" Alolo suamiku tersayang,tercinta. Nisa tengah busy ni. Nanti malamlah saya belai-belai, cium-cium suamiku tercinta ni." balas Datin Faridah.
--------------------------
Bunyi hujan beserta tebalnya dokumen-dokumen pejabat, komputer riba yang sentiasa terbuka setiap malam menemani malam Faris Ammar . Jam dinding yang berwarna perak itu di kerlingnya. Malam masih muda baginya. Satu persatu helaian dokumen itu di selaknya.
Akhirnya semua dokumen sudah di lihatnya, begitu juga dengan email-email yang di terima Ammar. Sudah di baca dan di balas. Dia meninggalkan meja kerjanya. Badan sasa milik Ammar menghenyak tilam yang bersaiz 'king' itu.
Ting! Telefon pintarnya di buka. Satu pesan dari nombor yang tak di kenalinya dibuka.
01112336699 1:05 am
Assalamualaikum cikgu Ammar. Ni
saya Nayla Suzane 5 Angsana 2010.
Saya yang cikgu jumpa dekat Teecus
tadi.Maaf ganggu cikgu tengah-tengah
malam ni. Saya cuma nak jemput
cikgu hadir ke majlis persandingan
Wadina dengan Hakam 16 haribulan ni.
Harap cikgu sekeluarga boleh hadir ke
majlis ini.
Ammar tersenyum apabila membaca pesan yang di kirimkan oleh Nayla. Kenangan dia mengajar kelas itu menerpa fikiran dan benaknya. Segala suka dan duka dia menjadi guru kelas 5 Angsana pada tahun itu banyak memberi kenangan yang indah. Dari hari pertama sesi persekolahan dan akhirnya pada tahun 2017 ketua dan penolong kelasnya akan mendirikan rumah tangga. Dia tidak pernah menyangka 'couple of the year' yang dia gelarkan buat mereka berdua suatu masa dulu menjadi kenyataan. Ammar membalas pesanan ringkas dari Nayla.
Cikgu Ammar 1:08 am
Waalaikumussalam Nayla. Ya Allah
saya tak sangka ketua dgn penolong
kelas saya dulu akan berkahwin,masin
mulut saya dan cikgu-cikgu lain ya.
In sha Allah saya akan hadir bersama
keluarga. Terima kasih atas jemputan
nya dan terima kasih juga tolong
jagakan anak saya tadi, Ahwas. Ada
sebabnya anak saya hilang tadi.
Mungkin kalau anak saya tak hilang
tadi tak ada jodoh untuk kita bertemu
hari ini.
'Dah besar panjang budak-budak ni.' ujarnya didalam hati.Nombor telefon Nayla disimpannya. Telefon pintarnya diletakkan di meja kecil sebelah tempat tidur. Lampu kamar dimatikan. Entah kenapa malam itu kantuknya datang lebih cepat dari biasanya.
YOU ARE READING
Saya Suka Cikgu!
Romance[SLOW UPDATE 🌸] [COVER: @MacaronHime Macaron's Cover Shop] Nayla Suzane bekas pelajar Cikgu Faris Ammar Shah b Datuk Amir Shah. Macam mana boleh suka??? Hal suka menyukai ini tidak berlaku di zaman persekolahannya kerana Cikgu Faris Ammar sudah be...