BAB 3
LESU betul tu muka Lorea masuk office. Sudahlah penat nda cukup rehat, tidurnya pun terganggu semalam. Kalau dia tahu siapa tu jiran dia memang dia santet dua-dua. Bikin geram tu hati dia.
“Rea? Ai, kenapa sudah muka kau ni?”
“Ai, dy sihat sudah ka ni?”
“Iya. Kau tu kenapa?”
“Penat bah. Kurang tidur semalam kena ganggu balan-balan.”
“Astaga, nak! Itulah bilang dady jangan tinggal sendiri. Jadi mengacau macam mana tu balan-balan?”
“Dia kacau nafsu saya, dy. Bukan kaleng-kaleng tu dia punya balan-balan. Pandai berduet lagi.”
“Saya fikir betul sudah. Biasalah bah tu.”
“Bah iyakah? Jadi kalau saya bikin begitu dady okaykah?”
“Saya kasih pecah muka kau sana.”
Ketawa-ketawa Lorea dapat kasi kena dadynya. Edward pun tau juga Lorea tu main-main seja. Tu dua beranak pun masuk sama-sama. Sebab tu kontrak sudah berjalan hampir satu bulan, maka dengan itu Lorea akan lebih kerap berjumpa sama Lash. Tapi macam biasalah bukannya kena layan pun. Lash Cuma bercakap hal kerja seja. Peribadi dia nda kan layan.
Sebab durang punya projek berjalan lancar, Edward sengaja bikin satu party untuk meraikannya. Lagi pula dia punya pekerja lama sudah nda have fun jadi inilah inisiatif dia mau kasi bakar lagi tu semangat staf-staf dia. Nda lupa dia juga jemput Lash untuk datang. Tahu si Lash pun datang tu party, Lorea bersiap punya cantik. Dari jam 2 petang sampai tu majlis mau mula baru dia siap.
“Punya cantik juga anak dady ni hari. Party biasa-biasa seja pun.” Bilang Vera menegur tu anak gadis dia
“Mamy, ada saya punya crush datang tu. Mesti mau lawa-lawa mah kan?”
“Ada crush kau sudah? Bah kasi kenal mamy nanti ah.”
“Boleh bah, my. Tapi dia sumbung betul bah. Bikin geram.”
“Pandai juga tu nanti cair. Cantik bah ni anak mamy. Bukan kaleng-kaleng ni.”
Senyum Lorea pun lebar bila mama dia cakap begitu. Adalah harapan dia kunun. Turunlah durang ke bawah. Sebabkan tu parti kena bikin di rumah durang jadi tinggal turun seja nda payah susah-susah lagi mau drive. Tu mata si Lorea melilau sudah kiri kanan mencari si Lash tapi macam belum datang tu si Lash sebab dia tidak nampak pula si Lash di sana.
“Dady, ada jugakah dady jemput si Lash?” tanya si Lorea
“Ada. Dia cakap dia sampai lambat sikit sebab dia tunggu kawan dia.”
“Oh, datang sama kawan dia ka pula?”
“Iya, begitulah dia bilang tadi. Eh, tu nah datang sudah si Lash.”
Laju betul si Lorea pigi meninguk ni. Tapi tu senyuman dia yang tadi lebar tiba-tiba hilang sebab si Lash datang sama Sheryl sambil berganding tangan. Lain tu perasaan si Lorea bila tinguk tu dua orang masuk macam couple of the year seja. Lorea mundur sudah pigi belakang tapi kena tahan dia oleh dadynya.
“Jangan kasih tunjuk tu kau punya kecewa sini. Anak dady kuat. Dady nda nampak any ring sana jari tu perempuan. Masih boleh lagi kalau kau mau rampas.”
Senyum bah Lorea kena bagi kata semangat oleh Edward. Terus dia kasih tepis kunun dia punya sakit hati tadi tu. Dengan senang hati dia pigi join dady dia sambut kedatangan Lash. Si Lash pula yang nampak Lorea terus macam sengaja lagi mau sweet-sweet depan Lorea.
‘Saya kuat! Setakat kasi cemburu saya, nda makan beh!’ bisik hati Lorea sambil tersenyum
“Welcome, Mr. Lash. Lambat pula sampai. Okay juga dalam perjalanan tadi?” sapa Edward
“Ya, Cuma susah sikit cari rumah you tadi. Well, this is my girlfriend, Sheryl.”
“Hello!”
Sheryl senyum kepada mereka. Dia nampak sedikit teruja berada dalam party tu. Beberapa kali dia sempat pigi minum wine tanpa Lash sedar. Mata Lorea memerhatikan gaya Sheryl. Sedikit lucu tapi lebih banyak menyakitkan hati. Apalagi tu gaya dia gedik betul. Sikit-sikit melekat sama Lash.
“Itu kah tu kau punya crush?” tanya Bella kawan si Lorea
“Hmmm. Tapi dia datang bawa girlfriend dia.”
“Bukan tunangkan?”
“Bukan.”
“Bukan bini dia juga?”
“Ofcourse not!”
“Rampas beb! Bukan selalu jadi ‘peboyor’”
“Excuse me? What is peboyor?”
