BAB 10
LOREA tarik nafas lepas tu dia senyum sama Sheryl. Sebenarnya sakit bah hati Lorea kena tolak. Banyak sudah usaha dia mau pikat hati Lash tapi masih juga kena tolak. Tambah lagi sakit hati dia bila si Sheryl buat muka mengejek di depannya.
“Im okay. Kalah menang memang ada bermain kan. Tapi, saya risau satu ja. Macam mana tu ah kalau Lash tau kekasih hati dia ni, curang sama datuk tua bangka. Mesti dia kecewa sebab kalah sama orang tua yang bau tanah sudah. Better you hati-hati la ah.”
“Meh? Saya mau kawin sudah bah. Apa saya mau takut?”
“Anjing, kau bagi daging segar dia tetap suka pigi cium bangkai. Bye!”
Sheryl macam mau pigi tarik seja rambut Lorea bila kena kasi sama dengan anjing. Nasib dia nda mau bikin masalah depan Lash. Masa dia mau masuk balik pigi bilik Lash, Dany datang kena kasi limpas seja dia. Lash nampak Dany masuk terus berubah muka dia.
“Kau mau apa?”
“What is this, Lash?”
“Oh, surat serah jawatan sama semua yang memang hak milik kau. Kenapa?”
“Otak kau mana? Mama sama papa kasi besar kita hantar belajar tinggi-tinggi sebab mau kita jadi penerus ni empayar. Kau mau tarik diri? Ini impian mama, Lash! Kita sama-sama kasi maju ni company. Kecewa oh mama sama kau kalau dia ada sama kita sekarang.”
Sheryl tergamam bila tau Lash sudah bagi surat hitam putih penyerahan kuasa dan juga hak milik sama Dany. Dia nda mau start dari bawah balik. Lash gila sudah kali, dia fikir.
“Saya mau hidup baru, Dan. Saya mau tenang. Selagi saya di sini, saya nda akan boleh kasi lupa apa yang jadi sama mama kita. I cant!”
“Lash, mama pernah pesan sama kita dulu. Dendam sama benci ni ibarat kentang. Di bawa berat, makin lama makin busuk. Solusinya, buang kentang tu. Buang dendam sama benci tu, Lash.”
Lash geleng kepala. Bukan mudah dia mau kasi lupa semuanya. Dia kasi salah bapa dia seratus persen atas kematian mama dia. Punca utamanya adalah Elena. Dany pun keluar lepas gagal pujuk abang dia. Sheryl pula yang dari tadi tahan-tahan tu rasa penasaran terus bertanya sama Lash.
“Kenapa kasi lepas hak sendiri, Lash?”
“Saya sudah cakap, kita mula dari bawah. Saya yakin saya boleh naik cepat. Don’t worry, okay?”
“Nda bah. Maksud saya kenapa mesti kau yang keluar dari keluarga kau sendiri? Kenapa bukan mama tiri kau? Kenapa kau? Nda boleh saya terima keputusan kau. Kita sudah selesa begini, kenapa kita yang mengalah?”
Renzo tengok Elena yang banyak betul bediam daripada becakap kebelakangan ni. Nda macam biasa, hari ni langsung nda bercakap sama dia.
“Yang.. Ada masalah?”
Elena geleng kepala dia. Terus ja dia kasi potong buah untuk Renzo. Sebenarnya, Elena banyak hari sudah pigi cari tau pasal anak dia. Dia macam teringin betul mau jumpa, mau tau keadaan anak dia sekarang.
“Saya kenal kau, yang.. Kasi tau saya apa masalahnya? Kita kasi selesai sama-sama. Lash?”
“No, saya nda ada problem sama dia. Saya penat seja kali. Urus papa sini, urus rumah lagi. Lain lagi kerja luar. Im so tired.”
“Im so sorry, sayang.”
“Selama papa sakit, teda kasi hibur hati saya ni. Kalaulah anak saya…”
“Cukup! Kasi lupalah pasal dia.”
“How? Papa okaylah, ada Lash sama Dany. Saya? Kurang lagikah saya berkorban selama ni? Saya sanggup kasi buang rahim saya sebab papa minta saya buang sebab Lash nda mau ada adik dari rahim saya. Kurang lagikah tu?”
“Saya nda mau kau cari dia. Jangan, sayang. Kalau kau sayang anak tu, jangan sampai Lash tau dia wujud dalam dunia ni.”
