BAB 4
“WHAT is wrong with you, Sheryl? Tiba-tiba mau mengamuk macam orang gila seja.”
Lash geram dan rimas bila sampai saja di kereta Sheryl mengamuk macam orang kerasukan setan. Dia sendiri nda tau apa kesalahannya tiba-tiba seja Sheryl mengamuk.
“Sebab saya tolong Lorea dari jatuh tadi? Itu ja? Maigad!”
“itu ja? Lash! Kau fikir saya nda tau kah niat dia dekat-dekat sama kau? Dia mau rampas kau dari saya.”
“Kau insecure sama budak baru mau up kah? Pleaselah, Sheryl.”
“Dia kerjasama sama kau kah?”
“Oh god! Kita sudah sampai. Good night!”
“Lash!”
“Trust me, sayang. Saya sayang kau saturang seja. She is not my type.”
“Betul ah?”
Lash angguk kemudian mencium Sheryl. Nda tau apa yang bikin Sheryl begitu takutnya sama Lorea. Lash senyum sebab nda sangka yang Sheryl tergugat sama Lorea.
“Lorea.. Lorea..”
Masa dalam perjalan mau balik pigi rumah dia. Telefon Lash bedering. Dia tengok ada panggilan dari papanya. Dia abaikan sebab dia malas mau ambil tahu. Sejak mamanya meninggal rumah tu jadi macam dalam neraka. Papanya tiba-tiba bawa bini nombor dua dia pindah sana. Betul-betul teda perasaan.
Ting! Mesej masuk. Lash membacanya dan tiba-tiba dia berenti di tepi jalan.
‘Lash, its me. Papa jatuh lepas tu doktor cakap dia kena strok.’
“Shit!”
Lash memutar arah menuju ke hospital. Benci macam mana pun kalau itu sudah berkaitan sama dia punya bapa dia pasti akan risau. Itu tetap bapa dia. Dari jauh dia sudah nampak mama tiri dia. Lash terus mau masuk ke dalam tapi mama tiri dia halang.
“Lash, doktor belum kasi benar kita masuk.”
“Kau buat apa sama papa saya?”
“Apa saya buat? Saya nda buat apa-apa. It was an accident. Teda kena mengena sama saya.”
“Listen Elena! Kalau ada apa-apa sama papa, saya kasi mati kau. Berambus! Kalau kau mau saya di sini, saya nda mau tengok muka kau.”
Mau nda mau terpaksa juga Elena keluar. Sebab dia tahu husband dia mau jumpa Lash. Dia mengeluh tapi itulah yang dia dapat bila memilih untuk berkahwin dengan suami orang. Selepas beberapa minit Lash berdiri di depan, doktor keluar menemuinya.
“Papa saya macam mana, doc?”
“Syukur, Mr. Renzo baik-baik seja. Tapi…”
“Kenapa, doc?”
“Sebabkan strok, Mr. Renzo disahkan lumpuh separuh badan. Bagian kiri. But still boleh kena rawat lagi. Peluang sembuh tu besar.”
“Saya serah semua sama doktor. Buat yang terbaik untuk papa saya. Pasal kos, jangan risau.”
Selepas doktor pergi dari sana, Lash masuk dan melihat Renzo yang terbaring nda sedarkan diri. Cukup lama dia nda jumpa papanya walaupun rumahnya dengan Renzo tidak jauhpun. Tapi sebab dia benci betul sama Elena, dia sanggup pilih keluar dari rumah Renzo.
“Pa, kalau mama nampak keadaan papa sekarang mesti dia ketawakan papa. This is what we call karma. Tapi nda sepadan sama apa yang papa sama perempuan tu buat sama mama saya. Ini baru separuh.”
Lash begitu benci dengan Elena. Dia masih ingat lagi waktu mamanya dapat tahu hubungan papanya sama Elena. Dia sendiri nampak mamanya merayu supaya Elena kasi tinggal papanya tapi Elena memilih untuk tidak mau lepaskan papanya. Sejak itu kesihatan mamanya mulai memburuk. Mental sama fizikal dia down teruk sampai akhir hayatnya.
“Kenapa papa? Kenapa nda perempuan tu seja yang lumpuh? Atau mati satu kali. Kenapa? Kenapa tuhan sayang betul sama dia?”
Lash bercakap penuh emosi. Dia berharap yang lumpuh bukan Renzo tapi Elena. Perempuan yang sudah merampas kebahagiaannya dan ibunya. Selepas meluahkan apa yang dia pendam, Lash keluar dari sana. Dia pastikan keadaan Renzo baik-baik kemudian dia pergi. Elena melihatnya sambil mengeluh.
