BAB 18

0 0 0
                                    

BAB 18




NAMPAK seja gambar Lorea, hal pertama yang Elena terfikir adalah hubungan Lorea sama Dany. Kalau betul Lorea anak kandungnya bermakna Lorea sama Dany adik beradik. Elena cepat-cepat kasi masuk balik tu gambar dalam sampul lepas tu dia simpan di bawah karpet keretanya. Sekarang Dia tau sudah kenapa Rosela selalu ada bila ada Lorea. Rupanya ini sebabnya.

Hari tu, Elena sengaja bawa Lorea keluar. Dia mahu kasi habis waktu bersama anaknya buat pertama kali walaupun Lorea nda tau yang dia tu ibu kandungnya. Bagi Elena, yang penting dia tau semuanya. Elena pandang, tatap wajah Lorea. Betul apa Renzo cakap, Lorea memang mirip muka Elena.

“Wow, specialnya dinner kita ni malam auntie. Ada apa-apa ka ni?”

Tiba-tiba Elena peluk Lorea kuat-kuat. Dia cium pipi Lorea. Lorea pun hairan kenapa Elena buat begitu tapi apa yang ada di kepala Lorea masa tu adalah, mungkin Elena rindukan anaknya.

“Auntie rindukan anak auntie?”
“Sangat. Saya harap dia ada sama saya sekarang.”
“Its okay, auntie boleh anggap saya anak auntie.”
“Thank you, sayang.”
“Saya pun rindukan mama kandung saya.”

Kata-kata itu buat Elena tersedak. Cepat-cepat dia minum air lepas tu dia tengok balik muka Lorea.

“Mama kandung? Habis yang sekarang jaga kamu siapa?”
“Mama angkat seja. Tapi dia sayang saya. Saya tau sebab saya nda pernah rasa saya ni anak angkat selama ni.”
“Mama kandung kamu mana sekarang?”
“Kalaulah saya tau, auntie… Apa yang saya tau Cuma satu, dia sudah buang saya. Kenapa dia buang saya?”

Elena usap rambut Lorea.

“Teda saturang ibu dalam dunia ni yang nda sayang anak dia. Apa seja yang dia buat, mesti ada sebab. Sama ada demi anak dia atau demi diri dia. Kalau nanti kau dapat jumpa mama kandung kau, apa kau mau cakap sama dia?”
“Mama… I miss you…”

Elena nda tahan sudah dia punya airmata. Cepat-cepat dia berdiri pigi bilik air. Lepas dia kasi keluar semua airmata baru dia keluar. Masa tu dia nampak Lorea sama Lash. Tatapan durang dua lain sangat. Nda sama dengan Dany.

“Tuhan, macam mana saya mau bagitau durang? Macam mana saya mau bagitau yang durang adik beradik?”

Lash nampak Elena dari jauh terus dia berdiri.

“Saya tunggu di rumah. Don’t be late, okay?”
“Okay. Hati-hati drive tu.”

Elena duduk dengan dia punya muka yang nda macam tadi. Lorea pun tegur dia sebab tiba-tiba nampak macam lain seja.

“Auntie okay? Don’t worry, Lash nda cakap apa-apa tu.”
“Bukan kau sama Dany kah?”
“Oh, nda sudah auntie. Sebab, ada sebab dia lah. Dany pun faham juga tu nanti kenapa.”
“Kenapa nda cari lelaki lain, kenapa Lash?”
“Kenapa auntie?”
“Maksud auntie, nda kah nanti kamu bertiga awkward sebab Dany ex-boyfriend kau. Tiba-tiba kau sama abang dia pula.”
“Saya sama Lash nda akan berpisah sebab awkward. Dia sudah janji sama saya, dia mau bawa saya pigi jauh dari sini lepas dia kasi selesai satu urusan terpenting dalam hidupnya.”

Elena senyum kelat. Cara Lorea cakap pasal Lash nampak sudah dia betul-betul serius sama hubungan durang dua. Ketakutan Elena semakin bertambah bila Lorea memilih Lash. Macam mana kalau Lash tau siapa Lorea?

Malamnya Lorea tunggu Lash di rumah tapi Lash nda datang-datang. Dia cuba call tapi sama juga nda dapat. Lash tiba-tiba hilang begitu seja. Nda ada yang tau dia ke mana sebab dia nda pernah update apa-apa sama familynya. Nda pernah Lash buat begitu. Dia bukan hilang Cuma satu malam tapi beberapa hari.