Ternyata Lash dari tadi berdiri di depan pintu mendengar cakap durang dua. Lash genggam dia punya tangan. Dia tadinya mau melawat Renzo bertukar jadi marah. Kalau dia nda datang tadi, dia nda akan pernah tau yang dia ada adik haram dari perempuan yang dia paling benci.
Lash call Dany lepas tu dia bagitau yang dia tarik balik apa yang dia cakap tadi. Dia akan tetap berada dalam company keluarga durang. Dia nda mau Elena bawa anak kandungnya dan rampas semuanya dari dia. Dia nda akan kasi biar itu jadi.
‘Kau mau main sama saya? Apa lagi yang kau sembunyi, Elena? Saya nda akan biar kau jumpa anak kau. Kalau kau jumpa pun, saya pastikan yang kau jumpa Cuma mayat seja!’
Ini hari Lorea janji mau kasi jawapan sama Dany. Biarpun dia belum lagi boleh kasi lupa Lash tapi dia nda akan kasi sia-sia peluang yang dia ada. Malas berharap sama orang yang nda pernah sudi. Tapi doa juga masih ragu juga sama Dany.
“Kau rasa saya patut terima atau tolak ah?” bilang Lorea
“Kau pernah juga dengar pepatah orang melayukan? Tak kenal maka tak cinta. Saya rasa kau kenal dulu dia punya hati budi. Dia faham juga tu maksud kau nanti.” Bilang si Bella
“Betul oh apa kau cakap. Nda payah terburu-buru. Menyesal nanti kalau sakit hati.”
Lorea pun pigi whatsapp Dany. Mau jumpa dia tapi Dany bilang dia hantar bapa dia. Nda lama lepas Dany wahtsapp ada pula yang pigi tekan bell pintu Lorea. Rupanya si Dany sana depan pintu.
“Aik, kau cakap hantar uncle balik rumah. Kau prank saya ka ni?”
“Nda lah. Papa saya bilang satu kali jalan seja. Jom lah, teman saya hantar papa lepas tu kita jalan.”
“Malu saya, Dany.”
“Bapa saya urang bukan singa tu.”
“Bah, yala. Tunggu sekejap.”
Lepas tu durang turun sama-sama. Dany buka pintu untuk Lorea sebab Dany bawa pemandu jadi terpaksa Lorea duduk di belakang sama Renzo. Dia masuk seja Renzo tenung dia ni. Dia pun sapa Renzo sambil senyum.
“Pa, nama dia Lorea. Bakal bini saya tu, kalau nda kena reject lah.”
“Dany.. Jangan cakap begitu bah.” Bilang Lorea separuh berbisik
“Cantik..” bilang Renzo
Tapi dia masih melirik-lirik Lorea. Sampai di rumah, Renzo suruh Lorea ikut masuk. Nda mau menolak, Lirea pun ikut masuk ke dalam. Ada Elena yang sudah menunggu durang dari tadi. Nampak seja ada Lorea, Elena terus senyum lebar. Bukan Renzo yang dia sambut malah Lorea yang dia peluk.
“Ada pula kau ikut. Duduk dulu. Dany bawa dulu Lorea duduk. Nanti mama kasi bikin air.”
Dany senyum sama Lorea. Nda payah susah-susah dia kasih kenal-kenal ni sebab Lorea kena kenal pula sudah. Dany tolak kerusi roda Renzo ke ruang keluarga baru durang bertiga duduk di sana.
“Edward sibuk ka sekarang ni?” tanya Renzo
“Iya uncle. Dady sibuk, lagipun kan dia ada kerjasam dengan Lash. Projek durang tu memang banyak ambil perhatian.”
“Uncle macam familiar sama kau ni bah.”
“Kenapa uncle?”
“Macam kenal lama pula.”
Lorea senyum seja. Perkataan sama pernah Elena cakap sama dia. Lepas durang keluar, Elena tolak Renzo masuk ke bilik. Renzo masih ingat- ingat muka Lorea.
“Kenapa saya tengok Lorea, macam muka kau dulu-dulu?”
Elena terus tengok Renzo sebab bukan Cuma Renzo seja yang rasa begitu. Dia sendiri macam tengok cermin bila bedepan sama Lorea.

YOU ARE READING
LOREA
Narrativa generaleSINOPSIS TAJUK : LOREA PENULIS : ENA ARUN Lorea gadis yang dilahirkan tanpa keinginan ibu bapanya. Lahir pada waktu yang tidak tepat. Kerana kehadirannya tidak diingini, Lorea sejak lahir dihantar ke rumah anak yatim dan ditinggalkan tanpa identiti...