BAB 15
LOREA buka pintu dengan senyuman dia yang betul-betul pucat. Kalau Dany tau Lash ada di rumah dia habislah. Lash suka mencabar, Dany penyemburu. Kalau begabung boleh perang besar dalam rumah Lorea. Macam dia mau lari seja dari sana sebab dia takut betul sudah. Kaki dia begegar, lemas sudah.
“Dany, kenapa ni? Mulut kau berdarah? Bah saya bawa kau pigi klinik. Tunggu sini, saya ambil purse.”
Lorea pigi masuk tapi Dany pun ikut dari belakang. Dia rangkul pinggang Lorea terus pigi kiss bibir Lorea. Lorea mau tolak tapi dia nda tau macam mana mau tolak tapi dia langsung nda balas ciuman Dany. Dia diam seja macam tunggul kayu sana. Lama-lama dia tolak badan Dany jauh dari dia.
“Why?”
“Nothing. I just not feeling well, Dany. Saya ambil dompet saya sekejap. Saya bawa kau pigi klinik.”
“No, its okay. Its okay.”
Dany yang kena tolak tadi pun melangkah ke pintu. Lorea nda halang pun dia. Bukan sebab ada Lash dalam rumah tapi dia memang nda mau halang. Dia punya perasaan macam kena kejutan elektrik gitu. Dia biar seja Dany sampai depan pintu.
“Dany…”
Dany angkat tangan sambil tetap melangkah keluar.
“Biar saya sendiri dulu. I need space for myself.”
Nda lama pintu tertutup dan terkunci automatik. Lash keluar dari balik langsir berjalan pigi dekat Lorea yang masih berdiri di sana. Pelan-pelan jari Lash pigi lap bekas ciuman Dany di bibir Lorea.
“Its mine. Saya punya.”
Lash tarik Lorea dalam pelukan dia. Dia usap-usap kepala Lorea sebab dia tau Lorea tekejut apa yang jadi ni hari. Lorea pejam mata dia lepas tu dia cakap sama Lash.
“Saya pilih Dany.”
Lash macam nda boleh terima terus dia tengok Lorea. Macam nda percaya dia Lorea pilih Dany sedangkan dia tau Lorea cintakan dia.
“But you love me?”
“Saya boleh belajar kasi lupa kau. Saya boleh belajar cintakan Dany. Semua benda pun kita belajar dulu kan?”
“Lorea, please jangan buat begini. Saya macam mana? I need you! Semua orang khianat saya, saya nda peduli. Saya mau kau seja stay with me, support saya.”
“I cant… im sorry…”
Lorea sudah buat pilihan dan dia pilih Dany bukan demi dirinya tetapi demi menjaga perasaan Dany. Baginya Lash sudah cukup dewasa untuk terima kenyataan. Cintalah kuat mana pun kalau soal hati itu pilihan masing-masing.
Lorea bukan Cuma putuskan hubungan sama Lash dia juga keluar dari perusahaan Edward. Vera mahupun Edward nda boleh cakap apa-apa lagi memandangkan itu pilihan Lorea. Sekarang Lorea memilih untuk buat kerja-kerja amal dan kebajikan. Banyak masa dia habiskan bersama Elena sebab Elena pun buat kerja amal dalam satu organisasi yang sama.
“Dany ambik kau, Rea?” tanya Elena
“Dia bilang kalau sempat dia ambik saya. Tapi macam dia busy pula ni. Sebab nda dia reply whatsapp saya.”
“Bah, bagitahu Dany kau ikut sama auntie balik.”
“Okay.”
Lepas hantar mesej sama Dany, Lorea ikut sama Elena. Elena nampak Lorea selalu termenung. Kalau ada masa terluang mesti dia akan nampak si Lorea termenung.
“Auntie tingukkan, Rea banyak termenung ni? Ada masalahkah?”
“Bolehkah saya cerita sama auntie?”
“Of course, dear. Ceritalah, auntie dengar.”
Lorea cerita pasal dia, Lash sama Dany. Elena tau juga pasal itu tapi dia nda tau pula yang anak-anak Renzo bergaduh sebab Lorea. Dua-dua lelaki itu memperebutkan Lorea. Elena hanya senyum. Perempuan depan dia cukup hebat.
“Kenapa Dany bukan Lash? Kau nda takutkah nanti sendiri terluka?”
“Saya tau tapi saya nda boleh kasi kecewa Dany semata-mata saya mau bahagia sendiri. No! Saya boleh cintakan Dany. Saya yakin.”
