BAB 8

0 0 0
                                    

BAB 8




ELENA meniup lilin yang menyala di atas sebuah kek kecil tertulis ‘happy birthday mygirl’ kerana hari itu adalah hari kelahiran anaknya. Biarpun suda bertahun-tahun berlalu nda pernah dia lupa untuk raikan hari kelahiran anaknya kerana dia tahu anaknya sekarang mesti bahagia. Doa seja yang dapat dia kirim untuk anaknya.

“Di mana pun, apapun yang anak mama buat sekarang ni mama doakan anak mama selalu dalam rahmat tuhan.”

Lorea kebetulan ada di sana dan dia nampak apa yang Elena buat. Nda tau kenapa tu hati kuat betul mau pigi dekat sama Elena. Dia pun pigi dekat Elena dan menegurnya.

“Hai, auntie!”

Elena tengok Lorea lepas tu dia senyum

“Hai, kawan Lash bah kan. Duduk! Duduk!”
“Thank you, auntie. Sendiri seja kah ni? Harijadi auntie kah?”
“Eh, bukan. Hari ni hari jadi anak perempuan auntie.”
“Iyakah? Bah mana dia?”

Elena tiba-tiba muram. Tu muka sedih betul. Dia tunduk nda tau mau jawab apa sama soalan Lorea. Lorea sedar soalannya macam ada yang salah terus dia pigi pigang tu tangan Elena.

“Saya salah cakapkah auntie? Saya minta maaf.”
“No, its okay. Auntie Cuma rasa bersalah tiap kali ada yang tanya soalan begini.”
“Why? Auntie mau kongsi sama saya?”

Cukup lama dia pendam sendiri apa yang dia lalui. Dia perlukan seseorang untuk berkongsi rasa. Elena pun ceritalah apa yang terjadi dari awal. Biarpun Lorea sempat sakit hati dengar tu cerita Elena tapi bila tau yang Elena nda pernah bahagia pun selama ni dia terus kesian. Apalagi bila Lash dan Dany rupanya sangat membencinya. Patutlah Lash marah betul hari tu sama dia.

“Teda siapa tau pasal ni? Lash nda tau kah dia ada adik perempuan?”
“No, jangan sampai dia tau. Kalau dia tau, nda tau lah apa yang dia buat sama anak auntie. Sedangkan hidup auntie dia buat macam dalam neraka. Dia benci semua yang berkaitan sama auntie.”
“God! I feel you, auntie. Tapi kita nda boleh kasi salah Lash juga. Sebab mama dia pun mangsa dan dia pertahankan apa yang sepatutnya hak dia.”
“Ya, auntie tau juga. Auntie nda pernah rampas apa-apa. Auntie Cuma jatuh cinta sama orang yang salah. Auntie akun, auntie yang salah.”

Lorea memeluk Elena. Ada rasa sesuatu saat mereka berpelukan. Rasa yang kuat! Lain dari saat dia dipeluk Vera. Lorea yang tadi mau pulang rasa mau berlama-lama duduk sama dengan Elena. Durang bercerita sambil ketawa. Rasa rindu Elena terlepas juga lepas memeluk Lorea. Andai seja dia tau siapa Lorea sebenarnya..

Dari tadi Sheryl menunggu di depan pagar Lash. Nda lama dia nampak Lash masuk terus dia ikut masuk. Lash langsung nda peduli sama dia.

“Lash, dengar dulu bah apa saya mau cakap.”
“Apa? Alasan apa lagi? Apa yang saya nampak nda cukup jelas?”
“Lash, saya dengan Dato’ tu ada event sama satu kru. Bukan kami dua seja yang ada sana. Saya Cuma tekejut kau ada sana sebab saya belum on phone tiba-tiba nampak kau ada sana.”

Lash diam. Mau percaya atau nda? Dia sudah malas. Terlampau banyak alasan yang selalu dia dengar. Dia putar tengok Sheryl. Dia pun masih sayang hubungan durang dua. Dia penat kalau mau mula dari awal balik. Kenal orang baru bukan senang.

“Kenapa kau nda infom saya kau sudah balik? Penting sangatkah tu event dari saya? Nda bah tu sampai 1jam kalau kau mau call saya atau pun sms saya.”
“Saya tau. Saya salah saya akun. Im so sorry, Lash. I love you. Maafkan saya?”
“Last ni ah, Sher. Kau buat lagi saya nda kasi muka sudah. Nasib saya sayang ni kita punya relationship bah.”

