BAB 19
SHERYL pukul-pukul tangan Lash sebab dia hampir seja hilang nafas sebab kena cekik oleh Lash. Dia sendiri nda tau apa isi dalam fail tu sampai Lash hampir bunuh dia. Malangnya dia nda ada pun nampak fail tu sebab yang dia bawa Cuma Lash.
“Lash! Uhuk! Uhuk! Saya nda nampak fail tu, sumpah!!”
Lash tolak Sheryl terbaring atas katil. Dia raup mukanya. Hampir seja Sheryl mati olehnya. Tiba-tiba dia teringat Lorea. Dia tengok jam barulah dia sedar yang dia sudah dua hari di situ.
“Apa kau plan, Sheryl? Kau buat apa!?”
“Saya Cuma mau kau balik sama saya.”
“Lepas apa yang kau buat, kau rasa saya mau balik sama kau? Jijik bah saya tengok kau.”
“Lorea pun jijik tengok kau sekarang, Lash. Lepas apa yang kita buat semalam, Lorea akan bencikan kau. Itu yang saya mau.”
Sheryl ketawa tengok muka bodoh Lash di depannya. Dia nda sangka dia punya plan bejalan lancar macam yang dia mau. Lash kasi tinggal Sheryl tapi dia puas hati sebab sudah balas sakit hatinya sama Lorea. Lash balik ke rumahnya. Kasi bersih badannya ditambah lagi dia punya kepala sakit sebab terlebih ubat yang Sheryl kasi. Dia nda larat mau pigi jumpa Lorea jadi dia call Lorea.
Sebab Lorea nda jawab jadi Lash try whatsapp. Terkejut Lash bila nampak pesanan terakhirnya yang dihantar sama Lorea. Rupanya Sheryl sudah hantar gambar yang bukan-bukan masa Lash nda sedar sama Lorea. Nda lama lepas tu, orang Lash call bagitau yang dia nda jumpa apa-apa fail di tempat terakhir Lash berada. Tambah serabut kepalanya bila fikir semua.
“Saya nda rasa Lash sedar. Kalau dia sedar dia nda akan buatlah. Lagi satu, kenapa kau percaya sama Sheryl?”
“Sebab dia memang dendam sama saya.”
“Okay, kalau pun dia buat begitu masa Lash separuh sedar kau tetap nda boleh kasih salah si Lash babe. Sekarang ni apa yang saya boleh kasi nasihat kau as a friend satu seja. Kalau kau sayang hubungan kau sama Lash, abaikan apa yang Sheryl buat.”
Bella bagi nasihat sama Lorea. Lagi pun Lorea tau juga dia nda boleh kasih salah Lash. Ini bukan zaman drama dulu-dulu terus main percaya seja sama gambar. Lorea pun terus kasi on handphone. Nampak banyak betul panggilan sama mesej dari Lash. Lorea pun balik ke rumahnya sebab dia tau Lash mesti ada di rumahnya sekarang. Masuk seja dia dalam rumah, betul-betul ada Lash sana.
“Lorea…”
Lorea nda mau dengar apa-apa penjelasan. Dia terus berlari peluk Lash. Dia mau ambil risiko sama durang punya hubungan. Daripada hancur bagus dia mengalah.
“No, saya nda mau dengar apa-apa.”
“Tapi...”
“I love you, Lash. Cukup itu seja.”
Durang berpelukan. Besyukur betul Lash sebab Lorea nda bahas pasal apa yang sudah jadi. Lash genggam tangan Lorea lepas tu dia cium.
“Sikit masa lagi. Saya janji kita kahwin.”
“Its okay. Take your time. Sementara kau kasi selesai urusan kau, saya boleh buat banyak kerja amal sama auntie Elena.”
Lash sebenarnya nda suka betul Lorea rapat sama Elena. Tapi Lorea bukannya mau dengar cakap Lash pun. Bukan satu kali, tapi banyak kali sudah Lash larang Lorea supaya nda rapat sama Elena tapi tetap juga Lorea degil.
“Kau tau kan saya benci dia?”
“Saya tau tapi dia bukannya jahat. Dia baik sama saya.”
“Kalau dia perempuan baik dia anda akan rampas papa dari mama saya. Sebab dia mama saya hilang suami. Sebab dia mama saya sakit teruk sampai meninggal. Sampai mati saya nda akan kasi maaf dia. Sampai mati saya akan buat dia rasa sama macam apa yang mama saya rasa. Dia buat mama saya ada anak-anak tapi nda ada suami. Sekarang saya buat dia ada suami tapi nda akan mungkin ada anak.”
