BAB 14
SEMUDAH itu? Semudah itukah Lash lepaskan kata-kata? Langsung dia nda fikir perasaan Dany. Macam mana kalau Dany tau yang dia minta Lorea kasi tinggal Dany? Lorea cepat-cepat pigi tutup tu pintu. Dia nda mau buat salah kali kedua. Dia akui memang dia punya perasaan bahkan dia sendiri belum boleh kasi lupa Lash. Biarpun dia sama Lash nda pernah ada hubungan special tapi apa yang dia rasa ada keistimewaan sendiri.
Ting! Pesanan masuk di handphone Lorea. Ada pesanan dari Dany.
“Di mana? Kenapa nda jawab call?” Dany
“Di rumah. Nda sihat. Sorry..” balas Lorea
“On the way ke sana.” Dany
Lorea nda balas mesej Dany. Dia rasa gerah tu dia punya badan. Mungkin sebab tadi kepanasan di site jadi dia mau mandi kasi segar dia punya badan. Otaknya pun mau refreshing juga. Nda lama lepas dia siap pakai baju, Dany pun sampai. Lorea pigi buka pintu. Sempat dia melirik ke rumah Sheryl yang sudah kena renovate oleh owner barunya. Lorea lepas nafas berat.
“Are you okay? Demamkah?” tanya Dany sambil sentuh dahi Lorea pakai dia punya tangan
“No, kaki saya tepijak paku tadi di site.”
“Jadi kau balik sendiri? Sudah pigi klinik?”
“Sudah tadi Lash hantar. Dia hantar saya sampai rumah juga.”
“Lash? Oh, okay.”
Berubah tu riak muka Dany bila tau Lash hantar Lorea. Cemburu dia sebab Lash yang hantar kekasih dia. Apalagi dia tau Lorea masih suka sama Lash. Lain tu dia punya perasaan.
“Dany…”
“Kamu dua okay sudah? I mean, hari tu bertengkar kan. Boleh pula dia pigi hantar kau.”
“Dany, kau cemburu ka ni?”
“No, I just… cepat juga berbaik?”
“Look, kita ada kerjasama dan kita mesti profesional. Nda kan mau bawa hal peribadi dalam kerja?”
Dany angguk. Tu tangan dia pigi silik-silik kaki Lorea yang kena paku. Nampak macam dalam juga paku tu masuk. Kesian pula dia sama Lorea. Kasi lupalah dulu cemburu. Dany pigi bikin air kopi lepas tu durang duduk minum di ruang tamu. Sambil bercerita, durang main handphone. Dany pigi tengok status whatsapp di handphonenya. Tiba-tiba ada pula dia nampak staff di bahagian site pigi buat status Lash dukung Lorea. Nda boleh sudah dia tahan tu cemburu dia. Terus dia kasi tunjuk sama Lorea tu video.
“So sweet bah durang.”
Terkejut juga Lorea tapi tu muka merah Dany lain macam sudah dia tengok ni. Cemburu campur marah sudah dia. Terus Lirea ambil tu handphone kasi letak tepi.
“Dan, dia Cuma tolong saya. Saya sama Lash memang nda ada apa-apa. Kau tau jugakan dia selalu reject saya? Nda kan lah dia mau sama saya.”
“Tapi dia sudah kasi putus Sheryl. Why so sudden? Tiba-tiba seja dia kasi putus. Lepas tu saya nampak video kamu begini, kau rasa? Saya cemburu? Yes! Saya cemburu!”
Dany berdiri terus keluar. Terinjut-injut Lorea kejar Dany sampai pintu tapi sia-sia juga sebab Dany nda peduli. Lorea tinggal menengok dari pintu Dany pergi. Dia pun nda sangka ada pula staf yang pigi record video tadi.
Dany balik sama tu muka yang tegang betul. Kebetulan lagi ada Lash di sana bercerita sama Renzo. Renzo panggil Dany duduk sama durang tapi Dany nda peduli.
“Dany! Papa panggil tu kan?”
“Why? Tiba-tiba jadi anak baik pula ni hari? Oh, ada yang bikin happy bah suda kan? Saya lupa pula kau cari hiburan sama gurlfriend saya di site tadi kan?”
Lash berdiri bila dengar Dany cakap dia cari hiburan sama Lorea. Dia nda boleh terima apa lagi Dany cakap macamlah Lorea buat benda yang salah.
“Kau cakap apa? Saya cari hiburan? Habis tu kau fikir Lorea tu perempuan penghiburkah?”
