bertakung tadi akhirnya pecah menyembah pipinya. Begitu juga Ammar dan Diana.
'Azkayra. Call Dato' Mustapha dan Alden. Beritahu mereka yang Marissa sudah meniggal. You cakap dekat Alden adik Ammar. And I will talk to Dato' Mustapha.' arah Datuk Amir Shah.
Pengebumian jenazah dan tahlil berjalan dengan lancar. Atas izin Allah. Diana masih sedih atas kehilangan ibunya begitu juga dengan yang lain.
--------------------------------------
7 Tahun Kemudian
Dengan hati yang sabar dan penuh dengan keredaan. Nayla,Nadhine dan Suhaila menunggu kehadiran 'PUTERI' Wadina yang dikasihi dengan hati terbuka. Wadina sendiri yang beria-ria mengajak mereka lepak kerana ada hal mustahak ikan jenahak katanya. Hal darurat, soal hidup dan mati jangan dibuat main main tambahnya lagi. Mahu saja ikan jenahak tadi terberanak mendengar ayat propa kak kiah wadina kita ni. Ikan jenahak beranak ke?
'Minah ni betul ke tidak. Aku cancel date aku dengan Jazman disebabkan dia ni tau. Ada yang nak kena lumat macam sambal kuini karang.' Ujar Nadhine kesal. Mana taknya janji pukul 9 pagi ni dah nak masuk pukul 1 petang. Air oren yang Mak Jah bancuh dah masuk 4 kali. Dapur pun dah mula berasap untuk makan tengah hari. Lebih baik si Nadhine ni pergi dating dengan boipren dia. Paling tidak, dapat jugalah dia sebuah beg GerGucci Jazman belikan.
'Kau tak tahu eh.. Minah propa ni kalau janji pukul 9 pagi nak datang,esok pagi baru dia sampai. Janji melayulah katakan.' Suhaila menyampuk. Majalah Wanita Asli bukan Wanita Berbatang yang dipegangnya dibelek-belek malas. Banyak artikel-artikel yang bermanfaat di majalah itu. Tetapi tidak ada satu pun menarik perhatiannya untuk dibaca.
'Baiklah kawan-kawan ku tersayang. Aku tahu Cik Wadina Propa kesayangan kita tu lambat. Tapi sabarlah. Mana tahu dia ada hal tetiba ke.' Nayla menjernihkan keadaan yang tadinya mulai keruh.
Ting.. tong.. loceng rumah berbunyi.Panjang umur kawan kita.
Mak Jah membuka pintu rumah untuk sang 'PUTERI' Wadina. Tiga kuntum bunga yang tadinya layu di tasik madu kembali segar, sesegar angin pagi. Mereka segera ke ruang tamu. Wajah yang cantik nan ayu itu tidak asing lagi bagi mereka. Gaun kuning ala filem La la land dikenakan olehnya. Rambutnya disanggul rapi,disemat pula hiasan rambut yang bertatahkan berlian. Tapi wajahnya kelihatan letih.
'Uyoo, Wadina. Kuning Mak Nab baju kau ni. Tak ada yang silau ke tengok kau pakai baju ni. Hahahaaha.' seloroh Nayla. Nadhine dan Suhaila turut tertawa kecil. Tas tangan jenama Chengal hitamnya dilempar ke sofa. Dia pun terduduk keletihan. 3 kuntum bunga itu hanya memerhati. Mereka tersenyum melihat karenah sahabat kesayangan mereka.
'Kenapa ni Wadina? Penat mencari baju di gudang pakaian kau ke?' perli Nadhine. Nayla dan Suhaila hanya ketawa melihat wajah cemberut Wadina.
'Banyaklah kau. Aku penat hantar kad jemputanlah. Aku ingat sekejap je. Rupa-rupanya lama nak mati. Banyak betul soalan mak cik bawang tu. Mengalah wartawan Mangga.' balas Wadina. Rambutnya yang disanggul dilepaskannya.
'Okay,okay. Aku faham. Gurau je.' pujuk Nadhine sambil memeluk erat sahabatnya, Wadina. Melihat Wadina dan Nadhine sedang berpelukan, Nayla dan Suhaila turut menyertai pelukan mereka.
'Chop, Wadina. Kau hantar kad jemputan siapa? Ada orang mati ke. Bos kau suruh eh.' tanya Nayla. Tak ada lesen juga mulut si Nayla kadang-kadang. Al maklumlah manusia biasa.
