BAB 12: DARK

2.6K 72 2
                                    

'Tak apa Diana biar Oyang belanja kamu tiket konsert tu.' Nenek Ammar moyang kepada Diana menyampuk. Wanita yang berusia hampir satu abad itu masih sihat dan kuat lagi. Diana pula kesenangan mendengar perkataan 'BELANJA' dari mulut Oyangnya. Naiklah tocang si Diana. Ammar hanya mampu mendiamkan diri. Dia sengaja mengusik anaknya.

'Sukalah tu. Oyang belanja dia tengok konsert. Nanti waktu tengok konsert tu, pergi dengan aunt Alden okay. Jangan pergi sorang-sorang bahaya.' ujar Ammar. Senyum sampai ke telinga Diana. Mukanya terus berseri-seri seperti mendapat wang berjuta ringgit.

'Thank you oyang. Love you very,very muchhhhhh..' ujar Diana happy. Bagai nak meletup hatinya disebabkan dapat pergi ke konsert Diamond.

-------------------------------------- 

Nayla memerhati lampu chandelier yang tergantung disiling kamarnya. Tiba-tiba,dua ekor cicak yang tidak dikenalinya sedang bergurau senda di siling kamarnya. Tidak lama kemudian, cicak-cicak itu berlari berkejaran sambil membuat bunyi yang menggangu. 

Cicak ni banyak sangat tengok cerita hindustan  gamaknya tu perangai macam hanat. Berlari berkejaran seindah bunga ditaman pula. Gedik ya amat. Maklumlah musim-musim hujan begini memang sesuai untuk membuat anak bagi meneruskan generasi cicak tersebut. Bukan haiwan saja manusia pun sama. Ehem-ehem.

Cik Nayla kita pula masih membawa perasaan nun jauh ke hujung dunia. Entah apa dia fikirkan. Kad jemputan perkahwinan Wadina dibeleknya sekali lagi. Tak sangka, Wadina dah nak kahwin. Cepat juga Si Wadina ni kahwin ya. Kau Nayla bila lagi??? Soalan cepu mas makcik-makcik bawang sekalian. Helllow aku baru umur 24 tahun okay,muda lagi. Tak bersedia untuk pikul tanggungjawab,aku nak tolong papa uruskan tadika-tadika dia dan yang paling penting calon tak ada. Mak cik bawang stop asking me that question. Kahwin muda salah,kahwin lambat pun salah. Huh.

Pap!!

 Lampu kamarnya mati. Penglihatannya terbatas. Dia meraba-raba tilamnya untuk mencari telefon pintarnya. Nayla mula menggelabah. Badan mungilnya menggeletar,tetapi dia cuba untuk mengawal perasaannya. 'Mana handphone aku ni??? Hishh. Nayla bertenang pergi ambil lampu suluh dekat laci meja solek.' ujar Nayla. Kaki Nayla mula melangkah perlahan. Tangannya didepakan sambil meraba-raba persekitarannya. Kalaulah malang tu bau kentut bolehlah juga dia tahu bahawasanya malang itu mendekati, ni tak ada bau. Jadi, jatuhlah Cik Nayla. 

Aduh!! Kakinya tersadung bangku kecil meja soleknya. Nayla tersentak. Dia tidak boleh bernafas, dadanya sesak. Penglihatannya mula gelap. Bukan kamar tidurnya tengah tak ada elektrik ke? Abaikan, penglihatannya mula kabur dan  gelap. Kepalanya sakit seperti di tusuk-tusuk sembilu. Memori kelam 18 tahun lamanya mula menyerang minda,jiwa dan raganya.

...

18 tahun lalu.

Gelap. Berdebu. Sempit. Tali. Suara aneh. Bayang-bayang yang menggangu. Manusia,hantu atau khayalan.

 Papa. Mama. Tolong Nayla. Nayla takut,dia orang kacau Nayla.

' Abang buatlah sesuatu. Anak kita! Anak kita, hilang tahu tak. Janganlah membatu. Cubalah membantu! Abang tak risau ke.'  Leter Puan Susila Rahmadhani. Matanya sudah membengkak kerana menangis selama setengah jam.

