BAB 20
ELENA mengamuk sebab Renzo bagitahu pasal anaknya sama Lash dan Dany. Dia nda sangka Renzo sanggup bagitahu anak-anaknya. Sekarang macam mana cara dia mahu lindungi Lorea. Macam mana kalau durang tahu siapa Lorea? Lorea mesti akan hancur dikhianati orang yang palinh dia sayang. Orang yang paling dia percaya.
“Apa kau buat ni, Renzo? Kau sedarkah apa kau buat ni mengancam keselematan anak saya!”
“Umur saya nda panjang lagi, yang..”
“Iya, tapi macam mana nyawa anak kita? Sekarang ni salah satu mesti akan cari anak kita. Why are you so stupid!”
“Im sorry.”
“Dari dulu, Renzo. Dari dulu kau banyak mengalah. Sampai matikah kau mau mengalah? Kau lupakah apa mama durang buat dulu? Lupa sudahkah?”
Berderai bah airmata Elena. Dia kasi lepas semuanya depan Renzo. Nda sanggup dia mau pertaruh nyawa Lorea. Elena keluar kasi tinggal Renzo. Dia cari Lorea mau pastikan dia baik-baik seja. Lorea turun ke bawah lepas dapat call dari Elena. Dia nampak Elena dengan muka kusut tu berdiri depan keretanya.
“Auntie, okay ka ni?”
“Auntie okay. Kita jalan-jalan kejap.”
“Okay. Jom lah.”
Durang duduk dekat taman seja yang dekat sama tempat tinggal Lorea. Haripun petang sudah jadi ada ramai kanak-kanak bermain di sana.
“Macam mana hubungan kau sama Lash?”
“Good! Kebelakangan ni makin bagus seja, auntie. Kenapa auntie?”
“Bolehkah kalau auntie cakap jujur?”
“Mestilah boleh. Auntie mau cakap apa?”
“Lash nda sesuai untuk kau, Rea.”
“Ah? Kenapa auntie tiba-tiba cakap begitu? Sebelum ni nda juga pernah auntie cakap begitu.”
“Percayalah cakap auntie. Kalau boleh, janganlah teruskan hubungan kamu tu.”
“Saya mau percaya bah auntie. Tapi sebabnya apa?”
Serius sudah muka Lorea ni. Sebab selama ni Elena nda pernah cakap negatif pasal Lash. Tiba-tiba pula dia cakap Lash nda sesuai sama Lorea.
“Sekarang ni, auntie nda boleh cakap apa sebab dia. Tapi percaya sama auntie.auntie nda kan cakap benda nda betul.”
“Im sorry, auntie. Saya hormat auntie sebab auntie ni mama Lash. Tapi kalau pasal ni, auntie kasi buruk-buruk Lash. Saya lebih percaya apa yang Lash cakap. Saya patut dengar cakap Lash jangan dekat sama auntie. Im sorry again, lepas ni saya nda mau jumpa auntie lagi.”
Lorea terus balik ke rumahnya. Dia nda sangka apa yang Lash cakap memang betul. Elena memang bukan orang yang baik. Dia patut percaya apa yang Lash cakap. Lorea call Lash dan bagitau apa yang Elena cakap sama dia. Lash yang geram pun terang pigi jumpa Elena.
“So, mula tunjuk belang sudahlah?”
Elena terkebil-kebil menengok Lash tapi dia dapat agak mesti Lorea sudah mengadu sama Lash. Kalau nda bukan senang mau nampak Lash tegur dia.
“Salahkah apa yang saya cakap?” bilang Elena
“Kau tau apa pasal cinta? Kau Cuma tau kasih hancur rumah tangga orang. Orang macam kau mau cakap pasal cinta? Nda layak!”
“Bukan saya yang nda layak tapi kau yang buat saya nda layak. Lash, kau atau Lorea nda akan pernah bersatu.”
“Yakinnya kau kan? Kita tunggu dan lihat. Saya akan kahwin sama Lorea di depan kau. Oh, sebelum saya telupa kan. Saya sudah tahu di mana anak kandung kau. Cari dia, sembunyikan dia sebelum saya yang jumpa dia.”
Lash bagi isyarat yang dia akan lenyapkan anak kandung Elena kalau dia yang jumpa dulu sebelum Elena. Elena tinggal terdiam. Kalau dia bagitau Lash siapa Lorea sebenarnya dia takut keselamatan Lorea terancam. Patutkah dia berdiam? Sementara dia tahu, Lash dan Lorea tidak boleh berkahwin sebab mereka berdua adik beradik.
