BAB 13 : TUAN KEPADA TUAN

2.4K 73 11
                                    

' Balik kampung pun nak buat kerja ke Ammar. Nenek ajak kamu sekeluarga ke sini supaya dapat bercuti, dapat berehat. Dah,dah pergi rehatkan badan kamu tu jangan nak senyum senyum pulak. Nenek tahu kamu ada insomsia,insonya entah macam mana nak nyebutnya pun. Tapi pergilah rehat kan badan. Kamu bukannya robot.' bebel Nenek Hasmah dengan panjang lebar. Orang membebel tak pernah singkat. Ada saja ideanya.

' Insomnia nek. Baiklah Puan Hasmah,saya akan menurut perintah puan. Ammar masuk bilik dulu ya. Muah.' ujar Ammar. Pipi kanan neneknya dicium.

------------------------------

Kiri,kanan. Timur,barat,selatan,utara. Depan,belakang. Puas Puan Susila mencari rantai mutiaranya. Namun, sebiji mutiara langsung tak muncul, seperti tahu yang dia akan dipakai. Laci meja solek,laci almari dan laci-laci yang ada didalam kamar tidurnya sudah terkeluar segala isi perutnya. Encik Nadzari pula mengikat tali lehernya dengan aman dan tenteram. Kerana dia tahu keberadaan rantai mutiara itu. Sengaja dia sembunyikannya. 

' Abang. Abang ada nampak rantai mutiara saya tak. Saya letak dalam laci ni je. Tak pernah saya letak dekat laci lain.' tanya Puan Susila. Tangannya ligat menyelongkar kotak barang perhiasan miliknya yang berada didalam laci.

' Sayang laci hati abang belum awak buka lagi. Macam mana nak jumpa kalau tak buka laci istimewa ni.' ujar Encik Nadzari. Tali lehernya selesai diikatnya dengan kemas.

' Abang ni kan. Ingat sweet ke. Mana laci istimewa tu. Biar saya buka dan ambil rantai mutiara saya.' ujar Puan Susila dengan nada merajuk. Encik Nadzari mendekati isterinya. Bahu isterinya dipegang.

' Abang tahu tak sweet. Tapi sayang suka kan. Hahahahah. Ni ha rantai. Dah cepat bersiap,dah jam 7 pagi ni. Harini biar saya hantar awak ke sekolah.' ujar Encik Nadzari.

' Dia yang melambatkan kita. Sabar jelah.' gumam Puan Susila.

-------------------------

'Abang. Bulan depan kawan Nayla kahwin? Abang tahu tidak.' tanya Puan Susila. Muka suaminya di lihatnya.

'Yang mana satu. Kawan anak kita tu ada banyak. Nadhine, Wadina, Suhaila. Mana satu?' tanya suaminya. 

'Wadina yang nak kahwin bulan depan. Anak kita agaknya bila ya? Umur dah sesuai untuk berkahwin.' ujar Puan Susila. 

'Awak, anak kita masih kecil lagilah. Baru masuk 24 tahun. Biar dia puas-puas dengan zaman muda dia.' jawab Encik Nadzari. Matanya fokus memandang kehadapan. Kereta yang dipandunya bergerak dengan lancar tanpa sebarang masalah kesesakan lalu lintas.

'Hish, abang ni saya tanya je. Tapi,budak zaman sekarang ni bukan suka kahwin cepat ke. Lepas SPM terus nikah. Hari ini habis paper esok dah akad nikah. Ada je saya terima jemputan kenduri kahwin dari pelajar sekolah saya tu. Abang,kalau ada orang masuk meminang Nayla awak setuju tak? Kalaulah,jangan fikir lain pula ya bang.' bebel Puan Susila. Sebut pasal kahwin laju saja. Mana taknya, dah tak sabar nak menimang cucu. Kalau menimang cahaya mata sendiri lain jawabnya dapat adiklah Nayla.

' Macam itu pula. Kalau ada orang masuk meminang Nayla kena tanya tuan yang punya badanlah. Dah nak sampai sekolah dah? Check beg awak mana tahu ada tertinggal apa-apa ke?'  ujar Encik Nadzari. Kereta hitam metalic itu berhenti di depan pintu pagar sekolah.

'Abang, kita ni tuan kepada tuan yang punya badan okay. Abang jangan lupa hujung mingu ni kita nak pergi beli baju untuk kenduri Wadina. Terima kasih sayang sebab hantar Su. Muah muah' tangan suaminya disalam. Pipi kiri dan kanan juga diciumnya.


-----------------------------------------------------------------


'You tak rasa Ammar dah lama menduda ke?' tanya Datin Faridah. Tali leher suaminya dipasangkan ke leher,tak kan dipasang ke kaki.

'I rasa tak lama pun. Baru 7 tahun Marissa pergi.' jawab Datuk Amir dengan selamba. Jam tangan jenama kemuka dipakainya ditangan kanan. 

Datin Faridah berfikir sejenak. 

'Sayang. Cuba you fikir, Ahwas dan Diana perlukan kasih sayang seorang ibu. Dan.... anak kita pula perlukan kasih sayang dan kehangatan seorang isteri. Bayangkanlah kalau I tak ada, mesti you perlukan kasih sayang dari seorang perempuan tak begitu encik abang.' ujar Datin Faridah. Sofa bewarna biru di sisi kamar diduduknya.

' Ya betul apa yang you cakap tu. Sebelum itu, cuba you ingat 4 tahun yang lalu. Sebelum Ammar jadi CEO syarikat FS Holding. Hati dia terbuka untuk seorang gadis yang 'ayu sangat' tu kan. Tapi apa yang budak tu buat,menconteng arang dimuka adalah. Nasib dia orang sempat bertunang saja. Bayangkan kalau budak perempuan tu buat hal masa Ammar dan budak tu dah kahwin. Malu I,tak pasal-pasal syarikat yang ayah I bina boleh jatuh.' emosi Datuk Amir terpancing jika teringat kisah yang lalu. Bawa bersabar Datuk. Masa lalu biarlah masa lalu. Janganlah terlalu membenci seseorang. 

'You pun tahu I tak setuju dengan pilihan Ammar. Begitu juga dengan you. Tapi you tak ingat ke yang dia ugut tak nak jadi CEO. Nak tak nak kena terima bang. Tapi kali ni you jangan risau. Kali ini pilihan sayang, mesti tip top. Arwah Marissa dulu siapa yang pilih. I kan.So,biar i yang cari you just agree with my decision okay.' ujar Datin Faridah. Senyum lebar Datin Faridah. Nak dapat menantulah katakan.

'Up to you lah. I dah lambat nak pergi pejabat. Abang pergi dulu. Before that, I teringin ayam masak merah. Masakkan untuk I tau. Love you.' kening Datin Faridah dikucupnya.

----------------------------------------------------------------------

ps: jangan lupa vote,komen dan share dekat kawan-kawan korang.

Korang komenlah apa apa.. Biar thor semangat nak tulis.. huhuhuhu  thor kiciwa dengan exam chemistry tadi pagi. Memang tak ada chemistry langsung..

Enjoy. Love korang..





Saya Suka Cikgu!Where stories live. Discover now