' Awak boleh tak bersabar. Duduk diam bertenang. Pihak polis sedang mencari Nayla kalau mereka dah jumpa, mereka akan call kita. Saya sudah minta tolong semua kawan-kawan saya. Jadi tolong lah, tolong bertenang. Banyakkan berdoa. Awak buat saya makin cemas dan rimas.' balas Encik Sulaiman Nadzari. Puan Susila tidak dapat menerima apa yang dikatakan oleh suaminya. Bagi dia, anak perempuannya itu dalam keadaan yang  berbahaya.

-

'Papa,mama. Diana lapar, Diana takut, sejuukkkk.' gumam Nayla. Tubuhnya yang kecil menggeletar menahan kedinginan yang menusuk hingga ke tulang. Perutnya sakit kerana tidak di isi sejak tengah hari tadi. 

Kedengaran gemerincing kunci. Cahaya mula memasuki ruangan dingin itu melalui celah pintu.

'Papa? Papa ke yang datang. Tolong  Nayla Pa. Nayla takut.' teriaknya. Air mata seorang anak kecil mengalir dipipi. Tetapi jangkaannya meleset. Seorang lelaki bertubuh besar layaknya seorang warga emas mendekati Nayla bersama seorang pemuda. Mungkin pengawalnya.

'Papa?Tolong Nayla Pa.' ajuk lelaki tua itu. Wajahnya tidak dapat di kenal pasti dalam keadaan gelap sebegini. Yang penting lelaki tua ini tak guna dan jahat. Apa salah dan dosa anak kecil ini.

'Siapa yang nak tolong kau budak. Tak ada siapa yang akan tolong. Kau sepatutnya sedar yang kau tak layak lahir ke dunia ni. Nak tahu KENAPA!! Sebab bapak kau tu perampas. Mak kau sepatutnya jadi milik aku, MILIK AKU. Bukannya milik korang berdua tak guna.' 

PLAKG!! 

pipi Nayla di tampar. Air mata Nayla terhenti. Terkejut, apabila pipinya ditampar.

...

Cklak! Pintu kamar Nayla di buka. Puan Susila segera memeluk Nayla.'Are you okay darling?'  tanya Puan Susila. Pelukan mereka belum terlerai. Pap! lampu kamar Nayla menyala kembali.

'Nayla okay ma. Jangan risau,Nayla terlanggar kerusi ni ha. Tu jatuh tu. Mama jangan risau okay.'ujarnya dengan nada menggeletar.  Puan Susila tahu bahawa anak perempuannya berada dalam keadaan yang ketakutan. Kegelapan merupakan benda alah nombor dua yang paling ditakuti dan dibencinya. 

'Betul ke dah okay. Suara tu menggeletar. Kamu nak tidur dengan papa dengan mama ke?' tanya Encik Sulaiman Nadzari yang berdiri di depan pintu kamar anaknya. Nayla menggelengkan kepala sambil ketawa kecil.

--------------------------------------------

' Ammar. Dah pukul 1:47 pagi. Kenapa tak tidur lagi? ' tanya neneknya. Ammar hanya memberikan senyuman. Neneknya mendekati Ammar untuk melihat apa yang dilakukan oleh cucunya.

' Balik kampung pun nak buat kerja ke Ammar. Nenek ajak kamu sekeluarga ke sini supaya dapat bercuti, dapat berehat. Dah,dah pergi rehatkan badan kamu tu jangan nak senyum senyum pulak. Nenek tahu kamu ada insomsia,insonya  entah macam mana nak nyebutnya pun. Tapi pergilah rehat kan badan. Kamu bukannya robot.' bebel Nenek Hasmah dengan panjang lebar. Orang membebel tak pernah singkat. Ada saja ideanya.

' Insomnia nek. Baiklah Puan Hasmah,saya akan menurut perintah puan. Ammar masuk bilik dulu ya. Muah.' ujar Ammar. Pipi kanan neneknya dicium.

----------------+
Ps: Itu sahaja untuk bab kali ini.. Maaf sangat sangat sebab part Ammar pendek... Nanti kita cerita panjang2... Untuk kali ini thor tak ada cerita yang nak di perkenalkan.

Jadi jangan lupa vote,komen dan share dekat kawan kawan anda..💕



Saya Suka Cikgu!Where stories live. Discover now