“Kau pigi mana? Kau janji sama saya kau nda akan kasi tinggal saya. Kenapa tiba-tiba hilang? Kau pun sebenarnya nda boleh terima saya kan?”

Tiba-tiba Lorea rasa dia macam bodoh seja sebab percaya betul sama Lash. Bila Lash tiba-tiba hilang, baru dia sedar sebenarnya Lash mau kasi senang dia punya hati seja. Lorea nda keluar dari rumah berapa hari tu. Nda mau jumpa keluarganya juga. Dia Cuma mau bersendiri seketika. Dany datang untuk tengok Lorea punya keadaan.

“Buka pintu, Lorea.”

Dengar suara Dany akhirnya Lorea pun buka pintu. Lepas tu dia duduk balik di sofa. Dany pun ikut duduk sama dia juga.


“Saya dengar Lash tiba-tiba hilang. Are you okay?”
“Kau rasa?”
“Mungkin dia ada urusan yang dia nda boleh kongsi sama kau. Nanti dia baliklah.”

Dany cuba pujuk Lorea. Tapi Lorea betul-betul sakit hati di biarkan beberapa hari langsung nda kasi khabar biarpun Cuma satu mesej. Dany pigang tangan Lorea lepas tu dia cakap lagi.

“Saya masih cintakan kau, Lorea.”
“Dany kalau kau datang sebab mau ambil kesempatan seja bagus kau balik. Saya nda perlukan kau.”

Lorea halau Dany keluar. Nda lama lepas tu Lorea dapat satu pesanan. Ada gambar Lash sedang tidur sama satu perempuan. Gambar pertama nampak nda jelas tapi bila dapat gambar ke dua barulah nampak jelas yang Lash tidur sama siapa. Lorea terus call nombor Lash dan nda lama kena jawab.

“Sheryl? Apa kau buat sama Lash?”
“Surprise! Lorea, kau sangka saya mau kasi biar seja Lash sama kau? No! Saya mungkin nda boleh buat balik sama saya. Tapi saya boleh buat dia nda akan balik sama kau. By the way, Lash makin hot seja bah. Saya mau kasi tunjuk kau sesuatu.”

Sheryl kasi mati panggilan lepas tu dia video call sama Lorea. Jelas-jelas dia kasi nampak Lash separuh sedar. Nampak macam Lash dibawah pengaruh ubat sebab Lash nda sedar pun Lorea tengok durang.

“Sheryl! Sheryl stop! Jangan buat, Sheryl!!”
“Ahhh!! Harder, Lash! Lorea tengok kita tu. Kasi tunjuk sama dia siapa kau sebenarnya.”
“Lash!! Lash, wake up!!!”

Makin Lorea menjerit makin Sheryl buat adegan panas. Nda sanggup lagi Lorea mau tengok dia terus kasi cut panggilan lepas tu dia hempas handphonenya ke lantai.

Ting!!

“Kau boleh ambil bekas saya. Hahaha!”

Lorea menangis sebab Lash langsung nda dengar dia. Depan matanya dia nampak kekasihnya sama perempuan lain. Hati mana yang nda hancur.

Sementara Lash yang sudah mula dapat kesedarannya pun buka mata dan tengok Sheryl yang ada di sebelahnya dengan keadaan tanpa pakaian. Cepat-cepat dia bangun, pakai pakaiannya lepas tu dia mencari-cari sesuatu di sana.

“Kau cari apa?” tanya Sheryl yang baru bangun
“Mana fail saya, Sheryl?”
“I don’t know.”

Lash cuba ingat-ingat balik kali terakhir dia pigang tu fail. Dia ingat lagi dia baru seja dapat maklumat dari dia punya orang lepas tu ada Sheryl datang tegur dia dan ttiba-tiba dia ada di sini.

“Bagi saya fail tu, Sheryl.”
“Fail apa? Saya nda tau.”

Tiba-tiba Lash pigi cekik Sheryl dengan mata yang penuh kemarahan. Dia nda main-main sebab itu satu-satunya maklumat terakhir yang dia ada yang boleh tunjukkan dia siapa anak kandung Elena.

“Bagi saya fail tu sebelum saya bunuh kau sini, Sheryl.”

LOREAWhere stories live. Discover now