"Ahwas, tak boleh buat aunty macam tu. " Tegur Ammar.
------------------------
Nayla merenung air kolam renang yang berwarna biru akibat pantulan jubin di dasar kolam.
"Aunty,boleh tak aunty datang hari sukan Ahwas Rabu next week?" Tanya anak kecil itu. Renunga Nayla terhenti. Ahwas yang berdiri disebelahnya di lihat dengan senyuman.
"Mestilah boleh." Balas Nayla penuh teruja. Ahwas melompat kegembiraan.
"Yeay Yeay, aunty datang!' katanya lagi.
Diana yang berada di tepi Ahwas turut tersenyum. Kerana meraka bersekolah di sekolah yang sama. Dalam erti kata lain Nayla dan Ammar akan turut hadir ke hari sukan mereka.
"Aunty ajak papa sekali tau. Dah lama papa tak join hari sukan sekolah kitaorang." Pujuk Diana.
-----
Seminggu kemudian.
Kemeriahan hari sukan itu menimbulkan banyak memori indah buat Nayla. Suara ibu bapa yang bersorak. Para peniaga yang menjual di pinggir sekolah. Lagu yang rancak untuk menaikan semangat para atlet Semua perkara ini membuat dia tersenyum.Diana dan Ahwas mengapit Nayla. Ahwas memegang tangan kiri Nayla dan Diana berjalan disebelah kanannya. Sepasang suami isteri tiba-tiba menghampiri mereka bertiga.
"Hai Diana, hai Ahwas. Mana papa?" Tanya wanita itu. Nayla menyalam wanita itu menyambung tali silaturahim. Dia memberi senyum pada lelaki disebelahnya. Manakala Diana dan Ahwas menyalam pasangan itu.
"Papa otw. Mana Aisyah Cik Lisa?" Tanya Diana.
"Aisyah tengah ready untuk acara 4×100. Ni siapa? Mama baru ke." Tanya wanita yang di panggil Makcik Lisa itu. Wanita bertudung, senyumnya manis.
Diana menjawab,
"Bukan Cik Lisa. Ni kawan papa. Cik Lisa Pakcik Rosli kami minta diri ya sebab Diana pun join 4×100."Pipi Nayla merona mendengar perkataan 'mama' . Diana menarik Nayla ke khemah peserta.
"Saya minta diri dulu ya Puan Lisa dan suami." Mereka meninggalkan pasangan itu.
-
Ammar memasuki perkarangan sekolah. Dia mencari-cari Nayla dan anak-anaknya. Bukan dia tidak mahu datang bersama mereka bertiga, tetapi ada kerja yang harus diselesaikan pagi itu. Menyebabkan dia hadir lewat satu jam. Tiba-tiba seorang guru menegurnya.
"Assalamualaikum Encik Ammar ingatkan tak datang tadi siap bawa orang rumah lagi. Cantik ya orang rumah Encik Ammar."
"Waalaikumussalam. Eh salah faham ni bukan orang rumah saya tu. Aaa.." belum sempat Ammar habis bicara,kata katanya di potong guru itu
"Maaf memotong Encik Ammar saya di panggil ke khemah hadiah. Ha sebelum terlupa hari ini kita ada acara untuk ibu bapa, jangan lupa ajak orang rumah Encik Ammar ya. Assalamualaikum." Katanya meninggalkan Ammar terkial-kial seorang diri.
'Ah sudah!?!' Kata Ammar di dalam hati. Dia hanya mampu tersenyum.
Tak lama kemudian terdengar suara Ahwas memanggil papanya.
"PAPA!! " panggil Ahwas sambil melambai-lambaikan tangannya. Ammar melihat Nayla disebelah Ahwas yang juga tersenyum. Perasaan apakah ini?
(HHAHAHAHAHAHAHAHAHA TIBER LAH AUTHOR NI, DAH AH LAMA TAK UPDATE DAH BERBULU MENUNGGUNYA!)
YOU ARE READING
Saya Suka Cikgu!
Romance[SLOW UPDATE 🌸] [COVER: @MacaronHime Macaron's Cover Shop] Nayla Suzane bekas pelajar Cikgu Faris Ammar Shah b Datuk Amir Shah. Macam mana boleh suka??? Hal suka menyukai ini tidak berlaku di zaman persekolahannya kerana Cikgu Faris Ammar sudah be...