BAB 14: A DRESS OR ADDRESS

2.2K 75 4
                                    

'You pun tahu I tak setuju dengan pilihan Ammar. Begitu juga dengan you. Tapi you tak ingat ke yang dia ugut tak nak jadi CEO. Nak tak nak kena terima bang. Tapi kali ni you jangan risau. Kali ini pilihan sayang, mesti tip top. Arwah Marissa dulu siapa yang pilih. I kan.So,biar i yang cari you just agree with my decision okay.' ujar Datin Faridah. Senyum lebar Datin Faridah. Nak dapat menantulah katakan.

'Up to you lah. I dah lambat nak pergi pejabat. Abang pergi dulu. Before that, I teringin ayam masak merah. Masakkan untuk I tau. Love you.' kening Datin Faridah dikucupnya.

---------------------------------------------------------

Ting!!

8:30pm MamaLv💕

Esok Nayla ada hal ke?
Teman mama beli baju
untuk wedding Wadina.

8:31pm Beauty Nayla

Mama Nayla ada dekat
dapur je pun.Tak perlulah
beria whatsapp😌 Nayla
otw ruang tamu jap.

Puan Susila yang sedang duduk di sofa sambil memegang telefon pintarnya melihat Nayla dengan penuh senyuman. Ya,senyuman. Senyuman ada makna. Encik Nadzari hanya memerhati tingkah isterinya seperti biasa. Lalu,senyum-senyum dan pening sendiri. Mestilah sendiri, tak kan nak ajak kucing jiran pening sekali.

' Mama, Nayla dah sampai jadi marilah kita mula mesyuarat ruang tamu di ruang tamu.' ujar Nayla. Sofa yang berada tidak jauh dari mamanya diduduk. Tak jauh pun, beza 30 cm saja.

' Macam ni, mama nak beli baju untuk  wedding Wadina esok dekat butik. Nay sibuk?' tanya Puan Susila. Muka anaknya di lihat dengan penuh harapan. Nayla janganlah bagi mama mu harapan palsu.

' Nay esok free. Tak sibuk pun. Boleh teman mama dari pagi sampai petang. Anything for you ma.'balas Nayla dengan penuh senyuman. Baginya, meluangkan masa bersama keluarga lebih penting dari segalanya. Hanya Puan Susila dan Encik Nadzari sahaja yang Nayla ada. Mereka telah bersusah payah membesarkan Nayla. Apa salahnya 2-3 jam dari 24jam yang dia ada dikongsi.

' Good. Esok jam 10 pagi kita pergi butik. Abang nak ikut? ' Puan susila menanyakan soalan buat encik suami. Encik Nadzari hanya mengangguk tanda pergi.

-----

Terbitlah matahari dari timur menandakan hari Ahad telah tiba. Seperti hari-hari biasa Nayla melakukan rutin paginya. Selesai sahaja Nayla membersihkan diri, perut almari putihnya diselongkar. Sehelai demi sehelai baju di keluarkan namun tiada satu pun menjadi pilihan hati si dara. Bagi wanita perkara sebegini bukanlah hal baru tetapi merupakan kebiasaan. Tiada baju merupakan ayat of the year, padahal baju satu almari penuh. 

' Nak pakai baju yang mana satu ni? ' tanya Nayla pada diri sendiri. Tiada jawapan yang diterima. Kalau ada yang menyahut mahu lain jadinya. Akhirnya satu keputusan muktamad telah ditetapkan.

 Akhirnya satu keputusan muktamad telah ditetapkan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

' Nayla faster. Mama dengan papa dah siap.' jerit Puan Susila. Nayla yang sedang bersolek kelam kabut menyelesaikan solekannya. Akhirnya siaplah Cik Nayla Suzane.

-----

(Play video yang dekat atas)

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(Play video yang dekat atas)

Irama jazz yang menenangkan, haruman kopi yang menggoda hidung untuk menciumnya. Tidak pernah membuat Nayla bosan dengan suasana yang mendamaikan ini. Dulcis Coffee Shop sudah tidak asing dengan kehadiran Nayla. Enam hari daripada tujuh hari seminggu coffee shop ini akan di kunjunginya.

