BAB 16

0 0 0
                                    

BAB 16




TERKEJUT kena lamar tiba-tiba, Lorea terus berdiri. Lash pun tahan perasaan seja depan semua orang. Lorea tengok keluarga Dany yang ada di sana lepas tu dia tengok Lash. Lorea mau senyum tapi nda boleh sebab dia terkejut betul. Dany nda ada cakap pun yang dia mau lamar Lorea. Tiba-tiba hari ni bawa makan malam sama family terus lamar Lorea.

“Dany, what is it? Kenapa tiba-tiba?” bilang Lorea
“Why? Saya suka kau, kau suka saya. Nda ada yang tiba-tiba.”
“Kita baru kenal, Dan. Tiba-tiba mau kawin? Can we talk in private?”

Dany angguk lepas tu dia bawa Lorea ke luar. Lebih selesa durang bercakap di sana tapi mata Lash masih memerhatikan tingkah durang berdua.

“Dany, kau patut tanya saya dulu sebelum kau lamar saya. Lagipun kita masih proses saling kenal. Kenapa terburu-buru?”
“Saya nda mau ada yang masuk jarum, Lorea. Bila kau jadi bini saya bermakna teda siapa boleh rampas kau dari saya. Buat apa mau kenal lagi, kita sudah besar bah. Boleh tentukan pilihan sendiri.”
“You are right. Kita sudah besar boleh buat pilihan sendiri. Saya pilih untuk tidak kawin sekarang.”
“Sebab Lash kan?”
“Dany..”

Lorea nda sangka Dany cakap begitu sama dia. Sedangkan dia sama Lash sudah lama nda jumpa.

“Kau cakap apa ni, Dany? Saya sanggup kasi lepas kerjaya saya sebab saya mau jaga hati kau. Jaga kita punya hubungan, kenapa kau cakap saya tolak lamaran ni sebab Lash?”
“That day, kau fikir saya nda tau ada Lash di rumah kau? Saya nampak bekas tuala berdarah di meja kau. Saya bukan buta! Itu yang saya nampak, kalau saya nda nampak? Jangan-jangan kamu dua sudah…”

Pap!!!

“We’re done! Its over!”

Lorea terus keluar. Kecewa betul dia sama Dany. Lash tengok Lorea keluar dia pun berdiri tapi bila dia sampai luar teda sudah Lorea di depan. Lash masuk kereta, start enjin terus keluar dari sana. Dia nampak Lorea berjalan di tepi jalan dalam gelap. Dia kasi slow kereta lepas tu dia panggil Lorea.

“Lorea, masuk!”
“No!”

Lorea tetap bejalan nda dia peduli Lash sana hon-hon dia. Lash kasi berenti kereta lepas tu dia turun dari kereta. Bila Lorea nampak Lash turun dia terus berlari. Sama dia punya airmata yang jatuh terus tu memang macam dalam drama korea sudah.

Lash tarik tangan Lorea tapi Lorea terus kasi dia tamparan. Biarpun gelap dia tau Lorea menangis sebab dengar tu esakan si Lorea.

“Lega? Kalau belum tampar lagi sampai kau puas.”

Lorea pun kasi lepas dia punya sakit hati, dia tumbuk, tendang, gigit Lash sampai dia puas. Sikit pun Lash nda mengadu sakit biarpun sebenarnya memang sakit. Sampai Lorea berenti sebab penat.

“Sudah? Bah mari saya hantar kau pulang.”
“Nda mau. Saya balik sendiri.”
“Malas saya ni mau pujuk-pujuk. Kau mau naik kereta saya kah nda?”
“Tidak!”

Lash mengeluh lepas tu dia terus cempung badan Lorea dia bawa pigi keretanya. Dia sumbat seja masuk dalam si Lorea. Sempat juga si Lorea melawan tapi tolak seja dia oleh Lash.

“Kalau kau keluar, saya langgar kasi mati kau atas jalan. Duduk diam-diam!”

Lorea terus tunduk. Dua-dua kakinya dia kasi naik atas bangku lepas tu muka dia dilututnya. Menangis lagi dia sebab dia nda boleh terima apa yang Dany cakap sama dia. Biarpun sebenarnya betul tapi Dany nda patut cakap begitu. Semua orang ada kesilapan. Bezanya mau kasi betul atau tidak seja.

