BAB 10:SAYANG!? (2)

2.7K 70 6
                                    

Korang dah baca cerita yang thor sarankan. Kalau dah thor ada cerita baru yang nak share. Manalah tahu nak tukar angin baru,genre baru. Tajuk dia: The Night Carnival dan Throne of The Vampire Queen Karya: FirdausRosdi . Cerita dia memang best,dia boleh membawa pembaca ke dalam cerita tu. Itu sahaja malas nak bebel panjang-panjang. Kalau nak thor share cerita awak semua bolehlah komen tapi kalau boleh mesejlah okay. Kalau ada salah tatabahasa, salah ejaan atau salah apa apa pun. Jangan malu-malu untuk bagitahu saya.

Jangan lupa vote,komen,dan share dekat kawan-kawan.

-------------------------------------------

'Nayla, awak ada terlibat dalam apa apa acara ke?' tanya cikgu Ammar. Yang sedang membancuh air buat para atlet rumah biru .

'Saya tak terlibat dalam apa-apa acara cikgu. Cikgu nak saya tolong apa?' jawab Nayla.

'Okay, nanti minta tolong kawan-kawan awak yang lain untuk bantu awak agih makanan untk semua ahli rumah biru okay. Kalau tak suruh Nadhine je tolong awak senang sikit.' terang Ammar.

'Angkat telefon,angkat telefon.'telefon Ammar berbunyi.

'Kejap ya Nayla. Saya kena jawab panggilan ni.'beritahu Ammar. Nayla hanya mengangguk faham.

'Hello, assalamualaikum. Ada apa daddy call Ammar.' tanya Ammar. Nayla yang berada dihadapannya hanya memandang reaksi muka Ammar yang berubah-ubah. Dari muka yang tenang bertukar serius. Nayla hanya boleh membuat andaian apa sebenarnya yang berlaku.

'Nayla saya kena pergi sekarang. Saya ada hal yang sangat-sangat mustahak. Apa-apa hal tanya cikgu Azhar.' ujar Ammar dalam keadaan tergesa-gesa.

------------------------------------------------

'Ammar,Marissa dah ada dekat hospital.' beritahu Datuk Amir Shah.

Suami mana yang tak terkejut. Hati mana yang berdegup. Mendengar isteri masuk ke hospital. Sedang bertarung nyawa untuk melahirkan zuriatnya. Tanpa dia disisinya. Sepanjang perjalanannya ke hospital. Hatinya gelisah. Perasaan yang bercampur bahagia,takut, dan tak sabar macam ABC. Air Batu Campur+Durian.

Angkat telefon,angkat telefon! Tertera Mommy.

'Assalamualaikum, hi Ammar. Bawa kereta tu elok-elok. Jangan risau Ammar. Bukaan baru 3. Kontraksi pun masih jarang-jarang. Marissa masih boleh jalan-jalan dekat hospital lagi. So don't worry, about Marissa and Diana. Kamu pergi beli ice cream dengan bunga untuk Marissa. Biar dia happy,kurang sikit rasa sakit nanti. Okay! Bye darling.' beritahu Mommy. Timbul sedikit perasaan lega dihati Ammar. Isteri aku kuat. Sayang tunggu abang datang ya.

---------------------

Dalam keadaan yang hiruk-pikuk itu Nayla masih berfikir. Apa sebenarnya yang berlaku pada Cikgu Ammar. Cikgu Mashitah yang berada disebelahnya yang sedang membancuh air yang sudah surut itu ditanyanya.

'Cikgu Mashitah. Boleh saya tahu. Cikgu Ammar pergi mana?' segala persoalannya mula terjawab satu persatu. Apabila Cikgu Mashitah beritahu apa sebenarnya yang berlaku. Baru lah hari sukan itu dia dapat menikmatinya dengan kawan-kawannya.

------------------------

Kereta putih milik Ammar diparkir dikawasan parkiran hospital. Bunga mawar merah kegemaran Marissa dibawanya bersama aiskrim coklat yang mulai mencair. Langkah demi langkah kakinya melangkah menuju isterinya yang tercinta. Biarlah hati ini yang memimpin aku untuk pergi kepada dirinya. *cewahhh

'Encik Ammar!' panggil Azkayra. Ammar menoleh. Dengan segera Azkayra pergi ke arah Ammar.

'Encik Ammar sila ikut saya. Biar saya tunjuk bilik Puan Marissa.' ujar Azkayra. Ammar hanya mengikuti langkah Azkayra tanpa ragu-ragu.

Saya Suka Cikgu!Where stories live. Discover now