BAB 1

0 1 0
                                    

BAB 1




PAGI-PAGI Lorea sudah bangun bersiap lepas tu dialah yang paling awal duduk di meja makan. Edward sama Vera hairan tengok tu anak awal pagi sudah rapi. Edward duduk tapi tu mata masih nda lari dari tengok si Lorea.

“Kau mau ke mana ni semat betul?” tanya Edward
“Saya mau masuk office lah bah dady.”
“Tiba-tiba juga.”
“Aik! Kemarin dady suruh saya masuk kerja. Sekarang lain lagi pertanyaan dady. Mau saya kerja ka nda?”
“Baguslah kalau betul mau kerja. Senang juga hati dady sama mamy.” Bilang Vera
“Tapi jangan main-main. Apa orang melayu bilang? Hangat-hangat taik manuk.”
“Saya serius ni dady.”
“Yalah. Makan baru kita pigi office.”
“Tapi saya ada permintaan ni.”
“Apa?”
“Ni hari kasi saya ikut dady dulu. Tinguk-tinguk cara dady kerja.”

Edward senyum. Senang hatinya Lorea mau belajar. Dia nda tau yang si Lorea tu ada udang di sebalik batu. Sebabkan semalam tu lelaki bilang ada meeting ni pagi di sana, Lorea pun berharap dia dapat jumpa lelaki tu.

Lama Lorea tunggu tapi nda ada tu lelaki datang. Penat sudah dia ikut dady dia ke sana sini tapi nda ada pula tu lelaki. Lepas makan tengah hari, si Lorea baring di sofa dalam ruang kerja Edward. Sudah kenyang mata pun mulalah layu cari bantal. Tiba-tiba PA Edward masuk.

“Boss, ada sudah tu client datang. Mau jemput masuk?”
“Bah, panggil masuk.”

Edward tengok Lorea sudah tidur. Mau kasih kejut kesian pula dia sama tu anak. Dia pun kasih biar seja. Nda lama dia punya klien masuk. Dia pun nda sangka yang datang tu pemilik utama syarikat besar.

“Mr, Lash! What a surprise! Saya sangka you punya wakil seja yang datang. Have a seat, please.”
“Thank you, mr. Edward. You have a big company. Bukti usaha keras.”

Lash melihat sekeliling dan matanya menangkap si Lorea yang terbaring di sofa. Bukannya tertarik tetapi dia macam mau tampar seja mulut si Lorea yang ternganga tu.

“Oh, im sorry about her. She’s my daughter, Lorea. Penat betul dia ni hari ikut saya.”
“I see… bah, marilah kita start.”

Lama juga durang berbincang. Bila mau habis sudah tiba-tiba si Lorea terbangun. Sambil gosok-gosok tu mata dia, Lorea duduk. Makin lama makin jelas sudah tu pandangannya.

“It’s him!”

Edward sama Lash terkejut dengar si Lorea menjerit. Nda durang tahu kenapa Lorea menjerit. Lash kemudian bersalaman sama Edward sebab perbincangan durang tamat sudah. Kontrak pun sudah deal dengan jayanya.

“Semoga kerjasama kita sukses, Mr. Edward. See you!”
“I hope so, Mr. Lash.”

Lash keluar bersama pembantu peribadinya. Sekilas dia sempat juga menjeling Lorea yang melambai sama dia. Menyesal pula Lorea tidur tadi. Gara-gara itu dia nda dapat bercakap sama dia punya crush.

“Dady!”
“What?”
“Kenapa nda kasih bangun saya? Malas betul oh saya sama dady ni.”
“Kenapa?kau bilang kau panat. Jadi nda la dady kasih bangun.”
“Tapi saya tunggu dia dari tadi pagi lagi. Dady….”
“Oh, jadi kau masuk opis ni gara-gara dia seja?”
“Heeee…. Nda juga bah, dy. Saya kerja sudah ni mulai sekarang. Tapi ya, sebab dia jugalah. Saya tersuka dia nda sengaja.”

Edward menggeleng kepala. Tu anak ada seja kemahuannya. Tapi Edward tahu, Lash bukan lelaki sembarangan sebab dia kenal keluarga Lash yang terkenal keluarga kayangan.

“Suka boleh tapi jangan telampau beharap. Kita ni pipit, dia tu merak kayangan.”
“But dady! Kita ni kaya-raya juga bah. Selevel lah sama durang.”
“No, kita kaya tapi durang multi-billionaire. Apa yang dady ada ni Cuma 1% dari harta durang. Cari lelaki lain, okay?”

Hmmm… Lorea mengeluh kecewa. Dia nda sangka ada yang lebih kaya dari durang. Lepas dari hari tu, Lorea belajar bisnes dengan Edward sebab dia mau kejar kekayaan Lash demi untuk memilikinya. Ingatkan dia sudah give up, tapi nda! Dia sudah terlanjur suka jadi nda boleh ada kata tidak! Dia yakin dia pasti dapat taklukkan Lash nanti.

“Rea!”

Lorea melihat uncle Joe yang mengejarnya.

“Kenapa uncle?”
“Dady kau kena bawa pigi hospital.”
“What? Hospital mana? Saya pigi sekarang.”
“No, honey. Biar uncle yang urus dady kau. Kau terpaksa ganti dady kau pigi meeting sama Mr. Lash.”
“Lash?”

Tersenyum pula Lorea dengar nama Lash.lupa sudah dia yang dadynya dibawa ke hospital. Lepas dia sediakan semua dokumen sama fail untuk pembentangan depan Lash, Lorea terus pergi.

Sampai di depan bangunan milik keluarga Lash, Lorea berdoa semoga dia nda buat kesilapan di dalam nanti. Takut betul dia sebab ini pertama kali dia wakilkan Edward. Bertambah lagi dia bedebar mau berdepan sama Lash pertama kalinya. Lorea berjalan masuk dan dia di sambut oleh PA Lash yang sudah menunggunya dari tadi.

“Mr. Lash, this is miss Lorea from Merpati.”

Lash tengok Lorea.

“Hi, im Lorea. Boleh panggil saya sayang.”
“Huh?” Lash blur sekejap
“Eh, I mean Rea. Panggil saya Rea.”

Lorea memukul mulutnya sambil tersengih-sengih.

‘Perempuan ni gila kali. Macam isap gam seja.’

Sepanjang Lorea buat pembentangan, sepanjang itulah dia tersengih-sengih. Nasib nda ada juga dia buat kesilapan. Tapi Lash pula meluat tengok dia. Dia sendiri nda tahu kenapa dia nda suka betul tengok si Lorea dari pertama dia jumpa.

“Lash! Tunggu!”

Terkapus-kapus Lorea mengejar si Lash. Kalau bukan sebab Edward nda mau Lash kasih muka sama Lorea.

“Free kah? Kita lunch sama-sama?”
“Sorry, saya nda keluar makan sama orang yang saya nda kenal.”
“Berr??tadi sudah kenal pun.”
“Not really. Let me tell you something, miss Lorea. Your dad is my best client. Kalau bukan sebab dia saya nda pandang kau ni. Behave your self. Jangan tunjuk betul tu gayak erm.. You know.. Nice to meet you, miss Lorea.”

Jalan begitu seja Lash lepas dia bagi Lorea kata-kata pedas. Geram juga Lorea sama Lash sebab telampau berlagak.

“Punya sumbung! Kau fikir kau hensom ka? Aik iya hensom pulak kau. Tapi tu gayak bah, ish! Kau tinguk! Kalau saya nda buat kau melutut depan saya jangan panggil saya sayang. Eh, Lorea! Tunggu ja!”

LOREAWhere stories live. Discover now