BAB 20: OOOPPSS!!

2.5K 111 52
                                    

" Engko ni Nay cepat je lah. Satu dua tiga." teriak Mustaqim si jurugambar.

"Ish kejaplah.." Nayla menjawab.

-----------------------------------------------

" Aih baru makan satu pinggan nasi minyak dah jogging satu taman

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Aih baru makan satu pinggan nasi minyak dah jogging satu taman. Risau badan naik ke? " tanya Datin Faridah yang sedang menyiram pokok bunga.

" Iyalah mommy. Am semakin tua, nak elakkan penyakit yang berbahaya. " jawab Ammar. " Diana tolong ambilkan air untuk papa. " sambung Ammar lagi. Kerusi taman itu di duduknya.

" Baguslah kalau macamtu. Majlis tadi macam mana meriah? Ada gambar tak? Mommy nak tengok macam mana pelaminnya. "

" Meriah jugalah mom. Sebab pihak lelaki dan perempuan sekali satu tempat je. Ada kejap Ammar tunjuk." terang Ammar. Telefon pintarnya dibawa keluar dari poket seluar,lalu memberinya pada sang ibu.

" Oh cantik pelaminnya. Pengantinnya pun sesuai, sama cantik sama padan." Pada masa yang sama Datin Faridah menggeserkan gambar itu ke kiri untuk melihat gambar seterusnya. " Siapa perempuan yang duduk sebelah kamu ni." Datin Faridah bertanya.

Diana pula menatang dulang yang terisi dua gelas air jus markisa dan segelas air putih. Diana pun menjawab " Itulah aunty Nayla. Dialah yang selamatkan Ahwas masa Ahwas hilang dekat Teecus."

" Haih tak baik menyampuk orang tua bercakap. " tegur neneknya. Gambar perempuan itu di zoomnya. ' Bukan perempuan ni anak Susila ke. Menarik.. ' bisiknya didalam hati.

" Mom kenapa swipe tempat lain pula."

-----------------------------------------------------------

Nayla mencampak tas tangannya ke sofa. Pulang daripada majlis perkahwinan Wadina membuat badannya menjadi sedikit lemah. Mungkin terlalu letih semasa majlis tersebut. Ditambah lagi dengan cuaca yang panas dan minuman yang berais. Menjadilah penyakitnya.

" Cik Nayla, beg pakaian Cik Nayla dah Pak Syam angkat. Pak Syam letak dekat sini ya. " beg berwarna hitam yang tidak terlalu besar itu diletakkan berhampiran Nayla.

" Terima kasih Pak Syam. Susah-susah je. Naylakan boleh angkat sendiri. " Nayla membetulkan posisi duduknya.

" Sama-sama. Pak Syam tengok kamu macam tak sihat je, sebab tu Pak Syam angkatkan. Cik Nayla nak apa-apa? Pak Syam boleh ambilkan. " tanya Pak Syam.

" Tak payah Pak Syam. Nayla boleh ambil sendiri. Pak Syam pergilah teman Mak Jah tu. " Nayla menjawab sambil muncung bibirnya menjuih ke dapur.

" Waiittt, Pak Syam. Sebelum Pak Syam teman Mak Jah yang dah lama menyendiri tu. Hantarkan saya dulu,okay. Jom Pak Syam. " sampuk Puan Susila.

Saya Suka Cikgu!Where stories live. Discover now