BAB 7

3K 67 3
                                    

Maafkan saya sebab tak update-update dan hambar. Please enjoy dan kalau mula melalut tell me. Maafkan saya kalau Cikgu Ammar dan Nayla belum sweet sebab belum waktunya okay. Dan cerita ni mungkin ada scene 18++ tapi belum masanya lah dan jangan expect tinggi sangat tau untuk scene 18++ hihihhi bukan apa yang menulisnya pun masih budak hingusan. Harap anda semua sabar menunggu.

Enjoy and please vote. I really really need your vote.

----------------

  'Malam tadi kita tak buat apa apakan?'tanya lelaki dalam nada rendah menggoda.Sengaja dia meniup-niup lembut leher jenjang yang dimiliki Nayla.

 'Ingat tak nenek ada minta cucu.Rasanya sekarang sempat lagi ni.'goda lelaki itu lagi.Dia meniup lagi leher jenjang Nayla.  

-----------------

Gedebuk!! Nayla terjatuh dari tempat tidurnya. Mimpi indahnya perlahan-lahan pergi bersama-sama kesakitan yang dialaminya.Mimpi indah ke?

'Aduh!! Kerasnya lantai ni' Secara spontan keluar dari mulut mungil milik Nayla. Kepalanya yang terhantuk di lantai diurut-urut perlahan. 'Sekarang pukul berapa?' Dia mengerling jam dinding yang berada tidak jauh darinya. 'Haiya dah pukul 8 Nayla oi.... Dahlah tak solat subuh lagi.' Dia bingkas bangun dan segera ke bilik mandi yang berada di dalam bilik tidurnya.

Semasa dia membersihkan dirinya. Dia baru menyedari bahawa dia datang bulan. 'Aku periodlah.. Kau dah kenapa Nayla semua lupa. Sebab kau lah jantan, kalau aku tak mimpi kau aku tak adalah jadi macam ni. Semua benda jadi tak betul.' Jeritnya didalam bilik mandi. Sabun buku dettola yang di pegangnya di campak ke lantai. Dia mengambil semula sabun dettola dan segera membersihkan dirinya.Nayla perlu turun ke bawah dengan segera untuk bersarapan kerana keluarganya akan bersarapan pada jam 8:30 pagi dan dia bangun pada jam 8:00 pagi. Malang betul nasibnya pada pagi itu.

--
'Morning mama,papa.' Dia menarik kerusi yang berada bersebelahan Puan Susila. Pinggan bersih yang terletak di atas meja makan terus diambilnya. Diatas meja makan itu terhidang nasi goreng cinta buatan ibunya,sandiwch,teh manis dan sejug jus oren. Dia menyeduk nasi goreng yang berada di hadapannya ke pinggan yang kosong

Sibuk Nayla menyeduk nasi gorengnya ke pinggan. Encik Sulaiman menyedari dahi anaknya lebam.'Nayla kenapa dahi kamu lebam. Malam tadi papa tengok dahi kamu elok je.'tanyanya. Surat khabar yang sedang dibacanya diletakkan ketepi kerana dia ingin fokus dalam perbualannya dengan puteri kesayangnya.

'Oh dahi ni.' Jari runcingnya menunjuk dahinya yang terhantuk lantai kepada papanya. 'Tadi Nayla terjatuh dari katil.'sambungnya dengan selamba. Nasi goreng yang berada dihadapannya dimakan dengan lahap.

Riak muka Puan Susila dan Encik Sulaiman berubah apabila mendengar penyataan Nayla. 'Apa jatuh dari katil. Mana lebamnya mari sini mama nak tengok.'Segera Puan Susila memegang wajah anaknya supaya dia dapat meneliti kesan lebam itu.

 'Macam mana kamu boleh jatuh dari katil kamu tu.Tak kan tak sedar diri kamu tu dah nak terjatuh.' Encik Sulaiman bersuara. Bukan apa,kepala jangan dibuat main bahaya.

'Nayla mimpi buat skydiving dekat Dubai. Tu jatuh tu.Hahaha' tipunya. Tak akanlah dia perlu bercerita tentang mimpi yang sebenar-benarnya. Salah faham yang akan berlaku lebih baik kita tipu sunat.Diteguknya air jus oren yang berada ditepi pinggannya.

 'Skydiving dekat Dubai? kamu ni ada-ada je. Lain kali berhati-hati sikit. Kepala jangan dibuat main. Lebam sikit hilang RM1000 Nayla. Hahaha' usik ayahnya disela  dengan ketawa . Nayla turut ketawa mendengar kata-kata yang dicakapkan oleh papanya.

 'Macam mana kamu nak keluar dengan lebam macam ni? pukul 10 pagi nanti kita kan ada majlis . Banyak tetamu penting. Nanti orang cakap, anak Encik Sulaiman pengasas Tadika  yang terkemuka dinegara,memiliki 5 cawangan tadika tapi tak reti jaga anak. Macam mana nak jaga anak orang lain.' ujar Puan Susila. Berkerut seribu,muka Puan Susila.

Saya Suka Cikgu!Where stories live. Discover now