Lorea nda faham sampai begitu bencinya Lash sama Elena. Kenapa nda terima takdir? Semua yang jadi bukankah sudah ditakdirkan?
“Bolehkah saya minta sesuatu?”
“Saya akan buat apa seja untuk kau.”
Lorea genggam tangan Lash lepas tu dia senyum.
“Bolehkah kita mulakan hidup baru tanpa dendam, benci. Saya Cuma mau bahagia.”
“Boleh, tapi lepas saya kasi selesai hal terakhir sebelum kita kahwin.”
“Promise?”
“Saya janji. Puas?”
Barulah Lorea senyum. Walaupun dia nda tau apa perkara terakhir yang Lash mau buat. Dia Cuma mahu satu seja, Lash lupakan sejarah hitamnya dan mulakan hidup baru sama dia.
Renzo mahu jumpa Lash. Sejak kebelakangan ni kesihatan Renzo semakin memburuk. Apa yang dia mahukan anak-anaknya ada dekat dia. Support saat-saat terburuknya bersama anak-anaknya. Dany pun ada di bilik Renzo masa Lash sampai. Hubungan durang dua pun makin buruk sebab berebut Lorea.
“How are you, papa?” tanya Lash
“Baik. Sini duduk dekat.”
Renzo tepuk ruang di sebelah kirinya sebab ada di sebelah kanan ada Dany. Renzo mahu berkongsi sesuatu dengan durang sebab dia rasa macam umur dia nda lama lagi. Dia pigang tangan kedua anaknya.
“Papa sayang anak-anak papa. Saya nda pernah kasi beza kamu dua. Kalau kamu rasa ada yang kurang, papa minta maaf.”
“Papa, jangan cakap begitu. Papa sudah buat apa yang terbaik.” Balas Dany
“Sama kau, memang iya. Kau memang anak kesayangan papa. Semuanya kau lebih. Kalau bukan sebab mama, mungkin saya teda dalam ni family.”
“Sudah! Papa panggil bukan mau begaduh.”
Renzo rasa sudah tiba masanya untuk berterus terang.
“Kamu ni untung sebab biarpun papa jarang ada sama kamu tapi sekurang-kurangnya papa selalu sayang kamu. Sedangkan adik perempuan kamu? Papa nda tau masih dia masih hidupkah nda!”
Dany yang sememangnya baru tau pasal kewujudan anak perempuan Renzo pun terkejut. Nampak macam dia pun nda boleh terima wujudnya anak ketiga itu.
“Maksud papa apa ni? Saya ada adik? Perempuan?”
Renzo angguk.
“Papa dengan auntie Elena ada anak bersama. Papa panggil kamu dua ni hari sebab mau terus terang pasal…”
“Stop! Saya nda mau dengar. Kalau dulu papa bawa isteri ke dua papa masuk dalam rumah mama saya diam. Tapi kalau sekarang ni papa bilang mau bawa anak perempuan papa tu masuk dalam keluarga kita, jawapan saya, tidak. Papa bilang papa nda tau kan dia di mana? Its good for you untuk tidak tahu.” Balas Dany buat Renzo dan Lash melopong
Selama ni nampak Dany boleh terima Elena sebab antara dia sama Lash, dia seja yang panggil Elena mama. Tapi hari ni nampak jelas dia nda boleh terima kenyataan yang dia ada adik. Ada senyuman dihujung bibir Lash.
“Saya rasa nda ada sudah yang mau dibincangkan? Saya balik dulu.” Bilang Lash
“Lash…”
Lash berpaling tengok Renzo.
“No, papa. Cukup sekali, nda akan ada ke dua kalinya. Papa tau kan apa saya boleh buat sama dia? Jangan sampai saya jumpa dia. Jangan sampai saya bunuh dia. Kita sudah deal lama benda ni. Lupa meh?”

YOU ARE READING
LOREA
General FictionSINOPSIS TAJUK : LOREA PENULIS : ENA ARUN Lorea gadis yang dilahirkan tanpa keinginan ibu bapanya. Lahir pada waktu yang tidak tepat. Kerana kehadirannya tidak diingini, Lorea sejak lahir dihantar ke rumah anak yatim dan ditinggalkan tanpa identiti...