BAB 7
SHERYL gigit-gigit tu kuku dia. Satu hari habis berfikir pasal Lorea seja. ‘Kalau dia kasi tau Lash macam mana? Dia kan memang mau rampas boipren saya. Nda lah! Nda kan dia mau bagitau pula. Tapi kan ni peluang dia mau masuk jarum?’ macam-macam sudah dia fikir. Begitulah kalau orang buat salah. Pandai becakap sendiri. Dia sangka kali sinetron indon ni cakap sendiri-sendiri.
Dia mau call Lash tapi takut-takut pula. Sebab dia sudah cakap dia ada flight ke Singapore. Kalau dia call bermakna dia menipulah. Sampai ke petang dia nda senang hati sudah. Lorea balik lepas tu dia tengok masih ada kasut Lash sana depan pintu. Ada Lash tidur di sofa. Nda mau dia ganggu terus jalan pelan-pelan masuk pigi bilik. Sudah mandi, dia ke dapur masak.
“Apa kau masak?”
“Woi mak kau! Isk! Nda pandai bagi salam ka? Bikin tekejut seja. Kenapa kau belum balik?”
“Tadi hujan. Baju saya basah balik.”
“Pakai ja baju hello kitty tu.” Balas Lorea
Tersengih-sengih dia bila ingat kejadian tadi pagi. Bila Lash nampak si Lorea begitu terus macam curiga dia ni. ‘Mesti ada something dalam kepala dia ni tau. Jangan-jangan!’
“Pinjam saya phone kau.”
“Phone kau mana? Jangan kau bilang habis caj sebab saya nampak kau pakai saya punya charger.”
“Pinjamlah. Kenapa juga kau takut mau kasi pinjam saya? Ada apa dalam phone kau?”
“Mana ada! Barang saya, privacy saya!”
Lorea bukan nda mau kasi pinjam tapi dalam phone dia ada gambar Sheryl sama lelaki lain. Lash cuba rampas tu phone dari Lorea. Sana durang bekejar-kejar di ruang tamu.
“Lash bah! Kau mau bikin apa phone saya tu?”
“Saya mau tinguk. Saya curiga sama kau ni. Jangan-jangan semalam kau curi-curi ambik gambar bogel saya kan?”
“Buduh! Saya teda nafsu oh tinguk badan kau!”
Dapat seja dia punya phone terus dia pigi dapur balik. Tapi Lash tercabar pula bila Lorea cakap dia teda nafsu tengok badan Lash. Memandangkan dia Cuma pakai towel dia mau tengok betulkah Lorea nda bernafsu sama dia.
Dia tarik Lorea kasih sandar pigi dinding. Panik betul Lorea sebab dia kena lock di dinding. Betul-betul rapat sampai tangannya tekup dada Lash. Dia pejam tu mata dia rapat-rapat.
“Kata nda benafsu. Kenapa tutup mata?”
“Mata saya masuk habuk.”
Cepat betul Lorea pigi kedip-kedip dia punya mata. Macam betul seja kena masuk habuk tu mata dia. Padahal dia nda sanggup tengok tu dada si Lash yang betul-betul depan muka dia. Mana si Lash punya senyum bikin tergugat dia punya iman.
‘Kenapa juga mesti kau tinguk saya begitu? Saya gigit ni! Aww!’
Lorea telan tu air liur dia bila Lash tunduk tepat sana depan muka dia. Dia pigi tiup muka Lorea. Boleh nampak tu bibir Lorea begetar sebab kelu sudah. Lash pigi dekat telinga Lorea.
“Kalau saya buat begini, kau nda benafsu juga kan?”
Lash kasi rapat sana leher Lorea hidung dia. Pelan-pelan tapi dia punya rasa bikin tembuni begagar. Dua-dua tangan Lorea dia genggam menahan tu perasaan dia. Bibir Lorea sedikit terbuka. Dari leher kiri, bibir Lash pindah pigi sebelah kanan.
‘Ah! Yamete kudasai!’ teriak tu hati si Lorea
Betul-betul lain tu perasaan dia. Menolak tapi menahan, nda mau tapi mau. Nah begitu laitu perasaan si Lorea. Nda sedar tu bibir durang belawan lidah sudah. Makin lama si Lash macam nda tekontrol suda. Tu tangan pandai sudah pigang buah kapayas. Gebu pula tu ninin dia rasa.
Tiba-tiba bunyi pula cerek yang ada sana atas dapur gas sebab air dia mendidih sudah. Terus tepisah durang dua ni sebab tekejut. Lash pigi lap dia punya bibir. Lorea pula lari pigi kasi mati tu api gas.
“Eherm! Saya punya baju kering suda kali. Saya baliklah.”
Diam seja si Lorea. Lain beii tu perasaan dia. Malu pun malu. Macam manalah dia boleh layan! Memaki diri sendiri dia. Nda lama tu dia dengar bunyi pintu di buka. Cepat-cepat dia lari pigi tengok si Lash.
“Lash, makan dulu baru kau balik.”
“Ndalah.saya takut kalau saya tunggu lagi bukan saya makan tu nasi, kau yang saya makan.”
“Apa susah? Bukan gopren kau tinggal sini juga meh?”
