BAB 18: BELANG.

2.2K 78 33
                                    

" Amboi perli saya ya. Tak berkat ilmu nanti baru tahu. Tapi hari ni pun awak nampak cantik. " ujar Ammar sambil menyuap sesudu kek coklat ke dalam mulut.

Pipi Nayla memerah, dia terdiam. Otaknya seperti berhenti berfungsi. Dari jauh ada yang memerhati mereka berdua yang sedang rancak berbual. 

----------------------------------------

Nayla membuka pintu kamarnya. Dia menuju ke meja solek untuk menghapus solekannya. Selesai saja solekannya ditanggalkan, rambutnya di tocang, anting-anting yang di pakai Nayla dilepaskan dari lubang telinga yang ditindik. Dress hitam yang sedang di pakai oleh Nayla di tanggalkannya. Hanya berbekalkan pakaian dalam dia pergi ke tandas untuk membersihkan diri. Memang menjadi kebiasaan Nayla menanggal baju sesuka hati mak neneknya tanpa berfikir panjang.

 Selesai saja membersihkan diri dia melihat dirinya di cermin. " Eh eh, cantiknya engkau Nayla. Kulit bersinar bagaikan bulan purnama, berlesung pipi bukannya lesung batu, bibirnya merah bagai delima,matanya indah tidak terlalu besar,yang sedang-sedang saja. Ih ih ih cantiknya engkau Nayla. " pujinya sambil mengurut-urut lembut di wajahnya menggunakan pelembap wajah.

" Wajarlah kamu cantik tengoklah genetik siapa, Susila Rahmadhani kot. Tengok hidung tu dapat dari siapa mestilah mama, tengok dada kamu tu dapat dari siapa mama kan. " sampuk Puan Susila yang berdiri di depan pintu bilik mandi.

" Ma!!!! macam mana boleh masuk ni, bukan Nayla dah kunci pintu ke tadi? pervertnya.." Dia memeluk tubuhnya yang tersarung bathrobe putih.

" and ma, dada ni Nayla buat dekat Thailand 15 ribu. Uwekkk" sambung Nayla sambil menjelir lidah. Dia segera menjauhi ibunya kerana dia dapat merasakan sesuatu yang amat dahsyat akan berlaku.

" Apa kamu cakap pervert? buat dekat Thailand? " suara Puan Susila meninggi satu oktaf . 

" Kamu nak kena ni  Nayla mari sini kamu! Mengubah ciptaan Allah tu berdosa tahu tak. Lepas tu, boleh pula Nayla kata mama pervert. Fikir balik, masa kamu kecil siapa yang mandikan kamu? Siapa?" Sambung Puan Susila dengan satu nafas dan lajunya mengalahkan bullet train di Jepun. Puan Susila mengcekak pinggangnya sambil mencari gas oksigen untuk di sedut.

Nayla telah mengambil langkah yang bijak untuk melarikan diri terlebih dahulu sebelum di tepuk ibunya.
"Mama ku tercinta, Nayla main-mainlah. Nayla tak pernah pergi Thailand pun, dada ni datangnya dari genetik mama Susila Rahmadhani. Tapi, ada apa mama datang bilik Nayla. Dah macam buat serbuan pencegahan maksiat je." ujarnya. Baju tidur berwarna putih di sarung ke badannya . Puan Susila yang sedang duduk di penjuru tilam Nayla masih menyusun nafasnya. 

" Tak ada apa, nak pulangkan kasut yang mama pinjam tadi je

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Tak ada apa, nak pulangkan kasut yang mama pinjam tadi je. Mama dah letak dekat rak. Sudahlah Nayla mama pergi masuk bilik dah larut malam, kesian suami ku keseorangan. Good night darling. " ujar Puan Susila sambil keluar dari kamar tidur anaknya.

Saya Suka Cikgu!Where stories live. Discover now