Terus Sheryl pigi peluk Lash. Dapat juga dia pujuk si Lash. Keputusan dia nda mau jumpa Lash dua hari ni tepat. Kalau dia kejar hari tu mesti Lash nda akan kasi dia peluang.

“Lash, saya mau bilang something sama kau.”
“Apa tu?”
“Saya ready sudah mau kasi lepas kerjaya saya. Lets get married?”

Macam nda percaya dia apa yang dia dengar. Tapi memang itu juga yang dia tunggu selama ni. Hubungan antara dia sama Sheryl masih belum ada penghujungnya. Bila Sheryl sudah berani cakap sanggup kasi lepas dia punya kerjaya, maksudnya dia dan Sheryl akan berkawin.

“Lepas ni kau ikut saya. Saya mau kau jumpa papa saya.”
“Really? Betul saya boleh jumpa papa kau?”
“Hm, macam mana pun dia tetap papa saya.”

Sheryl senyum lebar. Selama dia bertunang dengan Lash dia nda pernah sekalipun jumpa keluarga besar Lash. Lash selalu bagi alasan seja tiap kali Sheryl mau ke rumahnya. Lash sama Sheryl ke hospital sebab Renzo masih berada di bawah pantauan doktor. Masuklah durang ke dalam. Renzo Cuma senyum nampak Lash di sana.

“Papa okay?”

Renzo angguk tapi nda boleh bercakap sebab dia lumpuh separuh badan menyebabkan dia susah bertutur macam biasa.

“Saya datang mau minta restu papa. Saya mau kawin sama Sheryl.”

Sheryl angguk lepas tu dia tunduk sedikit tanda hormat sama Renzo. Dia terkejut juga bila tau bapa Lash lumpuh tapi itu bukan urusannya. Renzo angkat tangannya pelahan lepas tu dia pegang tangan Lash tapi Lash menepisnya pelahan.

“Lash… restu papa selalu… sama anak-anak papa.”
“Thanks. Tu seja saya mau cakap. Saya balik dulu.”
“Lash… Lash…”

Lash nda peduli tu panggilan Renzo. Dia sampai depan pintu rupanya ada Dany dari tadi di sana. Dany menghalang dia sebab dia mahu bercakap sama Lash.

“Papa panggil tu kan. Nda boleh kah stay lama sikit seja. Kau nda ada masa untuk papa, tapi untuk perempuan ada pulak.”
“Hidup saya, bukan urusan kau.”
“Respect him, Lash!”
“Dany!” Renzo bersuara

Tapi kedua anaknya nda peduli.

“Layakkah? Saya nda rasa dia layak. Kau lainlah anak kesayangan dia. Mesti kau backup dia. Saya? Dari kecil kena kasi beza. Bila besar saya dapat tau dia khianat cinta mama. Layak kena hormatkah lelaki macam tu?”
“Kau bolehkah matang? Kalau Mama tengok ni mama pun nda suka. Kau lupakah apa mama pesan? What ever happen, papa tetap papa. Nda bolehkah kau kasi lupa apa yang auntie Elena buat? Kasi maaf papa.”
“No! Jangan harap. Saya nda akan pernah lupa apa yang durang buat sama mama. Never!”

Lash keluar sambil Sheryl mengejarnya dari belakang. Sampai di kereta Lash memukul stereng keretanya. Sakit betul hatinya. Senang betul Dany mau kasi maaf Elena. Tapi dia nda mungkin. Selagi darahnya masih mengalir dia nda akan lupa apa yang jadi sama mamanya dulu. Semua sebab Renzo dan Elena.

“Lash, apa bah jadi sama kau punya family ni? Kenapa saya nda tau apa-apa?”
“Kau nda perlu tau sebab kita nda akan jado sebagian dari durang.”
“Maksud kau?”
“Lepas kita sudah kaein, saya kasi lepas semua tanggungjawab saya sama Dany. Semua yang saya ada sekarang saya nda akan bawa dalam hidup kita nanti.”
“Maksudnya kita nda ada apa-apa gitu?”
“Sher, kita mula dari bawah. Support saya, okay?”

Sheryl hanya senyum. ‘Mula dari bawah? Kau fikir saya kenyang makan cinta? Saya boleh beli apa saya mau pakai kau punya cinta?’

LOREAWhere stories live. Discover now