BAB 13

0 0 0
                                    

BAB 13




SHERYL sakit hati betul sama Lash. Call, sms semua nda kena reply. Di whatsapp kena block pula. Dia nda tau apa salah dia sampai Lash buat begitu. Sampai dia pigi ke pejabat cari Lash tapi sia-sia sebab Lash nda masuk pejabat.

“Apa bah masalah Lash ni? Saya buat salah kah? Saya rasa saya teda buat salah ni. Aduh!”

Sheryl balik pigi rumahnya, masa mau masuk lif, ada pula Lash sana terus Sheryl senyum-senyum ni.

“Lash, kau cari saya ke rumah saya? Saya cari kau di office. Kenapa block saya di whatsapp?”

Sheryl pigi paut tangan Lash tapi terus kena tepis ni. Hairan Sheryl sebab Lash kasar betul sama dia. Biasanya nda begitu. Mesti ada hal ni, dia fikir.

“Kita ada masalahkah? Cakap ja, Lash. Saya buat salah apa ni kali?”
“This! Apa lagi alasan kau ni kali? Photoshop?”

Tekejut Sheryl tengok dia punya gambar. Orang pertama yang dia syak terus Lorea. Sebab Cuma Lorea yang tau pasal dia. Merah padam mukanya sebab nda ada sudah dia punya jurus mau mengelak sama Lash.

“Lash, cerita lama bah sudah ni. Semua orang pun buat silap. Apa yang penting sekarang ni saya mau nikah sama kau sudah.”
“Saya nda mau kasi terus ni hubungan kita. Cerita lama? Kau tinggal rumah tu masa kau sama saya sudah. Kau mau cakap tu cerita lama? Sudah-sudahlah menipu sebab saya nda percaya sudah. Kasi clear semua barang-barang kau sebab saya mau jual tu kondo.”
“Lash, saya mau tinggal mana? Saya sanggup kasi lepas kerjaya saya sebab kau seja. Kau mau putus begitu ja? Lash!”
“Kunci kereta mana?”
“Lash, janganlah begini. Kau nda kesian saya kah?”
“Tua bangka tu boleh pelihara lebih bagus dari saya.”

Lash ambil kunci kereta yang dia bagi Sheryl lepas tu dia kasi tinggal Sheryl begitu seja. Sheryl sampai di depan rumahnya terkejut sebab ada notis yang rumah tu mau dijual sudah. Dia pigi ketuk pintu rumah Lorea. Menjerit-jerit lagi dia panggil nama Lorea. Nda lama keluar Lorea dengan muka masih mengantuk.

“Hmm, apa kau mau?”
“Kenapa kau bagitau Lash pasal gambar saya tu?”
“Mana ada saya bagitau. Dia sendiri jumpa gambar tu sebab phone saya tetinggal semalam.”
“Kau taukah dia kasi tinggal saya sudah. Puaslah hati kau sebab bolehlah kau goda dia kan?”
“Woi, kau kena tinggal tu sebab salah kau sendiri. Lash tu setia sama kau tapi kau yang gatal. Benda kau boleh minta sama dia kenapa mesti minta sama kakek tua tu? Kau yang salah jangan mau salahkan orang lain.”
“Sekarang saya mau tinggal di mana?”
“Meh? Bukan saya punya urusan.”

Lorea tutup pintu, tinggal Sheryl ternganga depan pintu. Mau nda mau dia terpaksa juga keluar dari tumah tu. Lash nda akan bagi dia peluang lagi. Cukup sudah dia kena bagi peluang. Dia sendiri yang kasi sia-sia.

Elena mengeluh bila orang yang dia bayar masih belum dapat apa-apa maklumat dari rumah anak yatim. Dia bukannya mau rampas anak dia semula. Dia Cuma mau lihat anaknya dari jauh. Dia sedar dia nda layak jadi seorang ibu sebab buang anak kandung sendiri. Tapi sekurang-kurangnya dia tahu macam mana keadaan anaknya sekarang.

“Saya sudah cakap, janganlah cari. Mungkin dia bahagia sama hidup dia sekarang. Jangan bawa malapetaka sama dia.” Bilang Renzo
“Nda salahkan kalau saya mau tengok dia. Saya nda akan kasi kenal siapa saya sama dia.”
“Hati-hati, Elena.”

Sekali lagi Elena cuba merayu Puan Rosela. Tapi jawapan yang sama dia dapatkan yang orang tua angkat anaknya nda mau ada sesiapa tau pasal durang. Sampai habis akal sudah Elena. Puan Rosela pigang Bahu Elena.

“Kalau ada jodoh kamu dua, dia sendiri akan cari ibu kandungnya.” Bilang Rosela

Kecewa lagi Elena. Sampai tahap dia mau putus asa sudah. Setiap kali dia putus asa, mesti dia akan berjumpa Lorea. Sama macam hari ni, lepas dia dari rumah anak yatim tu, kebetulan Lorea ada di dekat dengan kawasan tu.

“Auntie Elena!”

Elena dan Rosela yang berdiri di depan pagar pun sama-sama menengok Lorea. Elena terus senyum, tapi Rosela nampak pucat masa tu. Dia nda sangka Elena sama Lorea kenal.

“Hi, Auntie Rosela.”

