PROLOG
“SAYA nda peduli. Saya belum mau ada anak. Saya kahein sama kau bukan sebab mau ada anak. Saya sudah ada anak jadi saya nda mau ada ada anak lagi.” Renzo naik berang bila Elena berkeras mau tu anak dalam perut dia
Tapi menangis macam mana pun dia tetap juga si Renzo nda mau. Renzo mau Elena kasih gugur tu anak dalam kandungan Elena yang sudah hampir empat bulan.
“Bah, saya kasih lahir sejalah ni anak. Lepas lahir nanti saya janji saya hantar dia sana rumah anak yatim.” Bilang Elena
“Kau janji ah. Kalau kau nda buat apa yang kau cakap, saya kasih cerai seja kau. Kau tahu jugakan kita ni kahwin pun tapuk-tapuk. Kalau mau ada anak lagi, memang terbungkar semua.”
Angguk seja si Elena. Berat juga hatinya tapi dia cinta betul sama si Renzo. Daripada becerai bagus dia ikut seja kemahuan si Renzo. Selama dia mengandung, si Renzo nda mau bejumpa sama dia. Nasib juga nda pernah dia missed duit belanja si Elena. Hari yang ditunggu-tunggu oleh Elena pun tiba. Dia pun bersalin normal di hospital swasta dan seperti yang diminta oleh si Renzo, semua bukti semasa dia melahirkan anak harus di sembunyikan.
“Congrats! It’s a baby girl!” bilang tu nurse sama Elena
Dia tinguk seja anak kecik tu. Naluri keibuannya pun memberontak tapi masa tu dia dapat mesej dari Renzo yang dia sudah uruskan semuanya. Elena pun buang tu pandangan dia supaya hatinya keras balik. Tapi pelan-pelan jatuh juga airmatanya. Setitis pun air susunya dia tidak kasi sama tu baby. Alasannya dia bilang nda ada air susunya. Terpaksa kena bagi susu formula seja si baby.
Tidak juga lama dia kena tahan, hari tu juga dia boleh discaj wad. Renzo sudah tunggu dia di depan. Elena nda berhenti cium anaknya. Dia tahu ni hari adalah hari terakhir dia jumpa anaknya. Dia masuk dalam kereta terus si Renzo bercakap.
“Kasi simpan sana bakul baby tu anak. Duduk bagus-bagus kau tu baru bersalin.”
“Nda apalah. Biar saya gendong seja. Saya okay juga.”
“Kau okay, tapi saya nda.”
“Renzo, apa bah kau ni. Saya sudah ikut semuanya yang kau minta. Tinggal berapa minit seja bah saya dapat peluk anak saya. Bolehlah jangan kejam sama saya. Kau nda mau peluk cium ni anak kau kah?”
“Sudah saya bilang saya nda mau anak! Suzy sudah kasih saya anak. Saya mau enjoy seja! Kita kawin pun semata-mata mau kasi puas hati mama kau seja.”
Mengeluh si Elena. Dia nda peduli cakap si Renzo. Dia tetap peluk tu anak dia sampai di rumah anak yatim. Mula-mula dia sudah okay dapat terima yang anak dia akan kena simpan di sana. Tapi bila sudah masa mau kena ambil, masa tu lah dia punya airmata nda boleh kena tahan sudah. Renzo kasih serah tu baby sama pihak rumah anak yatim lepas tu dia tarik Elena keluar.
“Kau diamlah bah! Saya janji, nanti saya bawa kau holiday. Honeymoon mana tempat kau mau. Kasih lupa seja tu anak. Nda kasih senang kau juga tu.”
Elena diam seja. Dia tahu dia nda ada pilihan lain selain ikut cakap Renzo. Dia cinta mati betul sama tu lelaki. Sampaikan kena kasih jadi bini nombor dua pun dia mahu juga. Elena lepas tu kejadian, berubah sudah dia. Banyak diam dari bercakap. Banyak termenung di bilik. Renzo yang tengok dia pun risau sudah. Takut juga dia bini dia meroyan nanti.
“Sayang, janganlah diam begini. Kau nda mau sudah bercakap sama saya kah?”
“Saya mau cakap apa? Bukan juga kau dengar saya. Siang kau sama saya, malam kau di mana?”
“Baby, sini.”
Renzo pigi tarik Elena dekat sama dia.
“Kau mau saya buat apa supaya kau balik macam Elena yang saya kenal dulu?”
“Saya nda minta banyak. Saya Cuma mau kau adil sama saya. Saya ni bini kau juga bah.”
“Bah, saya janji lepas ni saya adil sudah. Tapi saya minta kau faham saya punya situation. Saya ada bini juga. Kau pun tahu kita kawin ni bukannya dia tau.”
