BAB 19: THE DAY.

1.9K 87 20
                                    

" Haah you nak explain apa lagi Danial, I dah nampak semuanya. You ingat I tak nampak you dok bercium pipi, bibir perempuan ni. You fikir I buta. Danial Rusdy! selama ni I percaya kan you tahu tak. I setia dengan you, I cuba selamatkan perhubungan dan ini yang I dapat. Jadi betullah kata kawan-kawan I selama ni. Terima kasih untuk masa yang you 'LUANG' kan untuk I dan bye, kita putus. Assalamualaikum." Nayla berjalan meninggalkan mereka..

------------------------------------------

Lima hari berlalu dengan pantas. Peristiwa menyakitkan mata,hati dan perasaan yang berlaku pada lima hari lalu, perlahan-lahan pergi seiring kesibukan Nayla bekerja. Pada masa yang sama, Wadina akan menikah pada esok hari dan malam berinai bermula pada jam 10 malam ini. Nayla selaku pengiring pengantin a.k.a bridesmaid, sudah berada di rumah pengantin sejak jam 6 petang lagi.Begitu juga dengan Suhaila, Nadhine dan dua orang sepupu Wadina iaitu Azra dan Zayana.

Untuk malam berinai hari ini kata Wadina temanya kembali ke masa lalu,tanpa pelamin kecil, tanpa solekan beria-ria yang ada henna artist, sanak saudara dan orang yang terdekat.Kita kembali ke masa lalu, yang pada masa itu suasana malam berinai lebih tertutup dan merapatkan saudara yang jauh, manakala yang dekat semakin merapat. Begitu kata Wadina. Nayla, Suhaila dan Nadhine hanya mengangguk setuju kerana sejak mereka mula berteman hingga sekarang inilah angan-angannya.

" Wadina kau dah ready untuk esok? " tanya Suhaila sambil mengoleskan pelembap wajah ke muka Wadina. Hari ini Suhaila menjadi mak andam untuk malam berinai diatas permintaan Wadina. Entah macam manalah hasilnya nanti. Ada-ada saja permintaan bakal pengantin kita ni.

" Esok? Mestilah Su, dah lama aku tunggu saat ini. Alhamdulillah, Allah mempermudahkan segala urusan aku. " jawab Wadina. Terpancar senyuman yang gembira dengan seri wajah yang berbeza dari kebiasaannya.

" Malam pertama kau dah ready ke?? Kalau tak aku share ilmu dekat kau biar tak terkejut sangat. Hahahahagagagahha. " Sampuk Nadhine sambil ketawa terbahak-bahak. 

" Kak Nad apa niiii ada budak bawah umur dekat sini. " ujar Azra sambil malu-malu tapi tahu. 

" Eleh Azra kamu tu dah faham sebenarnya kan. Nak tak Wadi, banyak ilmu yang boleh aku ajar dekat kau, dan aku berani jamin laki kau tak cari laiinnn." ujar Nadhine tanpa tahu malu. Mereka hanya mampu menggelengkan kepala melihat perangai kawan mereka yang satu ini.

" Kau macam-macam eh Nad. Makeup Wadina ni dah nak siap, korang cepatlah bersiap, sikit lagi henna artist sampai." arah Suhaila. 

------------------------------------

Ting!

Ting!

Ammar terbangun dari lenanya. Jam di telefon pintarnya di lihat. ' Nayla Wheatsapp rupanya. ' bisik Ammar di dalam hati. Matanya digosok-gosok menjernihkan pemandangan. Mesej Nayla di bacanya.

Nayla Suzane 11:24pm

Nayla Suzane 11:24pm

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Saya Suka Cikgu!Where stories live. Discover now