BAB 9: SAYANG!?

3K 80 7
                                    

'Macam manalah korang boleh terkunci.Kejap biar cikgu ambil kunci.Tunggu kejap.' perintah Cikgu Ammar.

'Korang Cikgu Mashitah buka pintu bilik jahitan.' beritahu Zalina.

'Alhamdulillah.Weyh bagitahu cikgu Ammar tak payah ambil kunci.' arah Nadhine. Zalina mengejar Cikgu Ammar lalu memberitahunya pintu sudah dibuka. Loceng pun berbunyi.

------------------

Sehari sebelum hari sukan(Jumaat).

Seperti biasa, bangun pagi untuk pergi ke sekolah merupakan sesuatu hal yang amat sulit untuk seorang pelajar. Di tambah pula dengan kerja rumah yang belum siap. Seperti dunia ini mengecil seketika.

'Morning Pa,Ma. Nayla pergi sekolah dulu. Bye, assalamualaikum.' Nayla menyalam kedua ibu bapanya. Lalu meninggalkan mereka berdua yang berada di dapur.

'Nayla, breakfast dulu.' panggil Puan Susila.  Roti bakar yang berada ditangan kiri Puan Susila dicalit dengan jem strawberi kegemarannya.

'Tak apa ma. Hari ini nak pergi sekolah awal sikit. Nayla breakfast dekat sekolah je. Bye ma,pa. Pak Syam! jom.' dalam keadaan tergesa-gesa Nayla masuk ke dalam perut kereta putih milik papanya. Perlahan-lahan kereta itu mula meluncur laju dijalan yang hening di pagi hari.

--

'Dijemput Cikgu Hashim untuk mengendalikan majlis seterusnya.' ujar pengacara majlis yang memakai baju sukan berwarna kuning. Cikgu Hashim yang sedang berdiri di sebelah pengacara majlis di beri mikrofon. Tatapan tegas diberi supaya pelajar memberi tumpuan.

'Assalamualaikum. Yang berusaha tuan pengetua. Yang dihormati penolong-penolong kanan,guru-guru kanan,guru-guru,para pengawas dan pelajar sekalian. Saya yakin semua orang tahu apa yang ingin saya sampaikan. Jadi sila dengar betul-betul. Kita akan buat rehearsal hari sukan tahunan yang akan berlangsung esok hari. Bagi yang terlibat dengan kawad rumah sukan dan briged pemimpin muda sukan sila tunggu di sini. Yang tak terlibat tu,duduk di khemah yang berada dihujung padang. Duduk dalam rumah sukan masing-masing. Lelaki bahagian lelaki,perempuan belah perempuan. Faham?' tanya Cikgu Hashim. Mikrofon ditangan kirinya itu diletaknya disisi.

'Fahammmm.' jawab pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Laut Biru.

'Baiklah. Bermula dengan rumah merah bangun. Lelaki,dahulu diikuti perempuan. Disusuli rumah hijau,biru dan kuning. Para pengawas sila jalankan tugas anda. Cikgu Megat akan tunggu dipentas yang ada di padang.' terang Cikgu Hashim dengan teliti. 

--

Padang SMK Laut Biru itu perlahan-lahan dipenuhi oleh para pelajar. Khemah-khemah yang tadinya kosong mula terisi. Lagu-lagu yang digemari ramai di putarkan oleh Briged Siar raya. Cikgu Kamal dan Cikgu Rohaini yang telah bersedia di atas pentas untuk mengacarakan sukan tahunan SMK Laut Biru. AJK-AJK yang terlibat kelihatan sibuk untuk memastikan sukan tahunan kali ini berjaya dengan sempurna. 

'Diminta semua kontinjen rumah sukan untuk berbaris di padang sekarang. Anda semua diberi masa 5 minit untuk tiba dan bersedia di padang. Ulang suara,Diminta semua kontinjen rumah sukan untuk berbaris di padang sekarang. Anda semua diberi masa 5 minit untuk tiba dan bersedia di padang. Sekian.' arah Cikgu Hashim. Arahan yang diberi oleh Cikgu Hashim di dengar dengan teliti. Satu-persatu kontinjen rumah sukan tiba di padang. Setelah semua kontinjen bersedia, Cikgu Hashim memberi taklimat bagaimana perjalanan perbarisan lintas hormat akan dilakukan.

' Okay, adik-adik semua. Ingat tak abang cakap apa semalam. ' tanya Hakam yang merupakan ketua perbarisan rumah biru. Hakam gelarkan diri dia "ABANG" lawak kot. Nadhine cuma menahan geli mendengar perkataan abang.

' Ingat!!' jawab adik-adik rumah biru dengan penuh semangat. Kontinjen rumah sukan lain hanya menjeling-menjeling ku bertentang. Mata kita sama memandang. Perkara ini memang selalu berlaku semasa reahersal dan latihan kawad kaki. Apalagi pasukan itu musuh tradisi rumah sukan semakin ligatlah mata menjeling. Kau tiru gaya akulah. Mana ada kau yang tiru kami. Macam-macam hal.

Saya Suka Cikgu!Where stories live. Discover now