“Apa saya patut buat sekarang? Tuhan, lindungi anak saya.”
Sudah satu minggu Lorea nda sihat. Vera jemput Lorea balik ke rumahnya sebab risau Lorea tinggal sendiri. Nda bermaya seja Lorea. Makan apa pun semua keluar balik. Dibawa ke klinik dia nda mau. Biasanya dia sembuh sendiri sebab Lorea nda suka begantung sama ubat kalau Cuma demam biasa.
“Macam mana sudah anak kau tu?” tanya Edward
“Hmm, nda mau makan. Heran saya bah. Lorea tu sakit kah atau sakit yang dia cari sendiri?”
“Pregnant?”
Vera angguk. Biarpun dia nda pernah ada pengalaman mengandung tapi dari simptom yang ada pada Lorea sama macam orang mengandung.
“Saya nda tau pula dia ada boyfriend.”
“Lash. Dia bercinta sama Lash sekarang.”
“Habis tu Lash mana? Anak saya sakit begitu dia nda tengok?”
“Saya nda tau. Lorea tu bah, lepas dia tau dia bukan anak kandung kita semua benda dia mau tapuk-tapuk. Saya kecik hati tapi saya nda sampai hati mau marah dia.”
“Bah, nanti saya sendiri call si Lash tu.”
Satu hari nda makan. Akhirnya dapat juga Lorea telan buah epal. Itu pun sebab Lash yang kasi suap dia. Kalau nda memang dia nda makan. Lash macam senyum-senyum tengok Lorea.
“Kenapa juga tinguk saya begitu? Macam suka seja tinguk saya sakit.”
“Cantik bah kau biar sakit.”
“Jangan juga bikin lawak. Muka macam mayat begini cantik kah?”
“Cantik bagi saya bah. Kenapa juga mau marah-marah ni?”
Lorea menjeling. Sakit kepalanya sikit-sikit mulai hilang. Lepas makan dia sama Lash duduk. Dia baring di paha Lash sambil diusap kepalanya.
“Sayang, saya rasa saya mau kahwin sudah bah.” Bilang Lash bikin Lorea terus duduk
“Tiba-tiba juga mau kahwin. Bukan cakap mau tunggu lagi kah?”
“Macam nda boleh tunggu ni. Macam ada tanda-tanda bah.”
“Tanda apa?”
Lash usap perut Lorea sambil tersengih.
“Tanda saya mau jadi dady sudah.”
Terus tunduk Lorea. Sebenarnya dia tau dia mengandung tapi sebab Lash belum sedia mau kahwin jadi dia nda mau bagitau Lash. Lash genggam kedua tangan Lorea terus dia cium.
“Kenapa nda kasitau saya? Kalau bukan kau punya dady bagitau saya nda tau ni. Why?”
“Kau cakap kasi selesai dulu kau punya urusan semua baru kita kahwin jadi saya kasi simpan seja dululah.”
“Sayang, nda akan ada hal lebih penting dalam dunia ni selain kau. Lets get married.”
Lorea peluk Lash. Dari risau terus happy dia. Sempat down sebab Elena hari tu tapi sekarang dia yakin, Lash pilihan terbaiknya. Lash sanggup ketepikan hal yang betul-betul penting demi Lorea.
Lash sudah sampaikan sama Renzo yang dia akan kahwin. Tapi kesihatan Renzo semakin buruk. Hanya terbaring langsung nda boleh bercakap. Terlampau lemah sudah Renzo. Apalagi sekarang Elena lebih sering berada di luar. Kesihatan Renzo tidak dipedulikan. Dia Cuma mahu pastikan Lorea selalu baik-baik seja sampai lupa yang Renzo pun perlukan dia.
“Jam begini baru nampak muka kau di rumah? Kau buat apa di luar? Laki kau di rumah ni bukan tunggul.”
Elena kasi limpas seja Lash yang bercakap sama dia. Kalau di layan memang jadi perang lagi. Bukannya dia nda tau gaya Lash.
“Saya akan kahwin sama Lorea minggu depan.”
Senyuman Lash betul-betul macam memanah jantung Elena. Apa cara yang ada untuk halang perkahwinan durang?
YOU ARE READING
LOREA
General FictionSINOPSIS TAJUK : LOREA PENULIS : ENA ARUN Lorea gadis yang dilahirkan tanpa keinginan ibu bapanya. Lahir pada waktu yang tidak tepat. Kerana kehadirannya tidak diingini, Lorea sejak lahir dihantar ke rumah anak yatim dan ditinggalkan tanpa identiti...