' Miss Nayla your coffee is ready.' ujar seorang lelaki yang sedang memegang dulang. Kacak, but not my taste.

' Owh okay thanks. Hmm..... Danial.' mata Nayla meliar mencari tag nama pemuda itu akhirnya ketemu. Selesai sahaja Nayla mengambil minumannya  dia pun berjalan ke pintu keluar.

Kling..ling.. bunyi loceng yang berada di pintu masuk dan keluar coffee shop itu. 

Tap.. sebuah dompet berwarna hitam terjatuh. Nayla melihat wanita berkasut tumit hitam berkilau itu. Wanita yang sedang ke berjalan menuju ke kaunter dikejar.

' Puan, Puan! ' panggil Nayla sambil memegang dompet berwarna hitam itu. Namun panggilannya tidak di endah. Barangkali dia tidak sedar yang dirinya dipanggil. Nayla memegang bahu kanannya. Dia menoleh, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda sebaya mama mungkin. Riak wajah penuh tanda tanya terpampang dari wajah wanita itu.

' Puan dompet puan terjatuh dekat depan pintu coffee shop.' terang Nayla. Dompet hitam itu dihulur. Senyuman manis saling diberi oleh kedua-dua wanita itu.

' Terima kasih Cik, marilah saya belanja minum kopi.' pelawa wanita itu. Senyuman bergula itu tidak pernah hilang.

' Ehh tak apa Puan saya dah beli. Saya minta diri dulu ya.' Nayla meninggalkan wanita itu. Bukan apa iced coffee mamanya dah cair, terlalu cair.

------

 ' Mama, this is for you iced coffee and this for you papa.' ujarnya. Cawan plastik yang mengandungi kopi itu diberinya. 

' Thank you darling. Tapi kenapa lama sangat? Tekak mama dah kekeringan seperti padang pasir.' tanya Puan Susila. Air kopi miliknya disedut lalu diletakkan di atas meja.

' Awak ni. Cepat jelah pilih bajunya. Dah 1 jam saya tunggu, satu baju pun tak dapat lagi.'  bidas Encik Nadzari.

Dalam keadaan yang tak sedar seorang wanita masuk ke dalam butik. Pekerja butik menyambutnya dengan ramah. Wanita itu membelek-belek pakaian yang digantung di butik itu. Puan Susila menyedari sesuatu perkara yang pelik. Mode mak cik bawang is on. Dia mendekati wanita itu lalu mencuit bahunya.

' Assalamualaikum,kak Faridah Nisa? Mantan ketua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kayangan kan?' tanya Puan Susila Rahmadhani . 

' Ya saya. Ehh, tak silap saya,awak Susila Rahmadhani kan. Junior saya,lepastu kita pernah masuk pertandingan koir sama-sama kan? Nah ini no telefon akak, boleh kita makan-makan ke nanti.' tanyanya lagi sambil memegang tangan Puan Susila. Bukan main gembira Puan Susila apabila senior sekolahnya yang ia segani, masih mengingatinya. Nayla yang baru sahaja menyedari bahawa ibunya sedang berbual dengan orang yang tidak dikenalinya lalu pergi ke arah Puan Susila. Apa yang difikirkannya meleset rupa-rupanya Puan Susila sedang berbual dengan wanita berkasut tumit hitam yang baru sahaja dia bantu.

' Eh Puan dompet? Mama kenal ke dengan wanita ini?' tanya Nayla. Dia tidak faham dengan situasi yang aneh ini. Adakah ini yang dinamakan pertemuan yang sudah Allah rancang. Perancangan Allah lebih baik dari manusia.

--------------love-------------

Ps: Jangan lupa vote, komen(penting!!),dan share dengan kawan-kawan lain.

Terima kasih diatas 10 ribu bacaan dari korang semua.. Lovely Nath



Saya Suka Cikgu!Where stories live. Discover now