Kali ni Elena pula yang kehairanan sebab Lorea kenal sama Rosela. Rosela pun menyapa Lorea dengan senyuman.

“Kamu dua kenal?” tanya Elena
“Iya kenal. Auntie Rosela kawan mama saya.” Bilang Lorea
“Oh, Rea bikin apa sini?”
“Oh, saya mau ikut Dany pigi kubur mama dia. Nda boleh saya lama ni. Dany singgah beli bunga ja tu sana. Saya pigi dulu ya. Oh ya! Macam mana sudah cerita anak angkat auntie tu? Mama dia masih datang cari-cari dia kah?” tanya Lorea sama Rosela bikin Elena terkejut
“Oh, settle sudah. Pigilah, nanti orang tunggu pula.” Jawab Rosela mengelak.

Lorea pun memeluk mereka berdua sebelum pergi. Elena yang dari tadi sudah mula curiga pun tengok Rosela dengan pandangan yang tajam betul. Tapi dia nda juga cakap apa-apa sebab kalau dia tanya pun mesti Rosela mengelak. Dia minta diri lepas tu durang berpisah di sana.

“Kenapa Rosela mengelak depan Lorea? Nampak macam ada something pula. Tapi apa? Saya mesti cari tau. Mungkin Lorea kenal sama anak saya.”

Lepas dari kuburan, Lorea terus masuk office. Ada Lash di biliknya menunggu dia. Nda biasanya Lash mau jumpa dia atau mau ajak dia kerjasama. Selalunya Lash mengelak seja. Lorea pun senyum sejalah.

“What are you doing here, Mr. Lash? Mimpi apa semalam ni tiba-tiba seja ada di sini?”
“Ada kerja sikit. Kau dari mana jam begini baru muncul di office?”
“Oh, Dany bawa saya pigi lawat mama kamu.”
“Hmm. Bah, ayuhlah kita pigi site sama-sama. Dady kau busy hari ni. Dia suruh saya bawa kau.”
“Bah, jom!”

Durang dua pun pigi sama-sama. Lepas kejadian malam yang durang tidur sama-sama, inilah pertama kali durang berjumpa lagi. Awkward juga durang rasa tapi masing-masing tapuk tu perasaan. Durang tengok-tengok site sambil masing-masing tunjuk idea di sana. Kali ni, Lash nda tolak pun idea Lorea. Nda macam biasa. Tiba-tiba kaki Lorea tepijak paku yang beampai di tanah.

“Ah! Aduh sakitnya.”

Lash terus tarik tangan Lorea pigi duduk di tepi. Dia siram pakai air kaki Lorea lepas tu dia ajak Lorea pigi klinik.

“Saya bawa kau pigi kliniklah.”
“No, its okay. Sikit ja ni. Nanti baiklah ni.”

Lorea pigang tangan Lash tiba-tiba terus macam lain tu perasaan durang ni. Cepat-cepat Lorea tarik dia punya tangan terus dia berdiri. Jalan terinjut-injut sebab sakit masih dia punya kaki. Sebelah seja pakai kasut sebelah lagi kaki ayam seja. Lash yang tadi duduk seja terus pigi berdiri dia dukung Lorea.

“Lash, janganlah. Kasi turun saya. Orang nampak. Malu saya.”

Nda kena peduli oleh si Lash. Dia jalan seja. Pekerja-pekerja di tapak tu meninguk durang sambil senyum-senyum. Suka durang tengok Lash sama Lorea. Nampak sepadan, apalagi muka durang pun ada iras-iras juga.

“Saya mau tanya ni tapi saya Cuma mau kau jawab satu perkataan seja, ya atau tidak. Kau sama Dany couple?”

Lorea tiba-tiba rasa macam lain. Soalan tu biasa seja tapi sebab yang bertanya tu Lash, rasa macam susah betul mau jawab. Tapi dia terpaksa juga jawab sebab dia sama Dany memang sudah rasmi bercinta.

“Ya.”

Lash senyap. Nda ada lagi soalannya lepas itu. Dia kasi masuk Lorea dalam kereta lepas tu dia senyap sepanjang jalan pigi klinik. Langsung dia nda becakap. Lorea balik-balik melirik dia tapi serius dia bawa kereta. Sampai klinik Lorea kena suntik lepas tu luka dia kena basuh baru di balut. Lash hantar dia pulang sampai depan pintu. Masa Lorea mau tutup pintu, Lash kasi tahan pintu sama dia punya tangan.

“Lash…”

Tiba-tiba Lash pigi kiss bibir Lorea. Lorea pun nda tau kenapa dia nda boleh menolak. Dia balas kiss Lash balik sampai tiba-tiba Dany call dia terus Lorea tolak Lash jauh.

“Stop Lash. Apa saya buat ni? Oh god! Get out! Out!!”

Lorea tolak Lash tapi Lash langsung nda beganjak dari sana. Dia tarik dua-dua tangan Lorea lepas tu dia tatap mata Lorea. Menangis sudah Lorea sebab dia nda dapat tolak tu perasaan dia sama Lash.

“Sudah-sudahlah. Jangan kasi bodoh diri sendiri, Lorea. Kau masih cintakan saya, buat apa jalin hubungan sama adik saya? Leave him, Lorea. Please…”

LOREAWhere stories live. Discover now