“Bagus kau kasih tunai tu janji kau. Ingat ah, kalau kau nda adil, jangan kasih salah saya kalau tiba-tiba periuk belanga singgah kepala kau. Saya kasih tau Suzy tu siapa saya.”
“Iya bah. Saya janji.”
Baru berapa hari anak Elena di rumah anak yatim, sudah ada pasangan yang mahu adopsi dia jadi anak angkat. Mula-mula durang kena kasih tahu tu anak teda identiti atau pun akta kelahiran durang berfikir dua kali. Tapi lepas durang tengok sendiri anak tersebut terus durang dua jatuh kasih sama tu anak.
“Nda apalah. Kami nda kisah pasal identiti. Saya mau ni anak jadi saya punya anak, kan dy?” bilang Vera
Edward angguk dengan senyuman setuju sama keputusan isteri dia. Ambil masa juga durang mau urus semuanya sampai identiti baru untuk anak angkat durang. Masa mau isi borang untuk bikin sijil kelahiran Vera bingung mau kasih nama apa anaknya.
“Apa nama yang bagus,, dady?”
“Apa ja. Dady ikut mamy ja.”
“Lorea. Kasi nama seja dia Lorea. Lambang cinta abadi.”
Lorea pun sah jadi anak durang. Kasih sayang durang lebih dari ibu bapa kandung sendiri. Durang sayang betul sama Lorea sampai semuanya yang Lorea mau mesti durang kasih tunai.
Sampai nda sedar masa berlalu, Lorea tumbuh dewasa. Jadi gadis cantik dan anggun. Tapi sayang, sebabkan dia dari keluarga yang kaya-raya, si Lorea jadi sombong. Dia pun boleh tahan juga nakal. Habis study, dia nda mau kerja sebab dia rasa dady dia cukup lebih dari mampu mau sara dia punya hidup. Tapi bila sudah berbulan-bulan dia masih lagi nda mau kerja, Edward pun bersuara.
“Company dady tu besar. Dady kasih sekolah tinggi supaya Rea boleh ganti posisi dady. Rea satu-satunya anak dady.”
“Soon, dady. Saya masih mau cuti-cuti dulu. Bolehkan?”
“Lama juga cuti kau? Satu dunia sudah pusing, mau ke mana lagi?”
“Mau cari sesuatu yang belum saya dapat, dady.”
Edward menggeleng kepala. Salah durang juga telampau kasih manja Lorea. Nda apalah, fikirnya. Nanti kalau dia sudah jumpa apa yang dia belum dapat, Elena sendiri akan cari Edward.
Hobi Lorea suka lepak di night club sama kawan-kawannya. Tapi malam ni durang dicide mau pigi satu club yang rare untuk anak muda macam durang sebab di sana selalunya dikunjungi oleh orang-orang yang berumur lebih dewasa dari durang.
“Lorea, kau mau keluar lagi?” tegur Edward
“Yes, dad! Why?”
“Di rumah sejalah. Malam-malam keluar nda takutkah?”
“Saya besar sudah, dy. Im 25 already.”
“Sebab sudah besar dady nda mau kau keluar merayap macam perempuan nda betul.”
“Dady, saya tau jaga diri saya. Jangan cakap saya perempuan nda betul. Bikin sakit hati bah!”
Lorea keluar juga biarpun kena larang oleh Edward. Sakit hatinya tu terbawa sampai club. Dia hantam minum bir lepas tu dia pigi menyanyi atas pentas. Dari pentas tu tiba-tiba dia punya mata terpandang satu lelaki. Dia punya nyanyian pun jadi nda betul. Semua orang kasi ketawa dia, tapi nda dia peduli. Dia turun dari pentas lepas tu duduk betul-betul dekat sama meja tu lelaki.
“Saya mau balik sudah ni. Bisuk saya ada meeting penting di Merpati and Co.”
Dengar seja nama company milik bapa dia terus tiba-tiba Lorea tersenyum. Ada sesuatu bermain di kepala otaknya saat itu. Yang pasti, dia nda akan lepas peluang. Tu lelaki mesti dia dapatkan. Lelaki pertama yang buat dia rasa macam ada rama-rama berterbangan dalam perut dia.

YOU ARE READING
LOREA
Ficción GeneralSINOPSIS TAJUK : LOREA PENULIS : ENA ARUN Lorea gadis yang dilahirkan tanpa keinginan ibu bapanya. Lahir pada waktu yang tidak tepat. Kerana kehadirannya tidak diingini, Lorea sejak lahir dihantar ke rumah anak yatim dan ditinggalkan tanpa identiti...