“Saya nda mau balik.”
“Jadi kau mau ke mana?”
“Bawa ja la pigi mana-mana. Saya nda mau balik rumah sebab Dany mesti cari saya sana.”
“Bah, kalau begitu kau ikut saya.”

Lorea angguk seja. Tapi Lash nda bawa dia pigi rumah Lash. Lash bawa Lorea pigi airport lepas tu dia beli dua tiket. Dia tengok Lorea yang duduk tunggu dia. Dia faham Lorea perlukan masa untuk besendiri. Jadi dia pun mau bawa Lorea pigi tempat yang dia boleh sendiri dan nda kena ganggu.

“Give me your phone.”

Lash kasi off dia punya phone sama Lorea punya satu kali. Dia kasi masuk dalam poket dia lepas tu durang pigi check in sebab kena panggil sudah masuk kapal.

“Kau nda mau tanya kita mau pigi mana?”

Lorea geleng seja. Lash kasi betul rambut Lorea lepas tu dia genggam tangan Lorea masuk ke balai berlepas. Sampai di destinassi yanh dituju, barulah Lash kasi bangun Lorea dari tidur. Sebab durang naik bas lagi pigi Semporna. Sudah sampai, checik-in hotel semua penuh. Mau nda mau terpaksa durang ambik homestay seja.

“Kau tidur di bilik, saya di ruang tamu seja. Kasi bangun ja saya kalau kau mau apa-apa.”

Penat juga dia rasa apalagi dari tadi sendiri seja dia becakap. Lash baring nda sedar dia tertidur. Lorea keluar dari bilik dan nampak Lash sudah tertidur. Lorea duduk di tepi pintu bilik lepas tu dia menangis lagi balik.

Kali ni dia ingat pasal apa yang dia dengar beberapa hari lalu. Jelas di telinganya dengar namanya disebut oleh Vera. Sayup-sayup terdengar ditelinga Lash suara tangisan Lorea. Dia buka mata lepas tu dia nampak Lorea di sebelah pintu bilik. Laju dia pigi dekat Lorea. Pigi sapu tu air mata Lorea. Dia nda tau apa yang menyakitkan betul hati Lorea.

“Kenapa ni? Look at me, Lorea. Cerita sama saya supaya saya boleh tolong kau. Dany ada buat apa-apa sama kau atau ada cakap yang bukan-bukan?”

Geleng seja Lorea tapi air matanya banjir sudah. Lash pun peluk lagi Lorea. Nda ada yang boleh kasi tenang seseorang yang memerlukan pelukan kecuali sebuah pelukan.

“Saya sudah tolak lamaran Dany.”
“What? Kenapa?”
“Saya nda rasa saya layak untuk dia.”
“Sebab saya?”
“No, sebab saya anak haram. Saya teda identiti.”
“Maksud kau? Saya nda faham. Habis tu Edward?”
“Saya anak angkat seja, Lash. Anak pungut… huuuu.”

Lorea cerita apa yang dia dengar sama Lash. Lorea insecure sama dia punya status sekarang. Bahkan depan Lash pun dia macam malu sudah. Tapi Lash kasi yakin Lorea yang dia nda akan berubah.

“Orang lain mungkin akan rasa kau hina. But for me, kau tetap Lorea nda akan pernah berubah.”
“Bawa saya jauh dari sini, Lash. Please…”
“Saya janji bawa kau jauh dari sini. Tapi bolehkah saya kasi selesai satu hal sebelum tu? Bagi saya masa sikit.”
“Janji?”
“Saya janji. Tapi ingat, kalau kau mau tengok orang di sekeliling kau happy, you must find your happiness first. Jangan peduli apa orang lain cakap. Jangan biar hati kau sakit.”

Mereka saling berjanji. Lash juga berjanji bantu Lorea cari ibu kandung Lorea selepas dia selesaikan pencarian anak kandung Elena. Tanpa dia ketahui, mereka mencari maklumat orang yang sama.

LOREAWhere stories live. Discover now