'Siapa pulak yang mati Cik Nayla oi. Aku hantar kad kahwin aku dengan Hakam le.' terang Wadina dengan senyum kambingnya itu. Mbbeekkkkggg..
'Apa!!!!!!!' Tiga kuntum bunga itu terkejut. Melopong mulut Suhaila,Nayla dan Nadhine. Mereka terkedu dengan berita yang mereka dengar. Adakah ini program kamera tersembunyi. Hik hik hik.
-----------------------
'Papaaaaaaaa...........' panggil Diana dengan nada manja 6 harkat senjata miliknya untuk menarik perhatian papanya. Malang tidak berbau, tiada sahutan diterimanya. Mata papanya hanya tertumpu pada dokumen-dokumen pejabat yang berada diatas meja kerja. Maklumlah, kerja dipejabat terlalu banyak. Untuk pengetahuan semua. Ammar telah berhenti menjadi seorang guru dan membantu daddynya menguruskan syarikat. Ammar merupakan CEO syarikat ayahnya iaitu FS Holding.Sekian dahulu.
'Papaaa....!! Diana nak pergi konsert Diamond boleh? Papa...... bolehlah. Bukan selalu Diamond tu buat konsert. Boleh lah papa. Pleeeeeaaassee!!!' rayunya lagi.Semakin panjang harkat yang dibuatnya, supaya papanya mendengar.
'Papa tak benarkan. Bulan lepas Diana cakap macam tu dekat papa. Sekarang 26.3.2017,hari Ahad,jam 9.47 pagi Diana ulang lagi perkara yang sama. Jangan ingat papa dah lupa ya Diana.' jawab Ammar. Tangannya masih ligat menyemak dokumen-dokumen penting tersebut. Cik Diana pula terdiam dan otaknya sedang bertungkus lumus mencerna ayat-ayat papanya. Idea gila,lagi tak betul muncul di fikirannya. Mulut kecil dan mungil itu mula berkata-kata.
'Kalau macam tu. Diana minta granpa belikan tiket untuk konsert Diamond. Biar Diana dengan granpa ngedate berdua tengok konsert sama-sama. Tinggal papa seorang.. Huh.' ujar Diana. Tangannya dilipat ke dada. Ammar hanya tersenyum mendengar kata-kata anak perempuannya itu. Anak aku dah besar rupanya. Ikut perangai siapalah dia ni.
'Macam grandpa nak bagi. Kamu ingat grandpa tak tahu result exam kamu last year. Hikhikhik.' Ammar ketawa mengejek. Diana mula panas. Huahahahah*evil laugh*
'Jangan cakap kamu nak tanya nenek. Jangan haraplah. Nak kena bebel dengan nenek ke? ' tambah Ammar dengan nada mengusik. Diana mula hilang arah. Habislah dia. Melepaslah dia nak tengok konsert Diamond untuk tahun ini. My Idol. Nooooooooo. Berkerut-kerut dahi Diana membayangkan hal tersebut. Bagaikan dunia hampir kiamat.
'Tak apa Diana biar Oyang belanja kamu tiket konsert tu.' Nenek Ammar moyang kepada Diana menyampuk. Wanita yang berusia hampir satu abad itu masih sihat dan kuat lagi. Diana pula kesenangan mendengar perkataan 'BELANJA' dari mulut Oyangnya. Naiklah tocang si Diana. Ammar hanya mampu mendiamkan diri. Dia sengaja mengusik anaknya.
'Sukalah tu. Oyang belanja dia tengok konsert. Nanti waktu tengok konsert tu, pergi dengan aunt Alden okay. Jangan pergi sorang-sorang bahaya.' ujar Ammar. Senyum sampai ke telinga Diana. Mukanya terus berseri-seri seperti mendapat wang berjuta ringgit.
'Thank you oyang. Love you very,very muchhhhhh..' ujar Diana happy. Bagai nak meletup hatinya disebabkan dapat pergi ke konsert Diamond.
-------------------------------------
ps: author minta maaf sangat-sangat sebab bab ni dan bab sebelum-sebelum ni hambar. Thor minta maaf.
Jangan lupa vote,komen dan share dekat kawan-kawan yang lain. Bye.
YOU ARE READING
Saya Suka Cikgu!
Romance[SLOW UPDATE 🌸] [COVER: @MacaronHime Macaron's Cover Shop] Nayla Suzane bekas pelajar Cikgu Faris Ammar Shah b Datuk Amir Shah. Macam mana boleh suka??? Hal suka menyukai ini tidak berlaku di zaman persekolahannya kerana Cikgu Faris Ammar sudah be...