“Siapa kasi tau kau?”
“Sekuritilah. Kalau mau makan orang tinggal pigi rumah dia seja.”
“Dia nda ada.”
“Saya baru nampak dia tadi petang sana depan rumah dia.”
Lash dengar seja Lorea cakap Sheryl ada di rumahnya dia terus keluar begitu seja. Lorea tinggal angkat bahunya. ‘Nda sabarlah tu mau makan orang. Silaka! Saya juga yang gigit jari.’
Lash berdiri depan pintu rumah Sheryl. Betul memang ada orang di dalam rumah tu sebab Lash boleh dengar suara tv. Lash call Sheryl mau kepastian. Tapi dia punya panggilan nda dapat disambungkan. Lash pun lega sebab dia sempat fikir sudah Sheryl tipu dia. Baru beberapa langkah Lash melangkah tiba-tiba pintu terbuka jadi Lash pusing balik tengok pintu rumah Sheryl.
Sana Sheryl yang nampak Lash di depannya terkejut terus dia kasi lepas tangan lelaki yang bersama dia. Lelaki yang sama Lorea nampak pagi tadi.
“Kenapa ni?” tanya tu lelaki
Lash nda cakap apa-apa. Dia terus pigi saja. Sheryl pun diam seja tekejut dia sebab dia nda sangka yang Lash ada di sana. Dia tau mesti Lorea yang kasitau Lash. Lepas seja Lash pergi, Sheryl senyum kelat kembali memaut lengan lelaki tua bersamanya.
“Siapa tadi tu?”
“Saya nda kenal. Tekejut seja sebab ada depan kita. Nda payah fikir pasal dialah. Kita mau pigi mana?” bilang Sheryl
Sebenarnya Sheryl mula gelisah. Sepanjang dia temankan tu lelaki memang dia nda ada mood suda. Apalagi telefon Lash nda dapat suda dia hubung. Dia mau cepat-cepat tu party habis sebab dia mau pigi rumah Lash.
Dany nampak tersenyum bila dia lihat ada Lorea di sana. Lama suda dia cari-cari Lorea tapi dia nda tau mana mau cari. Apalagi Lorea langsung nda bagi dia nombor handphone. Dia pigi dekat Lorea lepas tu menegurnya.
“Sendirikah? Bolehkah saya duduk sini?”
“Dany, yup! Duduklah. Sendiri juga saya ni.”
“Nasib saya baiklah ni hari. Dapat jumpa kau.”
“Kau cari saya meh?”
“Hm, orang tu sombong betul. Number phone pun nda sudi bagi saya.”
“Hahaha! Bikin apa? Kita bukannya kenal rapat.”
“Sebab tu saya minta number supaya boleh dirapatkan apa yang belum rapat.”
Lorea ketawa kecil tapi cukup menggetarkan hati Dany. Dia memang suka Lorea dari awal dia nampak Lorea. Tapi Lorea yang nda melayan dia. Lorea buka dompet lepas tu dia kasi keluar satu kad.
“This my number. But make sure jangan call saya selalu sebab saya nda suka.” Bilang Lorea
Masa Dany mau ambik tu kad dari tangan Lorea tiba-tiba Lash rampas tu kad dari Lorea.
“Lash, what are you doing here?” bilang Dany
“Kamu dua kenal ka?” tanya si Lorea pula kebingungan
Lash tarik Lorea berdiri dengan dia lepas tu dia pandang Dany. Bahu Lorea dia paut erat.
“Ini perempuan saya. Cari perempuan lain kalau setakat mau pakai satu malam. “ bilang Lash terus dia bawa Lorea keluar dari sana
Lorea ikut sampai di depan pintu keluar. Lorea nda suka di gelar ‘perempuan saya’ oleh Lash. Dia tarik dia punya tangan lepas tu dia tolak Lash jauh dari dia.
“Kenapa kau main tarik-tarik suka hati kau seja? Saya ni bukan perempuan murahan!”
“Bah, jadi kau mau jadi perempuan satu malam sama Dany? Saya kasi selamat kau dari dia pun cukup bagus suda. Nda ada kau cakap thank you sama saya.”
“Kau tau dari mana dia lelaki begitu? Kau kenal meh?”
Lash tarik Lorea rapat dengan dia. Nampak ada kekesalan di matanya dengan sikap Lorea.
“Dany is my brother. Saya tahu adik saya macam mana. Go! Kalau kau mau sama dia, go! Jangan cakap saya nda kasi warning kau pasal dia.”
Lash kasi lepas tangan Lorea lepas tu dia terus pergi. Lorea nda sangka pula yang Lash sama Dany tu adik-beradik. Tiba-tiba dia rasa bersalah pula. Tapi betulkah apa yang dia cakap pasal Dany?

YOU ARE READING
LOREA
General FictionSINOPSIS TAJUK : LOREA PENULIS : ENA ARUN Lorea gadis yang dilahirkan tanpa keinginan ibu bapanya. Lahir pada waktu yang tidak tepat. Kerana kehadirannya tidak diingini, Lorea sejak lahir dihantar ke rumah anak yatim dan ditinggalkan tanpa identiti...