“Bermesra sama girlfriend saya, tu sikap seorang abangkah?”
Renzo berdehem terus Lash berenti sebab dia nda mau begaduh sama Dany depan papa dia. Lash tahan dia punya marah terus dia keluar. Tapi Dany yang sudah tebakar cemburu terus kejar Lash ke luar rumah. Dia tarik baju Lash terus kasi penumbuk di pipi Lash.
“Kenapa kau ni? Gila sudahkah?”
“Saya kasi warning sama kau. Saya nda mau tengok kau dekat dekat sama perempuan saya. Kau fahamkah?”
“Kalau saya nda mau? Kau mau buat apa?”
“Kau jangan menyesal. Jangan cakap saya teda kasi warning.”
Dany berjalan masuk, Lash kasi lap darah di bibirnya sambil senyum.
“Lorea cintakan saya, bukan kau.” Lash senyum
Mula sudah durang berebut sama Lorea. Dany dengar seja itu keluar dari mulut Lash terus balik mau pigi tumbuk Lash tapi ni kali Lash lagi punya giliran pigi punch tu bibir Dany. Elena ngam-ngam balik terus pigi kasi lerai durang dua. Tapi dia pula kena tulak oleh Lash.
“Jangan sentuh sayalah, perempuan sundal!”
Lepas seja dia tolak Elena terus dia pigi masuk keretanya. Dany pigi kasi bangun Elena yang masih duduk di lantai. Elena diam seja biarpun sebenarnya sakit juga dia kena tolak tadi.
“Mama okay?”
“Ya, im okay. Kenapa kamu dua gaduh?”
“teda apalah, ma. Jomlah kita masuk ke dalam.”
Dany nda mau bagitau Elena masalah dia sama Lash. Nda mau membebankan mama tirinya. Cukup sudah beban yang Elena tanggung. Biar dia sendiri yang kasi selesai masalah dia sama Lash.
Elena masuk ke dalam, dari tadi dia tahan seja tu airmata dia. Masuk bilik seja terus dia kasi lepas semua sedih dia. Esak-esak dia menangis. Bukan Cuma sakit hati, kecewa rasa tertindas semuanya becampur sudah.
“Tuhan, masih adakah sisa dosa saya sampai kan semua derita kau bagi sama saya? Balaslah! Balas jangan kasi sisa sedikitpun. Supaya saya boleh bahagia di akhir umur saya.”
Lash berdiri betul-betul depan pintu rumah Lorea. Lorea intai dari lubang lepas tu dia nampak Lash sama dia punya bibir yang bedarah pun terus buka pintu.
“Astaga, kenapa sudah kau ni?” bilang Lorea sambil tu tangan pigi tarik Lash masuk ke dalam
Dia ambil tuala basah lepas tu dia lap tu bekas darah. Pecah juga bibir si Lash kena tumbukan Dany. Maklum sejalah dua-dua pun badan maskulin jadi boleh bayang sudah kan hasil pukulannya macam mana?
“Saya gaduh sama Dany.”
Lorea terus berenti. Dia pandang tu muka Lash sebab dia tau mesti punca sebab dia.
“Because of me?”
“Hm.” Jawab Lash pendek dengan anggukan
“Kamu dua gila sudahkah? Nda kan sebab saya kamu mau begaduh adik beradik?”
“Kenapa? Nda boleh? Habis tu apa yang boleh?”
“Kau tau kan saya sama dia sekarang?”
“Ya, I know.”
“Then why kau tetap mau begaduh sama dia?”
“Cause Im in love with you.”
Tercengang Lorea kena jawab begitu. Dia nda nampak Lash mau prank dia ni kali. Nampak serius betul tu muka Lash masa cakap perasaan dia. Tiba-tiba bell bunyi. Lorea simpan towel ke tepi lepas tu dia pigi intai siapa yang datang.
“Dany?”
Lorea panik terus dia sama Lash saling betengok. Nampak betul tu muka ketakutan dia depan Lash bila dia nampak Dany sana depan pintu rumah dia.

YOU ARE READING
LOREA
Fiksi UmumSINOPSIS TAJUK : LOREA PENULIS : ENA ARUN Lorea gadis yang dilahirkan tanpa keinginan ibu bapanya. Lahir pada waktu yang tidak tepat. Kerana kehadirannya tidak diingini, Lorea sejak lahir dihantar ke rumah anak yatim dan ditinggalkan tanpa identiti...