“Berapa lama? Satu bulan? Satu tahun? 10 tahun? Auntie pernah buat silap yang sama, Lorea. Auntie pilih lelaki yang sudah berkeluarga sebab auntie yakin auntie boleh bahagia sama pilihan auntie daripada anak sendiri. Sampai sekarang auntie nda bahagia. Jangan buat silap macam auntie. Kalau sekarang mungkin Dany boleh terima kenyataan tapi kalau sudah terlanjur jauh tu hubungan kamu dua, percayalah bukan satu tapi banyak hati yang akan hancur.”
“Hmm I don’t know.”
Lorea berfikir sepanjang malam. Apa yang Elena cakap betul-betul masuk dalam hati. Hidup kalau kita nda fikir diri sendiri teda siapa mau fikir pasal diri kita pun. Tapi Lorea masih belum boleh buat pilihan sebab dia terikat janji dengan Dany.
Lorea haus jadi dia mau turun ke bawah sebab sudah tengah malam, maid dia pun sudah tidur. Kebetulan dia malas mau balik rumah dia jado dia tidur rumah mamy dady dia. Dia keluar lepas tu dia akan limpas satu ruang untuk minuman alkohol. Ruangan tu jarang Edward atau Vera masuk tapi dia macam dengar ada suara dari sana. Rupanya Vera sedang becakap sama seseorang dalam telefon. Lorea mau tegur tapi perbualan Vera buat dia berhenti.
“Macam mana boleh begitu? No! Lorea nda boleh tau siapa mama kandung dia. Saya nda mau kehilangan Lorea. Kenapa sekarang baru mau cari anak dia? Bukan dulu dia sendiri buang anak dia meh?”
Macam mau gugur jantung Lorea dengar apa yang Vera cakap dalam telefon. Tadinya dia haus terus hilang rasanya. Berlari dia masuk ke biliknya. Dia terus tengok muka di di cermin. Patutlah dia teda serupa sama Edward atau Vera rupanya dia Cuma anak angkat.
“Kenapa teda yang jujur sama saya? Punya saya sombong selama ni rupanya saya anak pungut seja?”
Lorea mula berfikir untuk cari dia punya ibu kandung. Dari apa yang dia dengar tadi, bermakna sekarang ibu kandung dia sedang cari dia. Tapi dia nda tau mau mula dari mana sebab dia nda pernah tau asal usul dia selama ni.
Pada masa yang sama, Lash pun masih terus mencari maklumat pasal anak kandung Elena dan hari ni dia dapat maklumat yang baru dan boleh dipercayai. Lash membayar orang dalam untuk dapatkan tu maklumat. Dia bahkan sudah dapat maklumat tempat Elena bersalin. Lash usap sekeping gambar. Itu gambar arwah mama dia.
“Sekejap lagi, apa yang mama rasakan dulu akan terbalas. Sakit yang mama rasa, perempuan tu akan rasa juga.”
Lash ingat balik macam mana Renzo mencintai mamanya, dia dan juga Dany. Tapi sejak kehadiran Elena, semuanya berubah. Renzo selalu marah-marah nda peduli sama isterinya yang sakit. Dia berfoya-foya sampaikan saat-saat kematian isterinya dia nda ada sama keluarganya.
“Hutang nyawa harus dibayar sama nyawa. Saya akan bikin kau rasa macam mana sakitnya kehilangan orang yang kau sayang, Elena.”
Lash dapat panggilan telefon dari Renzo dan dia diminta untuk balik ke rumah sebab ada hal yang harus dibincangkan. Lash sampai di rumah semua orang sudah menunggu dia. Ada Lorea di sana tapi nda bikin dia terkejut sebab Lorea dan Dany is couple. Dia duduk berdepan sama Lorea. Itu mata pun nda lari dari pandang Lorea membuat Lorea nda selesa.
“Well guys! Saya panggil hari ni kumpul sebab saya mau kamu jadi saksi saya ni hari.”
Semua menunggu isi kelanjutan kata-kata Dany. Tapi tidak Lash sebab dia fokus sama Lorea yang kelihatan awkward di depannya. Tiba-tiba Dany berlutut depan Lorea menghulurkan sebentuk cincin kepada Lorea.
“Would you be my wife?”

YOU ARE READING
LOREA
Fiksi UmumSINOPSIS TAJUK : LOREA PENULIS : ENA ARUN Lorea gadis yang dilahirkan tanpa keinginan ibu bapanya. Lahir pada waktu yang tidak tepat. Kerana kehadirannya tidak diingini, Lorea sejak lahir dihantar ke rumah anak yatim dan ditinggalkan tanpa identiti...