“Perampas boipren orang hahaha!”
“Silaka!! Tapi boleh juga saya cuba. Setidaknya saya sudah berjuang.”
Bella kasi thumbs up sama Lorea. Rupanya perbualan durang kena dengar oleh Sheryl. Dengan yakinnya dia senyum lepas tu dia pigi dekat durang si Lorea. Duduk betul-betul depan Lorea lepas tu dia ambil seja wine dari tangan Lorea dan teguk satu kali habis.
“How rude!” bilang Bella
Senyum miring Sheryl tengok si Bella
“Saya dengar tu apa kamu cakap tadi. Well, Cuma mau kasi ingat seja. Saya sama Lash sudah lebih 3tahun sama-sama. Saya tau dia macam mana. Dia kalau cinta saturang, sama saturang tu juga dia setia. Kalau setakat budak hingusan macam kau ni kan. Nda kena pandang tu oleh dia. Apalagi kalau jenis terhegeh-hegeh. Nda malu meh?”
“Wah! Kau lebih sudah ni. Tamu buat cara tetamu, shay.” Bilang Bella
Lorea Cuma diam memerhati si Sheryl.
“Kau cakap apa tadi? Mau rampas boipren saya? Silakan, kalau kau dapat rampas, saya cium kaki kau.”
Sheryl berdiri lepas tu kasi lambai sama Lorea.
“Saya cakap, saya buat. Bila saya buat, bermakna saya akan dapat.” Bilang Lorea
“We’ll see..”
Senyuman Sheryl tu bikin panas hati Lorea. Bella pun macam dia mau tarik-tarik seja tu rambut Sheryl. Sudahlah rambut bercabang, gaya macam tuan puteri padahal macam bini Shrek.
“Macam saya mau pijak seja muka bini Shrek ni bah.”
“Ai, kau pula yang panas hati ni?”
“Nda kau panas gaya-gaya begitu?”
“Dia belum tau saya siapa, Bella. Bisuk dia tau siapa saya saya berani putung jari saya. Dia menyesal kenal sama saya.”
Muka serius Lorea bikin takut Bella. Dia nda pernah lagi tengok kawan dia tu seserius ini. Betul-betul jatuh cinta sudah Lorea kalau begini gaya dia. Lorea buat macam biasa ja walaupun dia sakit hati sebenarnya. Dia teguk tu wine satu kali lepas tu dia keluar pigi taman dekat samping rumahnya. Dia cuba kasi tenang perasaan dia yang terbakar oleh cemburu.
“Nice house, nice party and nice people too.”
Suara Lash buat dia terkejut. Dia pusing sebelah ada sudah Lash berdiri sana sebelah dia. Lorea menelan liur bila melihat Lash yang berdiri sangat rapat sama dia. Ketinggian dia Cuma mencecah paras dada Lash. Mau tengok muka Lash terpaksalah dia mendongak.
“Kau puji saya ka tu?”
“No, ofcourse not. Im telling about your mom.”
“Well, saya ni potokopi muka mamy saya.”
“Really? Nda serupa pun. Anak angkatkah?”
“You! Saya ni satu-satunya pewaris dady saya.”
“Jauh beza. Kau sama Mr. Edward nda sama langsung. Saya rasa kau betul-betul anak pungut oh.”
“Gila! Malas saya layan kau.”
Lorea terus mau pigi masuk dalam. Tapi dia ternampak pula Sheryl tengok berjalan pigi tempat durang. Pura-pura dia terlanggar pasu kunun terus mau terjatuh. Lash pun terus pigi sambut badan dia.
“Lash! What are you doing? Apa kau bikin ni peluk-peluk perempuan sini?”
“Sher, its nothing. Dia mau jatuh tadi.”
“Saya nampak dia mau jatuh. Tapi yang saya nda nampak apa niat kau datang sini? Bukan tadi kau cakap mau pigi wash room ka? Ini wash room meh?”
“Behave yourself, Sher. Bukan tempat saya ni. Jangan bikin malu saya.”
“I don’t care! Saya mau balik!”
“Baru jam 10, Sher. Are you kidding me?”
“Saya bilang saya mau balik.”
Sheryl kasi besar mata dia. Mahu nda mahu terpaksa Lash ikut cakap Sheryl.
“Kasi tau dady kau, saya balik dulu.”
“Its okay. Nanti saya bagitau. Bye.”
“Okay, bye.”
Sheryl menarik tangan Lash.
“Bye, Sheryl!”
“Go to hell!”
Lorea ketawa puas hati dapat kenakan Sheryl. Dia nda sangka yang mental Sheryl rupanya nda kuat juga. Cakap macam paling kuat. Sekali saiko, hm! Lemah!

YOU ARE READING
LOREA
General FictionSINOPSIS TAJUK : LOREA PENULIS : ENA ARUN Lorea gadis yang dilahirkan tanpa keinginan ibu bapanya. Lahir pada waktu yang tidak tepat. Kerana kehadirannya tidak diingini, Lorea sejak lahir dihantar ke rumah anak yatim dan ditinggalkan tanpa identiti...