“Saya fikir, saya boleh gantikan tempat mama kau, Lash. Saya fikir, saya boleh rasakan kebahagiaan yang mama kau rasa. Saya fikir saya boleh lembutkan hati kau terima saya sebagai mama kau. Saya silap, saya bukan mama kau. God… kalaulah anak saya ada di sini…”
Elena masih mengenang anak yang dia bagi ke rumah anak yatim dulu. Sudah berpuluh tahun tapi terasa macam baru semalam tu kejadian berlaku.
Lorea sibuk ambil gambar selfie. Hujung minggu ni tiba-tiba dia malas mau keluar rumah. Vera senyum tengok tu gaya Lorea. Dia nda sangka pula cepat betul masa berlalu. Tiba-tiba Lorea pindah dekat mamynya dengun tu muncung dia.
“Kenapa muka begitu?” tanya Vera
“Saya anak angkatkah?”
Tiba-tiba Vera tersedak dengar soalan Lorea. Apa nda tiba-tiba tanya soalan begitu. Hairanlah dia.
“Kenapa tanya soalan begitu?”
“Si Lash cakap muka saya teda serupa mamy or dady. Dia bilang saya ni anak pungut.”
“Aik, dia jeles bah itu.” Lega Vera
“Tapi kan, my. Memang muka saya nda serupa sama kamu dua. Muka saya ikut muka siapa?”
Vera diam. Kali ni dia nda tau mau cakap apa. Dijawab takut salah cakap. Nanti cakap serupa ini serupa itu dia mau tengok gambar pula.
“Mungkin betul kau anak angkat mamy oh. Mamy tengok pun macam teda saturang pun serupa sama kau ni. Caaantiiik betul bah.”
Lorea ketawa kena puji cantik. Nasib baik Vera pandai cari jawapan. Kalau nda sampai besoklah tu si Lorea bertanya.
“Betul lah tu saya anak angkat sebab saya cantik, haha! Thank you, mamy.”
“Thanks for?”
“Sebab mengandungkan saya, kasih lahir saya sampai saya besar begini punya cantik.” Balas Lorea memeluk Vera
Seharian di rumah, malamnya Lorea pigi tempat biasa dia sama Bella lepak hujung minggu. Tempat pertama kali dia tenampak Lash. Nda sangka pula si Lash ngam-ngam ada di sana. Tapi dia nda nampak ada Sheryl di sana. Dia mau pigi duduk di meja Lash tapi dia malas kena krik-krik.
“Si Lash bah tu kan?”
“Yup!”
“Kau nda mau pigi sana?”
“Malaslah. Nanti kena bikin tunggul.”
“Hari tu iya-iya mau rampaslah apalah. Kena krik-krik sudah tewaskah?”
Senyum seja si Lorea. Sebenarnya dia nda ada mood time tu. Apalagi dia tengok si Lash macam termenung seja. Malaslah dia mau kasih bangun harimau tidur.
“Pigi kau nyanyi satu dua lagu. Macam galau mas Lash tu. Hiburkanlah buah hati kau tu.” Bilang si Bella
Lorea pun pigi naik pentas lepas tu dia pilih satu lagu. Kebetulan itu lagu yang paling mama Lash suka. Lorea nyanyi sambil matanya melihat Lash di bawah.
“Stop!! I said stop!”
Lash berdiri kemudian dia terbalikkan meja. Botol minuman sama gelas habis bertabur di atas lantai. Lepas tu dia keluar. Lorea yang nampak Lash begitu terus turun dari pentas.
“Bella, tulung saya bayar dulu semua ni.”
Lorea bagi kad kredit sama Bella lepas tu dia berlari pigi luar. Dia nampak Lash tumbuk-tumbuk tu dinding semen. Sakit bah tu kalau di fikir-fikir. Tapi macam nda terasa sama Lash. Lorea pigi tarik tangan Lash tapi si Lash masih juga lepas dia punya perasaan sana dinding.
“Lash, stop it! Kau kasi sakit badan kau sendiri. Stop!”
Lash jeling Lorea. Seram juga si Lorea takut dia kalau dia kena tumbuk oleh si Lash macam dia tumbuk tu dinding. Tiba-tiba dia nampak ada air mata jatuh dari mata Lash. Lorea terus pigi peluk si Lash. Dia nda tau kenapa dia peluk tapi dia Cuma mau tenangkan perasaan si Lash. Masa dia mau kasi lepas pelukannya si Lash balas tu pelukan Lorea buat Lorea terdiam. Erat, kuat lagi tu pelukan si Lash di badannya.
“Lash, are you okay? Mau kongsi sama saya?”

YOU ARE READING
LOREA
General FictionSINOPSIS TAJUK : LOREA PENULIS : ENA ARUN Lorea gadis yang dilahirkan tanpa keinginan ibu bapanya. Lahir pada waktu yang tidak tepat. Kerana kehadirannya tidak diingini, Lorea sejak lahir dihantar ke rumah anak yatim dan ditinggalkan tanpa identiti...